Syeikh Muhamamad Nasyiruddin al-Albani ada menambah dalam kitab Imam Nawawi, Riyadh al-Salihin, bab 334: "Bab Makhruh Berborak Setelah Solat Isya". Beliau menyebut :
"Sepatutnya hal tersebut dibatasi dengan percakapan setelah solat Isya' itu tidak mengakibatkan kewajipan yang bersifat fardhu ain diabaikan. Misalnya seorg pemuda berjaga malam untuk mengkaji ilmu atau melakukan persiapan peperiksaan hingga mndekati waktu tengah malam kemudian tidur terlelap sampai tidak sempat mengerjakan solat subuh.
Berjaga malam seperti ini, meskipun dalam menuntut ilmu, adalah tidak dibenarkan.
Dia sama seperti org yg membangun satu istana namun kemudian menghancurkan satu negeri.
Dia semestinya tidur awal setelah solat Isya supaya dapat bangun pagi untuk mngerjakan solat subuh dan kemudian mengulang kaji plajaran setelah itu.
Sungguh benar ketika Rasulullah S.A.W. bersabda: "Telah diberkati untuk umatku pada waktu paginya."
Perhatikanlah terhadap masalah ini, kerana kebanyakan anak muda kerap mengabaikannya."
nahh....acapkali ini yang seringkali aku kesali, kecewa. halnya anak muda itu, seringkali tenaganya dihabiskan dimalam hari, dipagi hari tidurnya mati hingga matahari terbit, dikejut-kejutnya tidak juga bngun, mana tidaknya, kepenatan oleh kerja-kerja malam hari.
sudahlah malamnya disia-siakan, subuhnya pula lepas hingga tidak dikerjakan. jika bangun sekalipun subuhnya lewat-lewat shaja, tiada kualiti, bekerja dalam keadaan mengantuk, kerjaan itu tidak sukses, tidak berkualiti seperti mana bekerja dalam keadaan bertenaga. begitu juga soal ibadah yg dikerjakan. solat subuh dalam keadaan mengantuk, yg difikirkannya mengantuk, mahu tidur, lalu khusyuknya kemana, toma'ninahnya bagaimana? anda ada jawapannya.
yang lebih menyakitkan itu, apabila tenaga muda itu dihabiskan dgn keadaan tercela di malam harinya, dunia begitu mengghairahkan dgn segala mcm teknologinya, kalau org tua-tua dahulu menghabiskan mlmnya di kedai-kedai kopi, gosip sana sini, zaman teknologi ini, anak muda menghabiskan masanya dgn berfacebook, whatapp, wechat, webcam, bergayut dgn panggilan percuma hingga lewat malam, bermain game, menonton movie, malamnya dihabiskan dengan hal-hal ini.
jika study hingga lewat mlm atau mengkaji ilmu sekalipun tidk dibenarkan, apabila seringkali meninggalkan kewajipan. apalagi dengan perbuatan sia-sia yang membuang tenaga kepermudaan itu.
ada yg kerap kali berusrah, memberi peringatan kepada org lain, berceramah, motivasi agama, berdiskusi, bahkan hebat berdebat hingga pihak lain kalah,kerap kali juga menulis tinta yang begitu bagus skali untuk dibaca hingga menyentuh jiwa-jiwa manusia, dan kerap kali kita membri harapan agar manusia lain berubah. dan sekerap itu juga segelintir mninggalkan waktu subuhnya oleh krana malam lewat tidurnya. Tidak sengaja itu perlu kena pada posisinya, jika tahu kalau lewat tidurnya, maka lewat juga bngunnya, dan masih melakukannya, itu sudah tidk termasuk dalam tidak sengaja, yang jadinya adalah SENGAJA.
aku menulis melalui realiti semasa, diam dalam melihat, terpendam dalam rasa kecewa. realiti kehidupan semasa, jahil kerana tidak tahu tidak mengapa, boleh belajar dan diajar. tetapi jika tahu dan tetap dalam kejahilan, sengajalah menempah celaka.
dalam kita berbuat kebaikan untuk org lain, dalam kita memikirkan kebaikan untuk org lain, dalam kita cuba memberi kebaikan untuk org lain, jgnlah pula kita mengabaikan kewajipan diri, kebaikan untuk diri, Ia bukanlah sikap mementing diri sendri, tetapi kewajipan yang wajib untuk dipatuhi, kewajipan dalam kita mengurus masa sendri, kewajipan dalam kita mengurus kehidupan diri sndri. Islam itu ditanam dalam diri sendri, lalu kemanisan buahnya, dinikmati oleh manusia yg menghampiri mahupun dihampiri dan benih-benihnya akan tertanam, tersebar disekitar yang dilalui. untuk menanam benih, benih itu mestilah hasil dari benih yg berkualiti. usahlah cuba menanam benih, jika benih diri tidak berkualiti, maka hasilnya juga tiada kualiti, tiada potensi.
Sample text
Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...
Friday, January 2, 2015
Sunday, November 9, 2014
warkah buat kehidupan manusia
"Jgn terlalu bangga dengan apa yg kamu ada hari ini,
kerana kamu tidak mungkin tahu apa yang akan kamu miliki hari esok"
(Phytogrus)
seringkali kita mendengar ungkapan bahawa apa yg kita ada
hari ini "Tidak kekal" bermula dari kehidupan seorg bayi sehinggalah
menjadi org tua, melalui proses-proses itu, acapkali kita mendengar ada sahaja
ujian yg menimpa kehidupan makhluk bergelar manusia.
kita melihat bahawa teguran Tuhan yg berlegar disekitar itu
amat jelas sekali bagi manusia yg mengambil pengajaran. ada manusia dikorniakan
kehidupan yg sempurna, ckup pancaindera, cantik paras rupanya, bergeliga akalnya,
mewah kehidupannya, punyai ramai teman juga sanak saudara.
tetapi dalam sekelip mata, ditarik semula nikmat-nikmat yg
dikornia, ada mata sekelip mata jadi buta, ada telinga sekelip mata judi tuli,
ada kedua tangan, kedua kaki, sekelip mata cacat keduanya, ada akal yg sihat,
sekelip mata jadi gila, ada kecantikan paras rupa, sekelip mata hilang
kecantikan smentara, ada kemewahan dunia,sekelip mata jadi papa, ada ramai
kenalan sanak saudara, sekelip mata, jadi sebatangkara,
semua itu berlaku dan memiliki kisah-kisah tersendri yg
berlegar-legar disekitar kehidupan manusia, bahkan kisah-kisah itu diputarkan
berkali-kali dalam kehidupan manusia biarpun pada masa atau zaman yg berlainan,
tetapi ibrahnya ttap sama buat manusia, supaya ia kenal akan dirinya, supaya ia
kenal dibumi siapa dia berpijak, supaya dia kenal dirinya sbenar selaku hamba,
supaya dia tahu hak milik siapa semua kehidupan ini, dn supaya manusia kenal
dan kembali kepada tujuan tunggal kehidupan didunia.
waima berkali-kali pengajaran itu diputarkan semula, tetapi
brapa bnyk manusia yg mengambil ibrah daripada kehidupan alam ini, yg Allah
hadirkan sebagai teguran, sebagai peringatan, sebagai hidayah, buat perjalanan
kehidupan diri manusia, yang tk ramai sedar dan apabila kna pada diri sendri barulah
terasa, btullah ungkapan " nikmat itu apabila hilang barulah terasa"
kembali kepada fitrah kejadian manusia,
jika pandai itu tidak diletakkan pada saluran betulnya, ia
aib yg tercela
jika cantik itu, disalah pakai tujuannya, disemberono guna,
ianya suatu kejelikan terhina dalamnya.
Jika cukup pancaindera itu, disalah guna tujuannya, maka
jatuhlah taraf kemuliaan sebagai seorg manusia.
jika berharta itu tidak diguna buat kehidupan selepas
matinya, dialah si fakir selamanya biar alam manapun dihuninya.
Dan selama mana ia ada usia, tetapi tidak dimanfaatkannya,
adakah keterlaluan jika di kata mati itu lebih mulia?, atau pinta saja
digantikan nyawa yg ada kepada kucing yg mati dilanggar kereta?
Kerana kucing itu jika mati dilanggar kereta dia tidak
punyai akal untuk berfikir melintas ketika bahaya kreta tiada, bahkan jika
sengaja seklipun bermain bahaya dijalan raya dan mati dilanggar kereta, dia
tidak akan di hina atau keneraka kerana sengaja bermain dgn bahaya, kerana dia
adalah kucing, hidupnya tiada istilah ‘sia-sia’.
Tetapi jika manusia sengaja bermain dengan bahaya kehidupan
dunia, sedang dia tahu azab atau bahaya yg seolah dipinta dgn perbuatannya,
maka eloklah difikirkan sendri apa yg bakal diganjarinya dengan budaya
kehidupan kini sebagai seorg manusia. Dimana tempat selayaknya. Kerana
‘sia-sia’ itu satu lembaga besar yg amat menakutkan, jika hampir kepadanya, ia
mampu membunuh kehidupan sebagai seorg manusia.
-dalam pening-pening laut, aku mengingatkan kembali buat
diriku sebagai seorg insan yg selalu lengah dan tidak peduli kepada peringatan
hari-hari, moga istighfar mengiringi setiap hari, setiap masa hingga akhir
nyawa, moga usaha tajdid dan islah kita kekal istiqamah senantiasa-
Wednesday, September 10, 2014
apakah kamu tidak berfikir?
alangkah mulianya lidah jika yg trkeluar dari ucapan lidah itu adalah kata hikmah yg telah difikir dahulu,
alangkah mulianya jari jemari, jika yg menaip, sama ada coment, status, apa sahaja tulisan yg ditulis itu adalah tulisan hikmah yg telah difikir sejenak dahulu.
lidah mampu mengungkap apa sahaja semahunya, jari juga mampu menaip apa sahaja semahunya, sama ada kata marah, kata suka, gurau senda, umpatan, sindiran dan semisalnya.
tetapi jika difikir sejenak dengan kadar akal warasmu, itu lebih baik. lebih brhikmah.
bila mana dalam al-Quran disebut "afala tatafakkarun" apakah kamu tidak berfikir?
adalah supaya kita semua berfikir, supaya kita menggunakan nikmat akal, supaya akal yg ada itu, di manfaatkan untuk berfikir, moga kita tergolong dalam golongan yg berfikir,
berfikir untuk menjadi org yg waras
berfikir untuk menjadi org yg bersyukur,
berfikir, supaya tidak mnjadi org yg kufur.
Tuesday, September 9, 2014
jiwaku meronta-ronta
Ujian itu tanda Rahmat Allah ke atas seorg insan, belas
kasihan Tuhan kepada seorg hamba, atas ujian itu manusia sedar betapa jalan yg
sedang dilalui itu adalah zulumat, atas suluhan kasih Tuhan, manusia temui
jalan kebenaran. atas kasih syg Tuhan, manusia diberi ujian.
dari saat aku meninggalkan semua itu, sudah hmpir 3 Tahun
dibumi kelantan, sebelum itu ketika mana menyatakan hasratku kepada ibu,
"mak cek nk belajar agama," ibu cuma mendiam,
dalam diam-diam aku mengisi borang on9 kemasukan pelajar di
beberapa kolej islam. waktu itu jiwa aku mungkin bercelaru, jiwa bergelora,
anak kampung yg mencari kemana arah tuju,
lebih kurang sbulan sebelum aku terima surat tawaran itu,
ayah tiba-tiba sakit, masih segar dalam ingatan hari itu adalah hari jumaat,
seusai solat jumaat, ayah meminta mak membawanya ke hospital, seumur hidup
itulah pertama kali ayah mminta begitu, pendek cerita, Dr tidak tahu penykit apa
yg dialaminya, tetapi melalui alat pengesan mengatakan bahawa sakit yg
dideritainya itu serius dan beliau terlalu sakit waktu itu, akhirnya beliau
terpaksa melalui pembedahan untuk mengetahui pnyakit yg dideritai, masih segar
dalam ingatan kata-kata terakhir sebelum beliau masuk ke dalam bilik pembedahan
“ doakan ayah” itu sj yg mampu dia ungkapkan. Dan kata-kata itu membuatkan
butir-butir mutiara mengalir di pipiku, seumur hidup, itu pertama kali dia
ungkapkan begitu, dan seumur hidup itu pertama kali aku melihat beliau menangis
sambil tersiksa mengeluarkan ungkapan itu “DOAKAN AYAH”. Ayah seorg yg tegas
dan garang, ketegasan beliau itu sehingga dia cuma perlu berckp sekali shj
untuk menggerakkan aku melakukan sesuatu arahan tanpa sedikit dalih atau tertangguh
sesaat. Walaupun waktu itu aku sedang tidur.
Hampir 8 jam ayah dalam bilik pembedahan, Dr pun kluar dan
keputusannya, ayah 50% untuk selamat, waktu itu bermain berbagai persolan dalam
fikiranku, ibu mula menitiskan air mata, jiwaku gusar, persoalan demi persoalan
timbul, semingu ayah koma, tidak sedarkan diri, Dr sudah mula meminta
membacakan yasin buat ayah, ayat terakhir beliau “doakan ayah” sentiasa bermain
dalam benak fikiran. Mak masih tetap disisi ayah, tidak mahu pulang ke rumah, Cuma
sesekali pulang uruskan rumah, kemudian
trus ke hospital sentiasa di sisi ayah. Dipendekkan lagi cerita, satu keajaiban
brlaku, ikhtiar akhir, ayah trselamat, namun kehidupan beliau tidak sesempurna
seperti biasa. Hari demi hari terdetik mengislah tahap keberagamaan diriku
waktu itu, mungkin jahillah jenama yg paling sesuai dipakai waktu itu. Dalam
keadaan ayah bgitu, aku pula menyatakan hasratku kepada ibu. Mungkin itulah
sebb beliau susah melepaskan aku untuk jauh.
Selepas hari itu, aku tidak lagi menyatakan hasrat untuk
blajar lagi, namun selang beberapa hari seusai mak solat, tiba-tiba mak ckp, “pergilah
sambung belajar, syaitan halang mak daripada anak mak belajar agama” aku sdia
maklum mak selalu buat keputusan apabila bberapa kali beliau istikharah, ungkapan
itu sentap masuk ke dalam diri, namun rasa bersalah untk pergi, aku seolah-oleh
melarikan diri daripada smua ini, sesekali timbul, siapa nk jaga mak, nk jaga
ayah lagi, di rumah Cuma ada aku dan adik perempuan bongsu yg masih sekolah. Jawapan
mak ringkas, “Allah ada”. Sungguh beliau
seorg ibu yg sngt kuat, belum ku temui wanita di dunia ini sesolehah beliau, yg
mampu bersabar, masih tetap bngun di tengah malam menangis mendoakan anaknya
setiap hari, waima memiliki anak sepertiku. Seteruk aku ketika itu. Ianya aib
diri jika aku nukilkan silam diri.
Aku akhirkan kisah itu, jasad ini pergi jua atas satu tekat,
mengenal islam di sebuah kolej islam. Seorg manusia jahil, masuk kedalam
sekumpulan malaikat, aku ini si tua bodoh yg telah lama menganut islam, tetapi
tidak kenal apa itu islam. Mengenal tamrin? Mengenal usrah? Mengenal Jemaah? Jauh
sekali. Kalau menurut pencapaian akademik, seharusnya aku langsung tidak layak
untuk berada disitu. Itulah personaliti diriku ketika itu. Tetapi aku gagahkan
juga, tekanan yg kuat itu mendesak diri untuk berubah, mencari sesuatu. hentaman
kebodohan yg membenam kepalaku kedalam najis kejahilan itu merubah diri untuk
mencari kebenaran.
Aku tidak mahu menukilkan
panjang lebar bagaimana perjalanan hidupku, mahupun tagihkan simpati dari org
lain, Cuma apa yg mahu dinukilkan selama 3 tahun ini, aku merasakan bahawa
islam itu kabur di dalam lingkungan itu, biarpun berada dalam institusi islam
atau aku saja yg masih rabun. 3 Tahun itu, islam tidak lahir melalui bilik bilik kuliah, para pelajar yg
belajar bukan atas ingin mengenal islam,atau mendalami, tetapi sekadar menagih
sehelai sijil pengajian islam. Menghafal Quran, Hadis, tafsir apa saja madah
arab menggila, hasilnya Cuma sekadar dibuang di atas kertas, dimuntahkan di
dalam dewan peperiksaan. Untuk mendapatkan sehelai kertas bernama “sijil”
Aku tertanya senilai itukah islam yg dipelajari, hanya
senilai helaian kertas? Itukah nilai islam yg selama ini kalian anuti? Mungkin ada
yg akan mempersoalkan, anda siapa untuk mempersoalkan semua ini?
Aku cumalah anak kampung yg terkilan dengan sebb kecerdikan
kalian beragama.
Mahu sahaja aku lampiaskan semua nafsu kekecewaanku ini,
tetapi aku tidak mahu mengartikulasikan tulisan ini dgn lebih membumi, hnya
skdar tempiasan dari kerisauan ini, kerana khuatir akan mencalarkan mahupun
mengguris mana-mana hati, ckuplah sekadar gambaran picisan daripada kekecewaan
sanubari, kerana aku percaya bahawa nilai-nilai islam itu tetap subur, cuma
layu apabila telah lama tidak disirami yg tertanam dalam diri manusia. Moga nanti
dijulang dan ditulenkan kembali. islam itu tidak bersifat tempelan, acuh tak acuh,
mahu tidak mahu, boleh dipakai londeh, tetapi harus universal membumi dalam setiap
diri individu muslim itu sendri….
Ok…aku sudah mengantuk dan lain hari kalau rajin aku contengkan
lagi….krn bnyk lagi dan menjadi terlalu bnyk, biarlah sampai ia memenuhi menunggu saat ia di
muntahi lagi...
Tuesday, February 11, 2014
Perjalanan hidup sehari yang tiada erti…
Ada manusia bangun pagi sekadar menunaikan kewajipan
bersolat fajar selebihnya melampias tidur yang berbaki kerana malam yang sering
terjaga tanpa nilai yang menanamkan erti sebuah kehidupan. Bukan kerana tidak
mengerti tetapi hati tertutup kerana terpatri najis besi.
Tiada nilai manusia yang berjalan kaki tanpa arah tuju yang
pasti, tiada nilai seorang manusia yang bangun pagi tanpa mengerti apa yg perlu
dia kejari, tiada nilai manusia yang hidup dialam fantasi tanpa mengerti
tanggungjawab amanah kepada diri. Saat hilangnya nilai kehidupan itu adalah
ketika mana sesaatnya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tujuan nyata.
Susah sangatkah mengerti nilai kehidupan itu?
Ada yang menjawab tidak susah, yang susahnya adalah melaksanakan
misi kehidupan itu sendri.
Ada satu ayat yang berbunyi “Tidak sulit api untuk panas,
tak sulit air untuk basah, tetapi sangat sulit untuk manusia menjadi manusia”
Kebenaran daripada kata-kata ini jelas ternyata dengan sikap
diri manusia itu sendiri.
Segolongan yang menggunakan cogan kata agama yang
membara-bara dengan dalil-dalilnya, namun apabila berkaitan masa dialah yang
selalu tewas dengannya, kalau liqa, berjanji, mengadakan pertemuan dialah yang
selalu lambat memakan masa sahabat lainnya kerana menunggu kehadiran dirinya. Bila
ditanya mengapa, melayu katanya. Hairan memikirkannya. Dan masa-masa yang
seterusnya berlaku begitu juga sehendaknya.
Segolongan yang lain memotivasi manusia lainnya, dalam masa
yang sama dialah juga yang masuk lambat ke kelas pesyarahnya, dia juga yang
selalu dimarahi pensyarahnya, asigment entah kemana, Jika dilihat hebat motivasinya, namun
kehidupannya, tak menggambarkan apa yg dimotivasikan, bila ditanya, dakwah
katanya sampaikan walaupun satu ayat.
Aku sifatkan ini dialog sunyi batil manusia…endahkan sahaja…bla..bla
..blaa…
Ayat diatas nampak seolah manusia yang sering mencari
kesalahan manusia, bukan melihat lalu memberi peringatan bersama, namun itu realitinya.
sedap ungkapan hukama untuk tatapan bersama katanya “manusia
yang sibuk dengan kebaikan, dia tidak sempat mencari kesalahan manusia lain”
Monday, February 10, 2014
Nilai manusia pada kebaikan...
Merenung sedalam-dalam kepelusuk kalbu aku mencari
sinaran Rabbku, melihat manusia itu kurang sifat anggota pada fizikalnya saat itu hati sayu, tabahnya manusia itu. Berbanding manusia yang
sempruna sifatnya. Bila ada seolah-olah tiada, bila tiada, barulah terasa untuk
ada. Menjalar satu persoalan, “ apakah perasaan ku ini belas kasihan sebagai
seorang manusia ataupun atas nama Rabbku?.”
Melempar jauh renungan memikirkan orang kafir juga melakukan
kebaikan, ada belas kasihan dan kadang-kadang melebihi belas kasihan daripada seorang islam. Terkesima
seketika, apa yang mereka ketawakan di kedai kopi itu aku biarkan saja. Tiada selera
untuk endah bersama.
Muslim itu apa sebenarnya, melakukan kerja-kerja dakwah atas
nama jenama, atau dasar jawatan yang diterima?
Program-program berjenama dakwah dan ternama?
Berjaya mempengaruhi orang lain dengan ucapan yang gah
bergema-gema dgn nada gaya
berbunga-bunga?
Berada dalam bulatan gembira, lalu menjenamakan ia sebagai
usrah, sambil terhibur dengan gelagat yang disimpulkan atas nama kekeluargaan,
lalu dikatakan kamilah Muslim itu, kami sedang membina kebaikan bersama?
Hari demi hari aku mencari nilai kemanusiaaan itu pada setiap muslim yang
berada disampingku, fikiranku menangkap setiap apa yang mereka lakukan, dengan
sedikit akal, aku mempersoalkan diriku dengan apa yang berlaku dihadapanku, apa
bezanya muslim itu dengan non muslim? Jawapanya tersimpan didalam dairi hatiku, sebagai motivasi kehidupan harianku, untuk mengungkapkannya sungguh lidahku kelu
jariku kaku.
‘Kalaulah dosa itu berbau, nescaya tiada yang akan
memghampiriku’
“Peluh yang berbau ini, adakah terhasil daripada dosa
dalaman yang menimbun?” Soal si A.
Si B selamba menjawab “ agaknye, mungkin itu dosa yang terlalu memenuhi batilnya sehingga
melimpah, terzahir daripada bau peluh manusia”
tetiba si A terus teringat akan dialog ringkas yang mana
seorang bertanya kepada cendekiawan, kenapa langit itu bersih?
Beliau tersenyum lalu menjawab ringkas
"kerana manusia tidak tinggal di sana"
Beliau tersenyum lalu menjawab ringkas
"kerana manusia tidak tinggal di sana"
Wednesday, February 5, 2014
Sepetang aku terbaring...
Petang tadi terbaring tanpa berbuat sesuatu
mimikirkan kereta yg baru dilanggar lari, pecah lampu belakang, 3 hari lepas
baru saja dilanggar bahagian depan, di baiki dgn kos RM800 lebih, sehari
selepas itu disaman salah parking, bila chek saman,kereta ini ada 3 saman
berjumlah RM550, dan hari ini dilanggar lari, semua keadaan itu org yg berbeza
menaiki kereta itu, kejadian hari yg berbeza, namun dalam minggu ini semua itu
berlaku, dan minggu ini juga perlu langsaikan bayaran bulanan kereta sewa
rumah, pening aku memikirkannya...haha...abaikan yg itu.
Dalam keadaan terbaring, terdetik ingin ke jaafar rawas, hanya kerana teringin nk makan coklat didalam gmbar dibawah, masuk saja ternampak muka yusuf nada di kulit buku, terus aku capai, mukanya persis arwah tokwanku, berkepala botak begitu,
Dalam keadaan terbaring, terdetik ingin ke jaafar rawas, hanya kerana teringin nk makan coklat didalam gmbar dibawah, masuk saja ternampak muka yusuf nada di kulit buku, terus aku capai, mukanya persis arwah tokwanku, berkepala botak begitu,
![]() |
pendek cerita apabila dibelek muka pertama berkisar sejarah beliau bersama ikhwan yg lain didalam penjara, beliau menyertai ikhwan muslimin ketika berusia 16 tahun, dan kisah tragis ketika beliau berusia 23 dimasukkan kedlm penjara tentera abbasia di bawah pemerintahan Gamal Abdel Nasser,saat awal pemerintahan beliau, beliau telah memenjara lebih 300.000 pengikut ikhwan.
Terdetik saat membaca muka pertama, aku merasa ap yg menimpa aku bukanlah apa2, dibandingkan dgn tahanan ikhwan yg disiksa didalam penjara,ujian itu begitu berat. Ada yg dihiris isi sedikit demi sedikit,dilempar cebisan2 isi dilantai, ada yg dibakar seluruh tubuh sehingga tiada rupa manusia lalu dibiarkan terus hidup, ada yg dilepaskan anjing memakan bahagian kemaluan sehingga mereka merasa hidup mereka tiada bermakna disamping keluarga, ada yg dicelup didalam bekas besar berisi najis sehingga termakan najis2 lalu diangkat semula, dan dicelup semula, semua penyiksaan itu diulang2 menjadi bahan mainan didalam tahanan. Allahuakbar, mengenang nasib diri, hari ini aku sngt selesa walau terkadang aku merungut kerana tk miliki apa yg org lain ada, saat teringat kata-kata murobbi enta kena jadi mcm yusuf nada air mata bergenang entah kenapa.
Terasa satu suntikan semangat baru dalam kehidupan apabila diberi ikon baru untuk dicontohi kepimpinan beliau, meskipun beliau bukanlah seorang yang menonjol dikhalayak ramai, namun kata seorang ustaz, kadang-kadang orang yang melakukan kerja-kerja islam dibelakang ini, keihlasan dia lebih.
-moga saat ini kita masih manusiawi-
Satu kisah menarik ketika mana Yusuf Nada di dalam penjara, polis menahan ulama terkenal, iaitu Muhammad Al-Qaraxi yg berusi 80 tahun dalam keadaan tidak baik, Al-Qaraxi perlu memakai kaca mata berpreskripsi tinggi bagi melihat dan dalam keadaan demikianpun beliau masih kabur. Beliau dipermainkan oleh pegawai yang zalim, mereka merotan al-Qaraxi dan bertanya sama ada beliau nampak siapakah yang melakukannya. tidak kira apa jawapan yg diberi, mereka tetap memukul ulama itu.
sepanjang penyeksaan harian itu, muhammad al-Qaraxi mendoakan org yg memegang cemeti, "Semoga Allah memberi kamu kesihatan, anakku."
Yusuf nada yg masih muda waktu itu, marah melihat keadaan itu dan meminta supaya askar itu dilumpuhkan ataupun dipatahkan tangannya kerana memukul ulama tersebut. namun ulama itu menjeling kepada yusuf nada atas kata-kata beliau dan berkata, "yussuf anakku, Apakah manfaat yg aku dapat sekiranya tangannya lumpuh? adakah kamu lupa pada ayat al-Quran tentang pengampunan dan kemaafan?
-Bertapa ulama itu, kata-kata mereka melangkauwi apa yg berada di hadapan, tetapi org muda apa yg mereka perkatakan adalah cuma apa yg ada dihadapan mereka.
- Aku tertanya-tanya seandainya berlaku dalam kehidupanku, apa yg aku lakukan saat itu, yang pastinya itulah nilai yg terlalu berharga buat insan bertuah seperti mereka, terasa mahu saja aku berada pada situasinya, tetapi timpul persoalan, mampukah aku menghadapinya? sungguh Allah menguji atas kemampuan hamba-hambanya.
suatu ketika saidina Ali menangis, lalu sahabat bertanya kepadanya, mengapa engkau menangis wahai Ali, lalu beliau menjawab, sudah beberapa hari beliau berasa senang tanpa ada sebarang ujian, adakah Allah tidak sayang padanya lagi? soalan itu timbul dilubuk hatinya yang menyebabkan beliau menangis teresak-esak.
kalau hari ini aku bersenang lenang tanpa sebarang ujian, ataupun tanpa merasakan ujian yg hadir itu adalah ujian, persoalan itu timbul, lalu aku ini bagaimana?
sepanjang penyeksaan harian itu, muhammad al-Qaraxi mendoakan org yg memegang cemeti, "Semoga Allah memberi kamu kesihatan, anakku."
Yusuf nada yg masih muda waktu itu, marah melihat keadaan itu dan meminta supaya askar itu dilumpuhkan ataupun dipatahkan tangannya kerana memukul ulama tersebut. namun ulama itu menjeling kepada yusuf nada atas kata-kata beliau dan berkata, "yussuf anakku, Apakah manfaat yg aku dapat sekiranya tangannya lumpuh? adakah kamu lupa pada ayat al-Quran tentang pengampunan dan kemaafan?
-Bertapa ulama itu, kata-kata mereka melangkauwi apa yg berada di hadapan, tetapi org muda apa yg mereka perkatakan adalah cuma apa yg ada dihadapan mereka.
- Aku tertanya-tanya seandainya berlaku dalam kehidupanku, apa yg aku lakukan saat itu, yang pastinya itulah nilai yg terlalu berharga buat insan bertuah seperti mereka, terasa mahu saja aku berada pada situasinya, tetapi timpul persoalan, mampukah aku menghadapinya? sungguh Allah menguji atas kemampuan hamba-hambanya.
suatu ketika saidina Ali menangis, lalu sahabat bertanya kepadanya, mengapa engkau menangis wahai Ali, lalu beliau menjawab, sudah beberapa hari beliau berasa senang tanpa ada sebarang ujian, adakah Allah tidak sayang padanya lagi? soalan itu timbul dilubuk hatinya yang menyebabkan beliau menangis teresak-esak.
kalau hari ini aku bersenang lenang tanpa sebarang ujian, ataupun tanpa merasakan ujian yg hadir itu adalah ujian, persoalan itu timbul, lalu aku ini bagaimana?
Tuesday, April 2, 2013
5 WASIAT.
5 wasiat dari ALLAH kpd Rasullullah SWT
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Sunday, November 11, 2012
Sedikit bercakap dan banyak mengingati mati
~ kematian itu satu kenikmatan bg org beriman, dan kecelakaan bg org yang kufur ~
Daripada
Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w. masuk ke tempat
solatnya, beliau melihat orang-orang sedang asyik berbincang-bincang. Kemudian
beliau bersabda: “seandainya kamu banyak mengingat ‘pemutus kenikmatan’
nescaya kamu tidak banyak bercakap seperti ini, seringlah mengingati pemutus
kenikmatan, yakni kematian.
Sebab, di dalam kubur nanti, tidak akan
datang satu hari pun kecuali ia akan bercakap dengan enam kalimat, “ Aku rumah pengasingan, aku rumah
kesendirian, aku rumah binatang buas, aku rumah kegelapan, aku rumah debu, dan
aku rumah cacing.”
Apabila
seorang hamba mukmin telah dikuburkan, maka kubur akan berkata kepadanya,
selamat datang, Ahlan wa sahlan. Ketahuilah, engkau
adalah orang yang paling aku sukai yang berjalan di atas punggungku. Hari ini,
aku menguasaimu. Engkau menjadi aku. Maka engkau akan melihat apa yang aku
perbuat kepadamu. “ kemudian, kubur itu diluaskan kepadanya sepanjang
penglihatan hamba. Dan, dibukakan kepadanya pintu syurga.
Apabila seorang hamba kafir telah
dikuburkan, maka kubur akan berkata kepadanya, “ Tidak ada keselamatan, tidak
ada keramahan dan tidak ada kemudahan ( la marhaban wala ahlan wa sahlan). Ketahuilah, engkau adalah orang yang paling aku benci
yang perjalan di atas punggungku. Hari ini, aku menguasaimu. Engkau menjadi
aku. Maka, engkau akan melihat apa yang aku perbuat untukmu.” Kemudian, kubur
tersebut menjadi sempit, hingga tulang-tulang rusuknya remuk bertumpukan.
Rasulullah
s.a.w bersabda :
انما القبر روظة من رياض الجنة او حفرة من
حفر النيران
Maksudnya:
”sesungguhnya kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah satu
parit neraka.”
Diceritakan daripada Hasan Al-Basri,
bahawa dia sedang duduk di pintu rumahnya, tiba2 lalu jenazah seorang lelaki ,
di belakangnya ramai orang berjalan, sedang di bawah jenazah berjalan seorang
anak perempuan kecil dengan rambut terhurai sambil menangis.
Al-Hasan
mengikut jenazah itu. Sedangkan anak perempuan yang bi bawah jenazah itu
berkata,
“
wahai ayahku, mengapa datang hari yang seperti ini dalam hidupku?
Al-Hasan
berkata kepada anak perempuan itu, “ Tidak akan datang lagi hari yang seperti
ini kepada ayahmu.”
Al-Hasan
menyembahyangkan jenazah itu, dan langsung pulang. Keesokan harinya, Al-Hasan
pergi ke masjid untuk solat subuh, (Tidak lama setelah itu) matahari pun
terbit. Dan Al-Hasan pun duduk di pintu rumahnya. Tiba2 al- Hasan melihat anak
perempuan kecil yang dilihat kelmarin lalu sambil menangis dan berziarah menuju
ke kubur ayahnya.
Al-Hasan
berkata: “Sesungguhnya anak perempuan ini cerdik, sebaiknya aku ikuti dia,
barangkali dia akan mengucapkan perkataan yang bermanfaat bagiku.”
Al-Hasan
mengikuti anak perempuan kecil itu. Ketika dia tiba di kubur ayahnya, dan
meletakkan pipi di atas tanah tanah seraya berkata, “ Wahai ayahku, bagaimana
engkau tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun
penghibur?
“Wahai ayahku, malam kelmarin aku
nyalakan lampu untukmu, siapakah yang menyalakan lampu bagimu malam tadi? Wahai ayahku, malam kelmarin aku hamparkan alas tidur
bagimu, siapakah yang menghamparkan alas tidur bagimu malam tadi?
“wahai
ayahku, malam kelmarin aku memicit kedua tangan dan kakimu, siapakah yang
memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, malam kelmarin aku balik tubuhmu dari satu
sisi ke sisi yang lain. Siapakah yang membalikkanmu malam tadi?
“wahai
ayahku, aku tutupi anggota2 badanmu yang terbuka malam kelmarin, siapakah yang
menutupimu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin aku beri engkau minuman, siapakah
yang memberimu minuman malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin malam aku merenungi
wajahmu, siapakah yang merenungi wajahmu malam tadi?
“wahai ayahku, malam kelmarin aku
memasak pelbagai makanan untukmu, siapakah yang memasak makanan untukmu malam
tadi?”
Al-Hasan pon menangis lalu menampakkan
diri kepada anak perempuan kecil itu seraya berkata : “wahai anakku, janganlah
engkau mengucapkan kata2 ini, tetapi katakanlah :
“wahai ayahku, kami telah
menghadapkanmu kearah kiblat, apakah engkau tetapi demikian ataukah telah
dihadapkan ke tempat lain?
“wahai ayahku, kami telah mengkafanimu
dengan kafan terbaik, apakah tetap begitu ataukah kafan itu telah dilepaskan
daripadamu?
“wahai ayahku, kami telah meletakkan
badanmu di dalam kubur dalam keadaan utuh, apakah engkau tetap begitu ataukah
engkau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, para ulama berkata bahawa kubur itu
dilapangkan bagi sebahagian manusia dan disempitkan bagi sebahagian yang lain,
apakah kubur itu terasa sempit bagimu ataukah terasa lapang?
“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama
berkata bahawa sebahagian mereka diganti kafannya dengan kafan daripada syurga
dan sebahagian lainnya diganti dengan kafan daripada neraka, apakah kafanmu
diganti dengan kafan daripada neraka atau kafan daripada syurga?
“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama
berkata, bahawa kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah
satu parit neraka.
“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama
berkata, bahawa kubur itu memeluk sebahagian penghuninya seperti ibu yang penuh
kasih sayang dan boleh membenci serta menghimpit sebahagian manusia hingga
tertindih tulang-tulang rusuk mereka, apakah kubur ini memelukmu atau
membencimu?
“ wahai ayahku, para ulama berkata,
bahawa sesiapa yang diletakkan dalam kubur, jika dia seorang yang bertakwa dia
pun menyesal kerana kurang banyak berbuat kebaikan dan jika dia seorang berdosa
dia menyesal mengapa telah melakukan maksiat, apakah engkau menyesal atas
dosa2mu atau kerana sedikitnya kebaikanmu?
“wahai ayahku, biasanya jika aku
memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku dan telah lama aku memanggilmu di
kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?
“Wahai ayahku, engkau telah pergi dan
aku tidak boleh berjumpa denganmu hingga hari kiamat. Ya Allah janganlah Engkau haramkan kami daripada pertemuan
dengannya pada hari kiamat.”
Kemudian anak perempuan kecil itu berkata:
“Wahai Hasan, alangkah baiknya perkataan yang pakcik ucapkan untuk ayahku dan
alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang
lalai.”
Setelah
itu pulanglah anak perempuan kecil itu bersama Hasan Al-Basri sambil menangis.
Tuesday, May 29, 2012
Kata2 Habib Munzir musawa
NAMUN TUJUAN ADALAH SATU YAITU SAAT BERJUMPA DENGAN RABBUL
‘ALAMIN, BERAKHIR SELURUH APA YANG KITA LEWATI,DARI KEHIDUPAN DUNIA KEPADA
TUJUAN TUNGGAL-NYA YAITU BERJUMPA DENGAN ALLAH..
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN, INGATLAH,AKAN
DATANG SUATU SAAT BIBIR KITA TIDAK BISA LAGI BERGETAR MENYEBUT NAMA
ALLAH, DISAAT ITU KITA DITURUNKAN KEDALAM KUBUR
KITA, DAN WAJAH KITA DIBUKA,DAN WAJAH KITA DICIUMKAN KE TEMBUK KUBUR KITA,LALU
KITA DIKUBURKAN DAN DITINGGAL OLEH SEMUA KERABAT, DISAAT ITU TIDAK ADA
KEKASIH, DISAAT ITU TIDAK ADA JABATAN, DISAAT ITU TIDAK ADA HARTA, ITULAH HADIRIN
HADIRAT KITA SENDIRI, DAN DISAAT ITU BERUNTUNGLAH MEREKA YG SELALU BERZIKIR,YG
MNGINGAT ALLAH DAN ALLAH MNGINGATNYA,YG MERINDUKAN ALLAH,ALLAH MERINDUKANNYA..
DIALAH YG MAHA BAIK DIALAH YG MAHA MULIA,, SETELAH KITA DIBERI KHIDUPAN,DIBERI
JASAD, LANTAS ALLAH MEMINJAMKAN PULA DUNIA INI BERSERTA ISINYA, MEMINJAMKAN
MATAHARI, MEMINJAMKAN BULAN, MEMINJAMKAN DARATAN, MEMINJAMKAN HAIWAN DAN
TUMBUHAN, MEMINJAMKAN AIR DAN LAUTAN, YG KESEMUANYA ADALAH MILIK ALLAH,KITA TIDAK
MNYEWANYA, TIDAK PULA MEMBELINYA, TIDAK PULA BERDOA UNTUK MEMINJAMNYA, ALLAH YG
MMBERINYA SBELUM KITA MMINTA,,
HADIRIN HADIRAT SEDEMIKIAN LUASNYA RAHMAT
ILAHI,DAN KASIH SYGNYA MELEBIHI SEMUA KASIH SYG, MELEBIHI KASIH SYG IBUNDA KITA
KEPADA KITA, MELEBIHI KASIH SYG KEKASIH KITA KPADA KITA,
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN,,JANGAN
TAHAN LIDAHMU MENYEBUT NAMA ALLAH, JGN BERT MNYEBUT NAMA ALLAH, DOSA APA YG
MEMBUAT LIDAH KITA BERAT MNYEBUT NAMA ALLAH,
KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARI
PEDIHNYA SIKSA KUBUR, KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARI PEDIHNYA SIKSA
NERAKA, PASTIKAN KAMI SELAMAT DARI INI SEMUA.. AKAN DTG WAKTUNYA AKU DAN KALIAN
AKAN BERDIRI DI HADRATUL KHALIK, DIHADAPAN RABBUL ALAMIN SUBAHANALLAHU WA
TA’ALA,, DIPANGGIL DENGAN NAMAMU,FULAN BIN FULAN,HAYYA AIDA ‘ALLALAH.. DISAAT
ITU KAU AKAN BERJUMPA DGN ALLAH,BERTEMU DGN ALLAH, BERBICARA DGN ALLAH, DITANYA
OLEH ALLAH, BERTANGUNGJWAB KEPADA ALLAH, ADAKAH NAMA ITU DIDALAM JIWA KITA
LUHUR, ADAKAH NAMA ITU INDAH DIDALAM JIWA KITA, ADAKAH TERLINTAS KERINDUAN DALAM
BERJUMPA DGN ALLAH..
~Habib Munzir musawa~
Friday, May 25, 2012
SAAT ITU PASTI
saat itu pasti datang
kita kan berpisah
maut akan memutuskan
aku pergi dulu
kau tinggal keseorangan
detik itu makin hampir
nyata cinta ini akan padam jua
walau seteguh dan sekukuh
kau kembali jua
meninggalkan aku dalam nestapa
cinta kita hanya makhluk
tiada yang abadi kecuali Khalik
hari pamitan itu akan tiba
hiduplah kita dialam berbeza
cinta itu tak selamnya bersama
selamat tinggal sayang
selamat pulang sayang
cinta kita, inilah sudahnya...
terpisah jua akhirnya
walau di hati tidak tegar
akan tiba masa nanti
kita berdua dibangkitkan
kembali
di mahsyar yang tiada lagi cinta
yang ada nafsi-nafsi
memikirkan nasib sendiri
semoga kita berjaya
mengharungi
mizan, sirat, timbangan amalan,
golongan kiri atau
kanan
yang mampu memisahkan...
atau mempertemukan
sebuah percintaan
semoga cinta kita berdua
hanya untuk mencintai-Nya
terpisah cinta kita sementara
cuma
kita akan bercinta lagi di dalam
syurga...
untuk selama-lamanya!
Thursday, May 17, 2012
SURAT BUAT KEKASIH
Sayang, aku tenang di
sini kerana kuyakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana.
Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku disini. Yakinlah, perpisahan
sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.
Perpisahan ini ,
insya-Allah akan menguburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu
didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan
manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Semoga perpisahan ini
menguatkan jiwaku.tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai
Allah. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling mencintai kerana Allah – cinta
yang lebih suci.
Kita dipaksa berpisah
untuk dijemput ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu
banyak berlakon dan bermain-main dengan
pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “Paksaan” ini walaupun
suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.
SAYANGKU,
Hadapilah kenyataan
yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan
meredhakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.
YA ALLAH …
Ampunilah dosa-dosanya
dan maafkanlah semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya … dengan Kau
suburkan selalu dalam hatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin,
berharap terhadap-Mu.
YA RAHIM …
Berilah dia kekuatan
dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar di tangannyalah nanti tempat
zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya,
kesabarannya, kelembutannya,hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar
dia terdidik untuk mendidik.
YA RAHMAN …
Maniskanlah akhlak
isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran
dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah
kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan takwa yang sejati.
YA RABBI …
Lembutkan hati
isteriku agar mudah ia mengadu-adu kepada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah
merayu-rayu dan meminta-minta kepada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu
menangis dan merintih-rintih kepada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam
menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.
SAYANG,
Ramai pasangan
berpisah kerana tidak cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu
cinta. Apabila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan
kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian, dan
keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini … pertemuan adalah perpisahan. Tapi
apabila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu.
Justeru, perpisahan
ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan
kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu reaksi berantai kepada semua yang
ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan Allah semata. Jangan
kita bergantung kepada selain-Nya.
Makhluk yang berhubung
atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, suadara, sahabat
atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya , perpisahan adalah cara
Allah mencantas pergantungan hati kita dengan insan yang bernama suami, isteri,
ibu, bapa, anak dan saudara.
Hakikatnya saat itu
pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika tidak bersedia …
pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur
semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman,
tercalarnya tauhid.
Sayang … bergantunglah
kepada Allah kerana hubungan kita denganNya tidak akan dipisahkan dengan
istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak
dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI.
Justeru anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat
mati yang sudah pasti datang.
Syukur kerana dahulu
pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau-kalau salah seorang daripada kita
dipanggil oleh Allah? Apakah ketika itu
hati akan redha? Ah, lantaran benci merasai, fikiran dikunci daripada
memikirkannya … padahal itu sudah pasti. Oh Tuhan, benci betul rupanya kita
kepada mati.
Angkuh betul kita
dengan milik pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami anak-anak dan
lain-lain itu benar –benar kepunyaan kita. Terlalu berat memulangkannya. Sebab
memulangkannya bererti berpisah!
Tidak sanggup kita
pulangkan kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, Alhamdulillah
pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara … aku diserahkan kembali
olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.
Didikan ini sangat
mahal harganya. Inilah inti pati iman kita kepada satu ayat al-Quran yang
sangat pendek dalam surah al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud: “ Sesungguhnya
kita kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat
perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus daripada berharap sesuatu
yang terbaik.
Doaku dan doamu pasti
dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah
segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang
penting … bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan
kesabaran, keimanan, dan tawakal kita untuk menghadapi apa jua takdir-Nya.
Isteriku, jangan
dipinta kecilkan ujian yang menimpa ini, tetapi pintalah dibesarkan iman untuk
menghadapinya! Kehebatan seseorang sering diukur oleh kebesaran ujian yang
dihadapinya. Semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang. Maka
begitulah dengan cinta kita. Semakin diuji, maka semakin membumbung tinggi.
Semakin jauh, cinta kita akan menjadi semakin kukuh. Insya-Allah, amin.
~Bercinta Kerana Allah~
~Bercinta Kerana Allah~
Friday, April 27, 2012
HARAM?????
Hadis Rasulullah s.a.w
menyebutkan dengan jelas “ seorang
musafir yang kusut masai penuh debu menadah tangannya dan berdoa, wahai Tuhan!
Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram,
minumannya haram, pakaiyannya haram dan hidangannya haram, bagaimana mungkin
Allah mengkabulkan doanya? (Riwayat Muslim)
Sekiranya doa tertolak bagaimana dengan solat yang merupakan
‘doa wajib’ seorang hamba?
Imam Ghazzali menegaskan, perkara pertama yang menghilangkan
khusyuk dagi orang yang solat adalah
kerana memakan makanan atau berpakaian daripada sumber yang haram.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang solat dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan
sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya sumber haram, Allah tidak akan
menerima solatnya.”
Apabila solat tidak diterima kerana perkara haram, apakah
yang dapat memperkukuhkan diri
dengan kebaikan sekiranya solat yang
merupakan tiang agama telah rosak.
Mukmin lawannya munafik. Orang mukmin yang warak ialah orang
yang bertaqwa yang sangat menjaga soal halal dan haram. Lihatlah kepada sabda
Rasulullah s.a.w. :
“Sesungguhnya orang mukmin itu berwaspada dan orang munafik menerkam apa sahaja yang
datang kepadanya tanpa memperdulikan sama ada halal ataw haram.”
Ibn Khaldun dalam
al-Muqaddimah menjelaskan bahawa makanan baik dan segar tanpa bahan
tambah, perisa, pelazat, dan sebagainya dapat memberi kesan kepada akhlak
seseorang. Begitulah sebaliknya memakan benda yang haram pada zat (makan babi,
atau makanan yang bercampur unsur babi) atau memakan benda yang halal zatnya
tetapi didapati melalui cara haram
seperti mencuri, tipu, rasuah dan sebagainya, akan membentuk kekejian akhlak
dan budi pekerti . ini pasti melahirkan kecelaruan dalam dri, krisis dalam
keluarga dan sengketa dalam masyarakat keseluruhannya.
Abdullah Sahl at- Tusturi berkata : “ sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota
tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan
sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk
taat dan mudah melaksanakan kebajikan”
Impak paling maksimum bagi pelaku dan pemakan makanan haram
di hari akhirat kelak ialah neraka jahanam. Itulah sehebat-hebat balasan yang
menunggu. Justeru halal dan haram bukan persoalan logo dan penghalusan isunya semata-mata, bahkan
begitu berbahaya bagi setiap orang kerana ia bakal menjerumuskan seseorang itu
ke dalam neraka .
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Mana-mana hamba,
dagingnya itu tumbuh daripada perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah
yang patut ( untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.”
(Riwayat Ibn marduiah)
Tuesday, April 24, 2012
Apa itu kejayaan????
Rata2 mahasiswa , pakar motivasi dan psikologi bercakap
mengenai kejayaan. Ibu bapa mahupon anak-anak berjaya. Ramai beranggapan
kejayaan adalah apa yang dicapai ataw
diperolehi.
Success (kejayaan) = what we have (apa yg kita ada)
Benarkan definisinya
sedemikian?
Sekiranya definisi di atas digunakan sebagai ukuran
kejayaan, manusia2 berikut akan termasuk sebagai org yg berjaya:
·
Pencuri, perompak, penipu yang mungkin mempunyai
harta yang bnyk hasil penipuan mereka akan diaggap sebagai org yg berjaya.
·
Pekerja atau pegawai yg rasuah, naik pangkat
dengan politik kotor di tempat kerja juga akan dianggap berjaya.
·
Mereka yg dilahirkan dalam keluarga org kaya,
tanpa usaha mereka mewarisi harta ibu
bapa mereka, juga akan dianggap berjaya.
·
Org2 yang tidak solat, ingkar kepada Allah,
selalu melakukan maksiat tetapi hartanya banyak, juga masuk dalam kategori org
yg berjaya.
·
Seorang pelajar yg lulus cemerlang tetapi jahil
agama, tidak solat, tidak menutup aurat juga dianggap berjaya.
Ini bermakna definisi di atas bukan kejayaan yang sebenarnya.
Ia adalah definisi yang salah sama sekali.
Apakah definisi
kejayaan yang sebenar????
Dalam buku “Profile of Success” yang ditulis oleh seorang
penulis barat menyebut :
Success (kejayaan) = what we do (apa yang dilakukan).
Ia bukannya apa yang dicapai ataw dimiliki. Ini adalah
peraturan alam yang bukan sahaja disebut dalam al-Quran, tetapi diterima sendri
oleh orang bukan islam.
Itulah sebabnya Allah s.w.t
mengukur kejayaan manusia berdasarkan perbuatan (apa yang dilakukan)
bukan apa yg dicapai.
Firman Allah s.w.t
yang bermaksud :
(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya (yakni perbuatannya bukan
pencapaiyannya).
(Al-Mulk :67:2)
Sunday, April 22, 2012
3 TINGKAT CINTA
Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam
bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah
al-Taubah, ayat 24, iaitu:
1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.
Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak we? Hmm, tidak masuk senarai pun.
Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum halal lebih daripada cinta Allah SWT?
Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah. Oh diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!
-FATIMAH SYARHA-
1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.
Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak we? Hmm, tidak masuk senarai pun.
Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum halal lebih daripada cinta Allah SWT?
Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah. Oh diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!
-FATIMAH SYARHA-
Monday, April 9, 2012
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?
Dalam seusia kita, seberapa bnyk kita bersyukur? Seberapa bnyk kita mengungkapkan kata-kata syukur?
Dalam seharian, berapa kali kita renungkan nikmat2 yang kita miliki...apakah kita bersyukur?
Dalam kiraan waktu, Apakah setiap saat nama Allah terucap dibenak hati…tanda mensyukuri nikmat-nikmat Allah.?
Dalam setiap hela nafas, apakah kita mengira bahawa ia pemberian percuma semata2?
Apakah anda mengira bhw,berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa,padahal masih bnyk manusia lain yg tidak mempunyai kaki??
Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah,padahal masih bnyk manusia lain yg kehilangan kedua betisnya?
Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementra masih bnyk manusia lain yg tidak dapt tidur kerana sakit yg menanggungnya ?
Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapt menjamu makanan yg lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih bnyk orang lain yg tidak dapat makan dan minum hanya kerana sakit yg mereka deritai?
Renunglah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah manjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah fungsi otak anda! Allah telah memberi kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yg menghinakan.
Renunglah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah manjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah fungsi otak anda! Allah telah memberi kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yg menghinakan.
Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud?
Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit?
Apakah anda, mahu membeli istana2 yg menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu?
Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran2 permata dan berlian, tetapi anda kudung?...
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? ( Ar-Rahman: 13)
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....(An-Nahl
Subscribe to:
Posts (Atom)






