Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Tuesday, February 8, 2011

32. TERSENYUMLAH............Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah

Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah

  
Dan salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni syurga adalah tertawa.
Maka pada hari ini orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir. (Al-Muthaffifin: 34)

Muram yang durja dan muka yang masam adalah cermin dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk:

Sesudah itu dia bermasam muka dan merengut. (Al-Muddatstsir: 22)

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Meskipun sekadar menampakkan wajah ceria saat kau bertemu saudaramu."

Dalam Faidhul Khathir, Ahmad Amin berkata : "Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang  berkemampuan lebih dalam mengerja-kan berbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat.

Seandainya saya disuruh memilih di antara harta yang lebih banyak ataw kedudukan yang tinggi dengan jiwa yang tenteram damai dan selalu tersenyum, pastilah saya memilih yang kedua. Sebab ialah, apa ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas?Apa ertinya segala yang ada didunia ini, apabila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya?

Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya

Dia berkata: "Langit sedih dan terlihat murung."
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Biarkan kemurungan itu ada di langit!"
Dia berkata: "Kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Dukacita tidak akan pernah kembali,
sebab ia telah mati,"
Dia berkata: "Langit di angkasa telah menyatu
dengan cinta yang berkobar dalam dadaku 
dan telah menjadi neraka Jahannam.
Dia khianati janji setelah merenggut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata: "TERSENYUMLAH DAN BERSENANGLAH!
Kalau kau tetap bersama kesedihan,
akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Dia berkata : "Perniagaan mendekati kerugian
seperti seorang musafir
yang hampir mati kehausan
ataw seperti singa yang haus darah.
Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Kau bukanlah penyebab kesembuhannya,
kecuali bila kau mahu tersenyum.
Apakah ketika orang lain berbuat dosa
dan tidur dengan perasaan takut,
engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata: " Musuh sedang berada disekelilingku.
Mereka berteriak menakutiku.
Bukanlah aku telah tertawan
dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata : "TERSENYUMLAH"
Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu
jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."
Dia berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya
tergambar padaku di pakaian dan lukisan,
sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku 
namun tidak ada satu dirham pun
di kedua telapak tanganku
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Bukankah kau masih hidup?
Kau bukanlah termasuk orang
yang tidak mempunyai kekasih."
Dia berkata: " Malam-malamku berlalu dalam kepahitan."
Aku berkata : "TERSENYUMLAH!
Jika kau merasa pahit, semoga orang lain 
melihatmu sedang bersenandung.
Lemparkan kedukaan jauh-jauh
dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu 
jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham
ataw kau merasa rugi jika engkau bernyanyi
dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan
membuat mulutmu terdiam
dan raut mukamu menampilkan kesedihan
TERSENYUMLAH.............!
Sesungguhnya bintang-bintang pon tersenyum
dan kegelapan akan saling berbunturan.
Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang."
Dia berkata: "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik.
Ia datang ke dunia ini"
dan tetap akan pergi walau terpaksa."
Aku berkata : "TERSENYUMLAH! Selagi hanya dikandung badan selama engkau masih hidup
sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

Sungguh kita sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria , hati yang lapang , akhlak yang menawan, jiwa yang lembut, dan keramahan :

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad) agar kalian bersikap tawadhu'  hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada orang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain. Al-Hadith)

RENUNGAN :
        Jangan bersedih: kerana anda telah lalui kesedihan itu kemarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. Ketika anak anda gagal dalam ujian  dan anda  bersedih kerananya. Apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu? Ketika bapa anda meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? Ketika perniagaan anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih,apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan?

Jangan bersedih: kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan berbagai musibah lainnya. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan ataw kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan,makian musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambahkan semangat mereka untuk menyerang anda. Ataw, ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang anda tidak sukai, ia akan mudah terjadi pada anda.

Jangan bersedih: kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas,istri yang cntik , harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi, dan anak-anak yang cerdas, semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.

Jangan bersedih: kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunya mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih: kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Maka ni'mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan. (Ar-Rahman:13)

Jangan bersedih : kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti untuk di jamah, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai, dan isteri yang anda cintai.

MENGAPA ANDA HARUS BERSEDIH???


Wednesday, January 12, 2011

Ulama Menangis

Al-Khatib meriwayatkkan daripada Imam Malik bahawa suatu hari gurunya, Rabi'ah bin Abdurrahman (ulama tabiin) dilihat sedang menangis tersedu-sedu.
Ia ditanya : "Mengapa tuan menangis?
Adakah tuan sedang ditimpa sesuatu musibah?"

Rabi'ah menjawab: "Tidak. Aku menangis kerana pada hari ini orang yang tidak berilmu diminta berfatwa tentang agama. Telah terjadi musibah yang sangat besar dalam agama Islam."
Rabi'ah menangis kerana pada  masa fuqaha masih banyak dan hati-hati mereka masih bersih.Ia melihat fenomina itu sebagai musibah besar yang tengah menimpa agama islam.

Saya membayangkan, andai Rabi'ah bin Abdurrahman hidup pada hari ini, lalu melihat bagaimana hukum Islam dibahaskan di media elektronik,cetak dan internet, saya yakin kesedihan pasti membunuh beliau.

Tuesday, January 11, 2011

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar dimatamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi soerang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya... bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis ku mencuba senyum ketika
kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim


Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan nereka dipagari nikmat!

Saturday, January 8, 2011

Hati ini walaupun didalam badan sendiri.....tetapi ia bukan milik kita.....

Semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada yang terbaik selainnya..

Wahai muslim dan muslimah budiman...

bayangkanlah wajah ibumu....
 
bila kamu dilanda gelora cinta..

bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..

bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..

bila kamu ingin membalas semula cinta dari insan yang tidak halal bagimu..

bila kamu terfikir untuk melakukan dosa...

bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...

bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....

bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...

kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...

tak mungkin akan dimiliki lagi andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...

apabila ibumu terluka...

tercatat sudah namamu sebagai anak derhaka...

agar kamu tahu...

bahawa dialah insan yang melahirkn dan mmbesarkanmu..

dengan titis susunya..

dengan sedaya upayanya..

dengan 1 juta pngorbanan yang xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....

Friday, January 7, 2011

87. RELAKAN APA YANG TELAH TERJADI

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Al-Hadid, ayat 23 :

(kami jelaskan yang demikian itu ) agar kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu.

     Dr. Paul  B randon berdiri kemudian melemparkan tong susu ke tanah sambil berseru: "janganlah anda menangisi susu yang tumpah."

     Sebuah ungkapan umum berbunyi: "Yang tidak dituliskan untukmu akan sulit anda perolehi." 
 

86. KELEMAH-LEMBUTAN DAPAT MENYELAMATKAN DIRI DARI KETERGELINCIRAN

Seorang guru di Jepun mengatakan kepada murid-muridnya:

"Mengalah itu ibarat pohon willow (pohon yang agak tegak dan kuat). dan tidak melawan itu ibarat pohon oak (pohon yang keras dan kukuh)."

          Disebutkan dalam sebuah hadith :

Seorang mukmin bagaikan pohon yang kuat, yang tahan tertiup angin ke kanan dan ke kiri.

          seorang yang bijak itu ibarat air, yang tidak berbenturan dengan batu karang namun meng-genanginya dari sebelah kanan dan kiri, dari atas dan bawah.

          Dalam sebuah hadith yang lain di sebutkan:

Orang mukmin bagaikan unta yang dicucuk hidungnya. Sekiranya ia disuruh duduk di atas tanah yang berbatu, nescaya ia akan menurutinya.



Thursday, January 6, 2011

DINIHARI.....

Dua pertiga malam yang sepi
Titis embun berguguran di hujung daun
Rumput basah menjunjung embun
Dingin menyelimuti insan di kasur peraduan
Kekadang lena dibuai mimpi indah
Kekadang resah dipagut igauan ngeri
Saat inilah yang terpilih
Buat pertemuan dua kekasih
Percintaan insan dengan Tuhan
Semakin wangi di sunyi-sunyi begini
Dan demi penyucian jiwa di hujung hari
Tahajudlah seketika di dinihari............


Wednesday, January 5, 2011