Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Sunday, November 9, 2014

warkah buat kehidupan manusia

"Jgn terlalu bangga dengan apa yg kamu ada hari ini, kerana kamu tidak mungkin tahu apa yang akan kamu miliki hari esok" (Phytogrus)

seringkali kita mendengar ungkapan bahawa apa yg kita ada hari ini "Tidak kekal" bermula dari kehidupan seorg bayi sehinggalah menjadi org tua, melalui proses-proses itu, acapkali kita mendengar ada sahaja ujian yg menimpa kehidupan makhluk bergelar manusia.

kita melihat bahawa teguran Tuhan yg berlegar disekitar itu amat jelas sekali bagi manusia yg mengambil pengajaran. ada manusia dikorniakan kehidupan yg sempurna, ckup pancaindera, cantik paras rupanya, bergeliga akalnya, mewah kehidupannya, punyai ramai teman juga sanak saudara.

tetapi dalam sekelip mata, ditarik semula nikmat-nikmat yg dikornia, ada mata sekelip mata jadi buta, ada telinga sekelip mata judi tuli, ada kedua tangan, kedua kaki, sekelip mata cacat keduanya, ada akal yg sihat, sekelip mata jadi gila, ada kecantikan paras rupa, sekelip mata hilang kecantikan smentara, ada kemewahan dunia,sekelip mata jadi papa, ada ramai kenalan sanak saudara, sekelip mata, jadi sebatangkara,

semua itu berlaku dan memiliki kisah-kisah tersendri yg berlegar-legar disekitar kehidupan manusia, bahkan kisah-kisah itu diputarkan berkali-kali dalam kehidupan manusia biarpun pada masa atau zaman yg berlainan, tetapi ibrahnya ttap sama buat manusia, supaya ia kenal akan dirinya, supaya ia kenal dibumi siapa dia berpijak, supaya dia kenal dirinya sbenar selaku hamba, supaya dia tahu hak milik siapa semua kehidupan ini, dn supaya manusia kenal dan kembali kepada tujuan tunggal kehidupan didunia.

waima berkali-kali pengajaran itu diputarkan semula, tetapi brapa bnyk manusia yg mengambil ibrah daripada kehidupan alam ini, yg Allah hadirkan sebagai teguran, sebagai peringatan, sebagai hidayah, buat perjalanan kehidupan diri manusia, yang tk ramai sedar dan apabila kna pada diri sendri barulah terasa, btullah ungkapan " nikmat itu apabila hilang barulah terasa"
kembali kepada fitrah kejadian manusia,

jika pandai itu tidak diletakkan pada saluran betulnya, ia aib yg tercela

jika cantik itu, disalah pakai tujuannya, disemberono guna, ianya suatu kejelikan terhina dalamnya.

Jika cukup pancaindera itu, disalah guna tujuannya, maka jatuhlah taraf kemuliaan sebagai seorg manusia.

jika berharta itu tidak diguna buat kehidupan selepas matinya, dialah si fakir selamanya biar alam manapun dihuninya.

Dan selama mana ia ada usia, tetapi tidak dimanfaatkannya, adakah keterlaluan jika di kata mati itu lebih mulia?, atau pinta saja digantikan nyawa yg ada kepada kucing yg mati dilanggar kereta?

Kerana kucing itu jika mati dilanggar kereta dia tidak punyai akal untuk berfikir melintas ketika bahaya kreta tiada, bahkan jika sengaja seklipun bermain bahaya dijalan raya dan mati dilanggar kereta, dia tidak akan di hina atau keneraka kerana sengaja bermain dgn bahaya, kerana dia adalah kucing, hidupnya tiada istilah ‘sia-sia’.

Tetapi jika manusia sengaja bermain dengan bahaya kehidupan dunia, sedang dia tahu azab atau bahaya yg seolah dipinta dgn perbuatannya, maka eloklah difikirkan sendri apa yg bakal diganjarinya dengan budaya kehidupan kini sebagai seorg manusia. Dimana tempat selayaknya. Kerana ‘sia-sia’ itu satu lembaga besar yg amat menakutkan, jika hampir kepadanya, ia mampu membunuh kehidupan sebagai seorg manusia.


-dalam pening-pening laut, aku mengingatkan kembali buat diriku sebagai seorg insan yg selalu lengah dan tidak peduli kepada peringatan hari-hari, moga istighfar mengiringi setiap hari, setiap masa hingga akhir nyawa, moga usaha tajdid dan islah kita kekal istiqamah senantiasa-

Wednesday, September 10, 2014

apakah kamu tidak berfikir?



alangkah mulianya lidah jika yg trkeluar dari ucapan lidah itu adalah kata hikmah yg telah difikir dahulu,


alangkah mulianya jari jemari, jika yg menaip, sama ada coment, status, apa sahaja tulisan yg ditulis itu adalah tulisan hikmah yg telah difikir sejenak dahulu.


lidah mampu mengungkap apa sahaja semahunya, jari juga mampu menaip apa sahaja semahunya, sama ada kata marah, kata suka, gurau senda, umpatan, sindiran dan semisalnya.


tetapi jika difikir sejenak dengan kadar akal warasmu, itu lebih baik. lebih brhikmah.


bila mana dalam al-Quran disebut "afala tatafakkarun" apakah kamu tidak berfikir?


adalah supaya kita semua berfikir, supaya kita menggunakan nikmat akal, supaya akal yg ada itu, di manfaatkan untuk berfikir, moga kita tergolong dalam golongan yg berfikir,


berfikir untuk menjadi org yg waras


berfikir untuk menjadi org yg bersyukur,


berfikir, supaya tidak mnjadi org yg kufur.

Tuesday, September 9, 2014

jiwaku meronta-ronta

Ujian itu tanda Rahmat Allah ke atas seorg insan, belas kasihan Tuhan kepada seorg hamba, atas ujian itu manusia sedar betapa jalan yg sedang dilalui itu adalah zulumat, atas suluhan kasih Tuhan, manusia temui jalan kebenaran. atas kasih syg Tuhan, manusia diberi ujian.

dari saat aku meninggalkan semua itu, sudah hmpir 3 Tahun dibumi kelantan, sebelum itu ketika mana menyatakan hasratku kepada ibu, "mak cek nk belajar agama," ibu cuma mendiam,
dalam diam-diam aku mengisi borang on9 kemasukan pelajar di beberapa kolej islam. waktu itu jiwa aku mungkin bercelaru, jiwa bergelora, anak kampung yg mencari kemana arah tuju, 

setelah beberapa ketika, pendek cerita surt sampai ke rumah, ditawarkan masuk ke sebuah kolej islam, dunia seolah cerah hari itu,  lalu dinyatakan hasrat sekali lagi beserta surat tawaran, “mak cek dapat tawaran belajar di kolej islam kelantan” waktu itu, mak menangis, dan aku cuma mampu berdiam diri, seolah tiada harapan untuk belajar lgi, dunia seolah sudah gelap, lalu aku simpankan shj hasrat itu. Durhakakah aku, sehingga ibu menangis. Aku faham situasi ibuku waktu itu,

lebih kurang sbulan sebelum aku terima surat tawaran itu, ayah tiba-tiba sakit, masih segar dalam ingatan hari itu adalah hari jumaat, seusai solat jumaat, ayah meminta mak membawanya ke hospital, seumur hidup itulah pertama kali ayah mminta begitu, pendek cerita, Dr tidak tahu penykit apa yg dialaminya, tetapi melalui alat pengesan mengatakan bahawa sakit yg dideritainya itu serius dan beliau terlalu sakit waktu itu, akhirnya beliau terpaksa melalui pembedahan untuk mengetahui pnyakit yg dideritai, masih segar dalam ingatan kata-kata terakhir sebelum beliau masuk ke dalam bilik pembedahan “ doakan ayah” itu sj yg mampu dia ungkapkan. Dan kata-kata itu membuatkan butir-butir mutiara mengalir di pipiku, seumur hidup, itu pertama kali dia ungkapkan begitu, dan seumur hidup itu pertama kali aku melihat beliau menangis sambil tersiksa mengeluarkan ungkapan itu “DOAKAN AYAH”. Ayah seorg yg tegas dan garang, ketegasan beliau itu sehingga dia cuma perlu berckp sekali shj untuk menggerakkan aku melakukan sesuatu arahan tanpa sedikit dalih atau tertangguh sesaat. Walaupun waktu itu aku sedang tidur.

Hampir 8 jam ayah dalam bilik pembedahan, Dr pun kluar dan keputusannya, ayah 50% untuk selamat, waktu itu bermain berbagai persolan dalam fikiranku, ibu mula menitiskan air mata, jiwaku gusar, persoalan demi persoalan timbul, semingu ayah koma, tidak sedarkan diri, Dr sudah mula meminta membacakan yasin buat ayah, ayat terakhir beliau “doakan ayah” sentiasa bermain dalam benak fikiran. Mak masih tetap disisi ayah, tidak mahu pulang ke rumah, Cuma sesekali  pulang uruskan rumah, kemudian trus ke hospital sentiasa di sisi ayah. Dipendekkan lagi cerita, satu keajaiban brlaku, ikhtiar akhir, ayah trselamat, namun kehidupan beliau tidak sesempurna seperti biasa. Hari demi hari terdetik mengislah tahap keberagamaan diriku waktu itu, mungkin jahillah jenama yg paling sesuai dipakai waktu itu. Dalam keadaan ayah bgitu, aku pula menyatakan hasratku kepada ibu. Mungkin itulah sebb beliau susah melepaskan aku untuk jauh.

Selepas hari itu, aku tidak lagi menyatakan hasrat untuk blajar lagi, namun selang beberapa hari seusai mak solat, tiba-tiba mak ckp, “pergilah sambung belajar, syaitan halang mak daripada anak mak belajar agama” aku sdia maklum mak selalu buat keputusan apabila bberapa kali beliau istikharah, ungkapan itu sentap masuk ke dalam diri, namun rasa bersalah untk pergi, aku seolah-oleh melarikan diri daripada smua ini, sesekali timbul, siapa nk jaga mak, nk jaga ayah lagi, di rumah Cuma ada aku dan adik perempuan bongsu yg masih sekolah. Jawapan mak ringkas, “Allah ada”.  Sungguh beliau seorg ibu yg sngt kuat, belum ku temui wanita di dunia ini sesolehah beliau, yg mampu bersabar, masih tetap bngun di tengah malam menangis mendoakan anaknya setiap hari, waima memiliki anak sepertiku. Seteruk aku ketika itu. Ianya aib diri jika aku nukilkan silam diri.

Aku akhirkan kisah itu, jasad ini pergi jua atas satu tekat, mengenal islam di sebuah kolej islam. Seorg manusia jahil, masuk kedalam sekumpulan malaikat, aku ini si tua bodoh yg telah lama menganut islam, tetapi tidak kenal apa itu islam. Mengenal tamrin? Mengenal usrah? Mengenal Jemaah? Jauh sekali. Kalau menurut pencapaian akademik, seharusnya aku langsung tidak layak untuk berada disitu. Itulah personaliti diriku ketika itu. Tetapi aku gagahkan juga, tekanan yg kuat itu mendesak diri untuk berubah, mencari sesuatu. hentaman kebodohan yg membenam kepalaku kedalam najis kejahilan itu merubah diri untuk mencari kebenaran.

 Aku tidak mahu menukilkan panjang lebar bagaimana perjalanan hidupku, mahupun tagihkan simpati dari org lain, Cuma apa yg mahu dinukilkan selama 3 tahun ini, aku merasakan bahawa islam itu kabur di dalam lingkungan itu, biarpun berada dalam institusi islam atau aku saja yg masih rabun. 3 Tahun itu, islam tidak lahir  melalui bilik bilik kuliah, para pelajar yg belajar bukan atas ingin mengenal islam,atau mendalami, tetapi sekadar menagih sehelai sijil pengajian islam. Menghafal Quran, Hadis, tafsir apa saja madah arab menggila, hasilnya Cuma sekadar dibuang di atas kertas, dimuntahkan di dalam dewan peperiksaan. Untuk mendapatkan sehelai kertas bernama “sijil”

Aku tertanya senilai itukah islam yg dipelajari, hanya senilai helaian kertas? Itukah nilai islam yg selama ini kalian anuti? Mungkin ada yg akan mempersoalkan, anda siapa untuk mempersoalkan semua ini?

Aku cumalah anak kampung yg terkilan dengan sebb kecerdikan kalian beragama.

Mahu sahaja aku lampiaskan semua nafsu kekecewaanku ini, tetapi aku tidak mahu mengartikulasikan tulisan ini dgn lebih membumi, hnya skdar tempiasan dari kerisauan ini, kerana khuatir akan mencalarkan mahupun mengguris mana-mana hati, ckuplah sekadar gambaran picisan daripada kekecewaan sanubari, kerana aku percaya bahawa nilai-nilai islam itu tetap subur, cuma layu apabila telah lama tidak disirami yg tertanam dalam diri manusia. Moga nanti dijulang dan ditulenkan kembali. islam itu tidak bersifat tempelan, acuh tak acuh, mahu tidak mahu, boleh dipakai londeh, tetapi harus universal membumi dalam setiap diri individu muslim itu sendri….


Ok…aku sudah mengantuk dan lain hari kalau rajin aku contengkan lagi….krn bnyk lagi dan menjadi terlalu bnyk,  biarlah sampai ia memenuhi menunggu saat ia di muntahi lagi...

Tuesday, February 11, 2014

Perjalanan hidup sehari yang tiada erti…


Ada manusia bangun pagi sekadar menunaikan kewajipan bersolat fajar selebihnya melampias tidur yang berbaki kerana malam yang sering terjaga tanpa nilai yang menanamkan erti sebuah kehidupan. Bukan kerana tidak mengerti tetapi hati tertutup kerana terpatri najis besi.

Tiada nilai manusia yang berjalan kaki tanpa arah tuju yang pasti, tiada nilai seorang manusia yang bangun pagi tanpa mengerti apa yg perlu dia kejari, tiada nilai manusia yang hidup dialam fantasi tanpa mengerti tanggungjawab amanah kepada diri. Saat hilangnya nilai kehidupan itu adalah ketika mana sesaatnya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tujuan nyata.

Susah sangatkah mengerti nilai kehidupan itu?

Ada yang menjawab tidak susah, yang susahnya adalah melaksanakan misi kehidupan itu sendri.
Ada satu ayat yang berbunyi “Tidak sulit api untuk panas, tak sulit air untuk basah, tetapi sangat sulit untuk manusia menjadi manusia”

Kebenaran daripada kata-kata ini jelas ternyata dengan sikap diri manusia itu sendiri.

Segolongan yang menggunakan cogan kata agama yang membara-bara dengan dalil-dalilnya, namun apabila berkaitan masa dialah yang selalu tewas dengannya, kalau liqa, berjanji, mengadakan pertemuan dialah yang selalu lambat memakan masa sahabat lainnya kerana menunggu kehadiran dirinya. Bila ditanya mengapa, melayu katanya. Hairan memikirkannya. Dan masa-masa yang seterusnya berlaku begitu juga sehendaknya.

Segolongan yang lain memotivasi manusia lainnya, dalam masa yang sama dialah juga yang masuk lambat ke kelas pesyarahnya, dia juga yang selalu dimarahi pensyarahnya, asigment entah kemana,  Jika dilihat hebat motivasinya, namun kehidupannya, tak menggambarkan apa yg dimotivasikan, bila ditanya, dakwah katanya sampaikan walaupun satu ayat.

Aku sifatkan ini dialog sunyi batil manusia…endahkan sahaja…bla..bla ..blaa…

Ayat diatas nampak seolah manusia yang sering mencari kesalahan manusia, bukan melihat lalu memberi peringatan bersama, namun itu realitinya.


sedap ungkapan hukama untuk tatapan bersama katanya “manusia yang sibuk dengan kebaikan, dia tidak sempat mencari kesalahan manusia lain”

Monday, February 10, 2014

Nilai manusia pada kebaikan...


Merenung  sedalam-dalam kepelusuk kalbu  aku mencari  sinaran Rabbku, melihat manusia itu kurang sifat anggota pada fizikalnya saat itu hati sayu, tabahnya manusia itu. Berbanding manusia yang sempruna sifatnya. Bila ada seolah-olah tiada, bila tiada, barulah terasa untuk ada. Menjalar satu persoalan, “ apakah perasaan ku ini belas kasihan sebagai seorang manusia ataupun atas nama Rabbku?.”

Melempar jauh renungan memikirkan orang kafir juga melakukan kebaikan, ada belas kasihan dan kadang-kadang melebihi  belas kasihan daripada seorang islam. Terkesima seketika, apa yang mereka ketawakan di kedai kopi itu aku biarkan saja. Tiada selera untuk endah bersama.

Muslim itu apa sebenarnya, melakukan kerja-kerja dakwah atas nama jenama, atau dasar jawatan yang diterima?

Program-program berjenama dakwah dan ternama?

Berjaya mempengaruhi orang lain dengan ucapan yang gah bergema-gema  dgn nada gaya berbunga-bunga?

Berada dalam bulatan gembira, lalu menjenamakan ia sebagai usrah, sambil terhibur dengan gelagat yang disimpulkan atas nama kekeluargaan, lalu dikatakan kamilah Muslim itu, kami sedang membina kebaikan bersama?

Hari demi hari aku mencari  nilai kemanusiaaan itu pada setiap muslim yang berada disampingku, fikiranku menangkap setiap apa yang mereka lakukan, dengan sedikit akal, aku mempersoalkan diriku dengan apa yang berlaku dihadapanku, apa bezanya muslim itu dengan non muslim? Jawapanya  tersimpan  didalam dairi hatiku,  sebagai motivasi kehidupan harianku,  untuk mengungkapkannya sungguh lidahku kelu jariku kaku.

‘Kalaulah dosa itu berbau, nescaya tiada yang akan memghampiriku’

“Peluh yang berbau ini, adakah terhasil daripada dosa dalaman yang menimbun?” Soal si A.

Si B selamba menjawab “ agaknye, mungkin itu dosa  yang terlalu memenuhi batilnya sehingga melimpah, terzahir daripada bau peluh manusia”  

tetiba si A terus teringat akan dialog ringkas yang mana seorang bertanya kepada cendekiawan, kenapa langit itu bersih?

Beliau tersenyum lalu menjawab ringkas

"kerana manusia tidak tinggal di sana"



Wednesday, February 5, 2014

Sepetang aku terbaring...

Petang tadi terbaring tanpa berbuat sesuatu mimikirkan kereta yg baru dilanggar lari, pecah lampu belakang, 3 hari lepas baru saja dilanggar bahagian depan, di baiki dgn kos RM800 lebih, sehari selepas itu disaman salah parking, bila chek saman,kereta ini ada 3 saman berjumlah RM550, dan hari ini dilanggar lari, semua keadaan itu org yg berbeza menaiki kereta itu, kejadian hari yg berbeza, namun dalam minggu ini semua itu berlaku, dan minggu ini juga perlu langsaikan bayaran bulanan kereta sewa rumah, pening aku memikirkannya...haha...abaikan yg itu.

Dalam keadaan terbaring, terdetik ingin ke jaafar rawas, hanya kerana teringin nk makan coklat didalam gmbar dibawah, masuk saja ternampak muka yusuf nada di kulit buku, terus aku capai, mukanya persis arwah tokwanku, berkepala botak begitu, 




pendek cerita apabila dibelek muka pertama berkisar sejarah beliau bersama ikhwan yg lain didalam penjara, beliau menyertai ikhwan muslimin ketika berusia 16 tahun, dan kisah tragis ketika beliau berusia 23 dimasukkan kedlm penjara tentera abbasia di bawah pemerintahan Gamal Abdel Nasser,saat awal pemerintahan beliau, beliau telah memenjara lebih 300.000 pengikut ikhwan. 

Terdetik saat membaca muka pertama, aku merasa ap yg menimpa aku bukanlah apa2, dibandingkan dgn tahanan ikhwan yg disiksa didalam penjara,ujian itu begitu berat. Ada yg dihiris isi sedikit demi sedikit,dilempar cebisan2 isi dilantai, ada yg dibakar seluruh tubuh sehingga tiada rupa manusia lalu dibiarkan terus hidup, ada yg dilepaskan anjing memakan bahagian kemaluan sehingga mereka merasa hidup mereka tiada bermakna disamping keluarga, ada yg dicelup didalam bekas besar berisi najis sehingga termakan najis2 lalu diangkat semula, dan dicelup semula, semua penyiksaan itu diulang2 menjadi bahan mainan didalam tahanan. Allahuakbar, mengenang nasib diri, hari ini aku sngt selesa walau terkadang aku merungut kerana tk miliki apa yg org lain ada, saat teringat kata-kata murobbi enta kena jadi mcm yusuf nada air mata bergenang entah kenapa.

Terasa satu suntikan semangat baru dalam kehidupan apabila diberi ikon baru untuk dicontohi kepimpinan beliau, meskipun beliau bukanlah seorang yang menonjol dikhalayak ramai, namun kata seorang ustaz, kadang-kadang orang yang melakukan kerja-kerja islam dibelakang ini, keihlasan dia lebih.

-moga saat ini kita masih manusiawi-


Satu kisah menarik ketika mana Yusuf Nada di dalam penjara, polis menahan ulama terkenal, iaitu Muhammad Al-Qaraxi yg berusi 80 tahun dalam keadaan tidak baik, Al-Qaraxi perlu memakai kaca mata berpreskripsi tinggi bagi melihat dan dalam keadaan demikianpun beliau masih kabur. Beliau dipermainkan oleh pegawai yang zalim, mereka merotan al-Qaraxi dan bertanya sama ada beliau nampak siapakah yang melakukannya. tidak kira apa jawapan yg diberi, mereka tetap memukul ulama itu.

sepanjang penyeksaan harian itu, muhammad al-Qaraxi mendoakan org yg memegang cemeti, "Semoga Allah memberi kamu kesihatan, anakku."

Yusuf nada yg masih muda waktu itu, marah melihat keadaan itu dan meminta supaya askar itu dilumpuhkan ataupun dipatahkan tangannya kerana memukul ulama tersebut. namun ulama itu menjeling kepada yusuf nada atas kata-kata beliau dan berkata, "yussuf anakku, Apakah manfaat yg aku dapat sekiranya tangannya lumpuh? adakah kamu lupa pada ayat al-Quran tentang pengampunan dan kemaafan?

-Bertapa ulama itu, kata-kata mereka melangkauwi apa yg berada di hadapan, tetapi org muda apa yg mereka perkatakan adalah cuma apa yg ada dihadapan mereka.

- Aku tertanya-tanya seandainya berlaku dalam kehidupanku, apa yg aku lakukan saat itu, yang pastinya itulah nilai yg terlalu berharga buat insan bertuah seperti mereka, terasa mahu saja aku berada pada situasinya, tetapi timpul persoalan, mampukah aku menghadapinya? sungguh Allah menguji atas kemampuan hamba-hambanya.

suatu ketika saidina Ali menangis, lalu sahabat bertanya kepadanya, mengapa engkau menangis wahai Ali, lalu beliau menjawab, sudah beberapa hari beliau berasa senang tanpa ada sebarang ujian, adakah Allah tidak sayang padanya lagi? soalan itu timbul dilubuk hatinya yang menyebabkan beliau menangis teresak-esak.

kalau hari ini aku bersenang lenang tanpa sebarang ujian, ataupun tanpa merasakan ujian yg hadir itu adalah ujian, persoalan itu timbul, lalu aku ini bagaimana?




Tuesday, April 2, 2013

5 WASIAT.

5 wasiat dari ALLAH kpd Rasullullah SWT

 

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

 

  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 

     

  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. 

     

  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. 

     

  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. 

     

  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Sunday, November 11, 2012

Sedikit bercakap dan banyak mengingati mati


~ kematian itu satu kenikmatan bg org beriman, dan kecelakaan bg org yang kufur ~


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w. masuk ke tempat solatnya, beliau melihat orang-orang sedang asyik berbincang-bincang. Kemudian beliau bersabda: “seandainya kamu banyak mengingat ‘pemutus kenikmatan’ nescaya kamu tidak banyak bercakap seperti ini, seringlah mengingati pemutus kenikmatan, yakni kematian.


Sebab, di dalam kubur nanti, tidak akan datang satu hari pun kecuali ia akan bercakap dengan enam kalimat, “ Aku rumah pengasingan, aku rumah kesendirian, aku rumah binatang buas, aku rumah kegelapan, aku rumah debu, dan aku rumah cacing.”


Apabila seorang hamba mukmin telah dikuburkan, maka kubur akan berkata kepadanya, selamat datang, Ahlan wa sahlan. Ketahuilah, engkau adalah orang yang paling aku sukai yang berjalan di atas punggungku. Hari ini, aku menguasaimu. Engkau menjadi aku. Maka engkau akan melihat apa yang aku perbuat kepadamu. “ kemudian, kubur itu diluaskan kepadanya sepanjang penglihatan hamba. Dan, dibukakan kepadanya pintu syurga.


Apabila seorang hamba kafir telah dikuburkan, maka kubur akan berkata kepadanya, “ Tidak ada keselamatan, tidak ada keramahan dan tidak ada kemudahan ( la marhaban wala ahlan wa sahlan). Ketahuilah, engkau adalah orang yang paling aku benci yang perjalan di atas punggungku. Hari ini, aku menguasaimu. Engkau menjadi aku. Maka, engkau akan melihat apa yang aku perbuat untukmu.” Kemudian, kubur tersebut menjadi sempit, hingga tulang-tulang rusuknya remuk bertumpukan.


Rasulullah s.a.w bersabda :

انما القبر روظة من رياض الجنة او حفرة من حفر النيران

Maksudnya: ”sesungguhnya kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah satu parit neraka.”


Diceritakan daripada Hasan Al-Basri, bahawa dia sedang duduk di pintu rumahnya, tiba2 lalu jenazah seorang lelaki , di belakangnya ramai orang berjalan, sedang di bawah jenazah berjalan seorang anak perempuan kecil dengan rambut terhurai sambil menangis.


Al-Hasan mengikut jenazah itu. Sedangkan anak perempuan yang bi bawah jenazah itu berkata,

 “ wahai ayahku, mengapa datang hari yang seperti ini dalam hidupku?


Al-Hasan berkata kepada anak perempuan itu, “ Tidak akan datang lagi hari yang seperti ini kepada ayahmu.”


Al-Hasan menyembahyangkan jenazah itu, dan langsung pulang. Keesokan harinya, Al-Hasan pergi ke masjid untuk solat subuh, (Tidak lama setelah itu) matahari pun terbit. Dan Al-Hasan pun duduk di pintu rumahnya. Tiba2 al- Hasan melihat anak perempuan kecil yang dilihat kelmarin lalu sambil menangis dan berziarah menuju ke kubur ayahnya.


Al-Hasan berkata: “Sesungguhnya anak perempuan ini cerdik, sebaiknya aku ikuti dia, barangkali dia akan mengucapkan perkataan yang bermanfaat bagiku.”


Al-Hasan mengikuti anak perempuan kecil itu. Ketika dia tiba di kubur ayahnya, dan meletakkan pipi di atas tanah tanah seraya berkata, “ Wahai ayahku, bagaimana engkau tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur?


“Wahai ayahku, malam kelmarin aku nyalakan lampu untukmu, siapakah yang menyalakan lampu bagimu malam tadi? Wahai ayahku, malam kelmarin aku hamparkan alas tidur bagimu, siapakah yang menghamparkan alas tidur bagimu malam tadi?


“wahai ayahku, malam kelmarin aku memicit kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, malam kelmarin aku balik tubuhmu dari satu sisi ke sisi yang lain. Siapakah yang membalikkanmu malam tadi?


“wahai ayahku, aku tutupi anggota2 badanmu yang terbuka malam kelmarin, siapakah yang menutupimu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin aku beri engkau minuman, siapakah yang memberimu minuman malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin malam aku merenungi wajahmu, siapakah yang merenungi wajahmu malam tadi?


“wahai ayahku, malam kelmarin aku memasak pelbagai makanan untukmu, siapakah yang memasak makanan untukmu malam tadi?”


Al-Hasan pon menangis lalu menampakkan diri kepada anak perempuan kecil itu seraya berkata : “wahai anakku, janganlah engkau mengucapkan kata2 ini, tetapi katakanlah :


“wahai ayahku, kami telah menghadapkanmu kearah kiblat, apakah engkau tetapi demikian ataukah telah dihadapkan ke tempat lain?


“wahai ayahku, kami telah mengkafanimu dengan kafan terbaik, apakah tetap begitu ataukah kafan itu telah dilepaskan daripadamu?


“wahai ayahku, kami telah meletakkan badanmu di dalam kubur dalam keadaan utuh, apakah engkau tetap begitu ataukah engkau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, para ulama berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sebahagian manusia dan disempitkan bagi sebahagian yang lain, apakah kubur itu terasa sempit bagimu ataukah terasa lapang?


“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama berkata bahawa sebahagian mereka diganti kafannya dengan kafan daripada syurga dan sebahagian lainnya diganti dengan kafan daripada neraka, apakah kafanmu diganti dengan kafan daripada neraka atau kafan daripada syurga?


“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama berkata, bahawa kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah satu parit neraka.


“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama berkata, bahawa kubur itu memeluk sebahagian penghuninya seperti ibu yang penuh kasih sayang dan boleh membenci serta menghimpit sebahagian manusia hingga tertindih tulang-tulang rusuk mereka, apakah kubur ini memelukmu atau membencimu?


“ wahai ayahku, para ulama berkata, bahawa sesiapa yang diletakkan dalam kubur, jika dia seorang yang bertakwa dia pun menyesal kerana kurang banyak berbuat kebaikan dan jika dia seorang berdosa dia menyesal mengapa telah melakukan maksiat, apakah engkau menyesal atas dosa2mu atau kerana sedikitnya kebaikanmu?


“wahai ayahku, biasanya jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku dan telah lama aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?


“Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak boleh berjumpa denganmu hingga hari kiamat. Ya Allah janganlah Engkau haramkan kami daripada pertemuan  dengannya pada hari kiamat.”


Kemudian anak perempuan kecil itu berkata: “Wahai Hasan, alangkah baiknya perkataan yang pakcik ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai.”


Setelah itu pulanglah anak perempuan kecil itu bersama Hasan Al-Basri sambil menangis.

Tuesday, May 29, 2012

Kata2 Habib Munzir musawa


NAMUN TUJUAN ADALAH SATU YAITU SAAT BERJUMPA DENGAN RABBUL ‘ALAMIN, BERAKHIR SELURUH APA YANG KITA LEWATI,DARI KEHIDUPAN DUNIA KEPADA TUJUAN TUNGGAL-NYA YAITU BERJUMPA DENGAN ALLAH..

 HADIRIN HADIRAT SEKALIAN, INGATLAH,AKAN DATANG SUATU SAAT BIBIR KITA TIDAK BISA LAGI BERGETAR MENYEBUT NAMA ALLAH, DISAAT ITU KITA DITURUNKAN KEDALAM KUBUR KITA, DAN WAJAH KITA DIBUKA,DAN WAJAH KITA DICIUMKAN KE TEMBUK KUBUR KITA,LALU KITA DIKUBURKAN DAN DITINGGAL OLEH SEMUA KERABAT, DISAAT ITU TIDAK ADA KEKASIH, DISAAT ITU TIDAK ADA JABATAN, DISAAT ITU TIDAK ADA HARTA, ITULAH HADIRIN HADIRAT KITA SENDIRI, DAN DISAAT ITU BERUNTUNGLAH MEREKA YG SELALU BERZIKIR,YG MNGINGAT ALLAH DAN ALLAH MNGINGATNYA,YG MERINDUKAN ALLAH,ALLAH MERINDUKANNYA.. 

DIALAH YG MAHA BAIK DIALAH YG MAHA MULIA,, SETELAH KITA DIBERI KHIDUPAN,DIBERI JASAD, LANTAS ALLAH MEMINJAMKAN PULA DUNIA INI BERSERTA ISINYA, MEMINJAMKAN MATAHARI, MEMINJAMKAN BULAN, MEMINJAMKAN DARATAN, MEMINJAMKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN, MEMINJAMKAN AIR DAN LAUTAN, YG KESEMUANYA ADALAH MILIK ALLAH,KITA TIDAK MNYEWANYA, TIDAK PULA MEMBELINYA, TIDAK PULA BERDOA UNTUK MEMINJAMNYA, ALLAH YG MMBERINYA SBELUM KITA MMINTA,,

 HADIRIN HADIRAT SEDEMIKIAN LUASNYA RAHMAT ILAHI,DAN KASIH SYGNYA MELEBIHI SEMUA KASIH SYG, MELEBIHI KASIH SYG IBUNDA KITA KEPADA KITA, MELEBIHI KASIH SYG KEKASIH KITA KPADA KITA, 

HADIRIN HADIRAT SEKALIAN,,JANGAN TAHAN LIDAHMU MENYEBUT NAMA ALLAH, JGN BERT MNYEBUT NAMA ALLAH, DOSA APA YG MEMBUAT LIDAH KITA BERAT MNYEBUT NAMA ALLAH, 

 KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARI PEDIHNYA SIKSA KUBUR, KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARI PEDIHNYA SIKSA NERAKA, PASTIKAN KAMI SELAMAT DARI INI SEMUA.. AKAN DTG WAKTUNYA AKU DAN KALIAN AKAN BERDIRI DI HADRATUL KHALIK, DIHADAPAN RABBUL ALAMIN SUBAHANALLAHU WA TA’ALA,, DIPANGGIL DENGAN NAMAMU,FULAN BIN FULAN,HAYYA AIDA ‘ALLALAH.. DISAAT ITU KAU AKAN BERJUMPA DGN ALLAH,BERTEMU DGN ALLAH, BERBICARA DGN ALLAH, DITANYA OLEH ALLAH, BERTANGUNGJWAB KEPADA ALLAH, ADAKAH NAMA ITU DIDALAM JIWA KITA LUHUR, ADAKAH NAMA ITU INDAH DIDALAM JIWA KITA, ADAKAH TERLINTAS KERINDUAN DALAM BERJUMPA DGN ALLAH..

~Habib Munzir musawa~

Friday, May 25, 2012

SAAT ITU PASTI

saat itu pasti datang
kita kan berpisah
maut akan memutuskan
aku pergi dulu
kau tinggal keseorangan

detik itu makin hampir 
nyata cinta ini akan padam jua
walau seteguh dan sekukuh
kau kembali jua
meninggalkan aku dalam nestapa

cinta kita hanya makhluk
tiada yang abadi kecuali Khalik
hari pamitan itu akan tiba
hiduplah kita dialam berbeza
cinta itu tak selamnya bersama

selamat tinggal sayang
selamat pulang sayang
cinta kita, inilah sudahnya...
terpisah jua akhirnya
walau di hati tidak tegar

akan tiba masa nanti
kita berdua dibangkitkan
kembali
di mahsyar yang tiada lagi cinta
yang ada nafsi-nafsi
memikirkan nasib sendiri


semoga kita berjaya
mengharungi
mizan, sirat, timbangan amalan,
golongan kiri atau 
kanan
yang mampu memisahkan...
atau mempertemukan
sebuah percintaan

semoga cinta kita berdua
hanya untuk mencintai-Nya
terpisah cinta kita sementara 
cuma
kita akan bercinta lagi di dalam
syurga...
untuk selama-lamanya!

Thursday, May 17, 2012

SURAT BUAT KEKASIH


Sayang, aku tenang di sini kerana kuyakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku disini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.

Perpisahan ini , insya-Allah akan menguburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku.tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semoga  kita saling mencintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.
Kita dipaksa berpisah untuk dijemput ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak  berlakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “Paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

SAYANGKU,

Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredhakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.

YA ALLAH …

Ampunilah dosa-dosanya dan maafkanlah semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya … dengan Kau suburkan selalu dalam hatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

YA RAHIM …

Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar di tangannyalah nanti tempat zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya,hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.

YA RAHMAN …

Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan takwa yang sejati.

YA RABBI …

Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-adu kepada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta kepada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih kepada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.

SAYANG,

Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Apabila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian, dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini … pertemuan adalah perpisahan. Tapi apabila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu.

Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu reaksi berantai kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan Allah semata. Jangan kita bergantung kepada selain-Nya.

Makhluk yang berhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, suadara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya , perpisahan adalah cara Allah mencantas pergantungan hati kita dengan insan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika tidak bersedia … pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang … bergantunglah kepada Allah kerana hubungan kita denganNya tidak akan dipisahkan dengan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI.  Justeru anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau-kalau salah seorang daripada kita dipanggil oleh Allah? Apakah  ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasai, fikiran dikunci daripada memikirkannya … padahal itu sudah pasti. Oh Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan milik pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami anak-anak dan lain-lain itu benar –benar kepunyaan kita. Terlalu berat memulangkannya. Sebab memulangkannya bererti berpisah!

Tidak sanggup kita pulangkan kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, Alhamdulillah pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara … aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah inti pati iman kita kepada satu ayat al-Quran yang sangat pendek dalam surah al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud: “ Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus daripada berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting … bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan, dan tawakal kita untuk menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta kecilkan ujian yang menimpa ini, tetapi pintalah dibesarkan iman untuk menghadapinya! Kehebatan seseorang sering diukur oleh kebesaran ujian yang dihadapinya. Semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang. Maka begitulah dengan cinta kita. Semakin diuji, maka semakin membumbung tinggi. Semakin jauh, cinta kita akan menjadi semakin kukuh. Insya-Allah, amin.

~Bercinta Kerana Allah~

Friday, April 27, 2012

HARAM?????


Hadis Rasulullah s.a.w  menyebutkan dengan jelas “ seorang musafir yang kusut masai penuh debu menadah tangannya dan berdoa, wahai Tuhan! Wahai Tuhan!  Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiyannya haram dan hidangannya haram, bagaimana mungkin Allah mengkabulkan doanya? (Riwayat Muslim)

Sekiranya doa tertolak bagaimana dengan solat yang merupakan ‘doa wajib’ seorang hamba?
Imam Ghazzali menegaskan, perkara pertama yang menghilangkan khusyuk  dagi orang yang solat adalah kerana memakan makanan atau berpakaian daripada sumber yang haram.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang solat dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya sumber haram, Allah tidak akan menerima solatnya.”

Apabila solat tidak diterima kerana perkara haram, apakah yang dapat memperkukuhkan  diri dengan  kebaikan sekiranya solat yang merupakan tiang agama telah rosak.

Mukmin lawannya munafik. Orang mukmin yang warak ialah orang yang bertaqwa yang sangat menjaga soal halal dan haram. Lihatlah kepada sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Sesungguhnya orang mukmin itu berwaspada  dan orang munafik menerkam apa sahaja yang datang kepadanya tanpa memperdulikan sama ada halal ataw haram.”

Ibn Khaldun dalam  al-Muqaddimah menjelaskan bahawa makanan baik dan segar tanpa bahan tambah, perisa, pelazat, dan sebagainya dapat memberi kesan kepada akhlak seseorang. Begitulah sebaliknya memakan benda yang haram pada zat (makan babi, atau makanan yang bercampur unsur babi) atau memakan benda yang halal zatnya tetapi didapati  melalui cara haram seperti mencuri, tipu, rasuah dan sebagainya, akan membentuk kekejian akhlak dan budi pekerti . ini pasti melahirkan kecelaruan dalam dri, krisis dalam keluarga dan sengketa dalam masyarakat keseluruhannya.

Abdullah Sahl at- Tusturi berkata : “ sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan”

Impak paling maksimum bagi pelaku dan pemakan makanan haram di hari akhirat kelak ialah neraka jahanam. Itulah sehebat-hebat balasan yang menunggu. Justeru halal dan haram bukan persoalan logo  dan penghalusan isunya semata-mata, bahkan begitu berbahaya bagi setiap orang kerana ia bakal menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka .

Sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh daripada perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut ( untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.”

(Riwayat Ibn marduiah)

Tuesday, April 24, 2012

Apa itu kejayaan????


Rata2 mahasiswa , pakar motivasi dan psikologi bercakap mengenai kejayaan. Ibu bapa mahupon anak-anak berjaya. Ramai beranggapan kejayaan adalah apa yang dicapai ataw diperolehi.
Success (kejayaan) = what we have (apa yg kita ada)

Benarkan definisinya sedemikian?

Sekiranya definisi di atas digunakan sebagai ukuran kejayaan, manusia2 berikut akan termasuk sebagai org yg berjaya:

·         Pencuri, perompak, penipu yang mungkin mempunyai harta yang bnyk hasil penipuan mereka akan diaggap sebagai org yg berjaya.

·         Pekerja atau pegawai yg rasuah, naik pangkat dengan politik kotor di tempat kerja juga akan dianggap berjaya.

·         Mereka yg dilahirkan dalam keluarga org kaya, tanpa usaha  mereka mewarisi harta ibu bapa mereka, juga akan dianggap berjaya.

·         Org2 yang tidak solat, ingkar kepada Allah, selalu melakukan maksiat tetapi hartanya banyak, juga masuk dalam kategori org yg berjaya.

·         Seorang pelajar yg lulus cemerlang tetapi jahil agama, tidak solat, tidak menutup aurat juga dianggap berjaya.

Ini bermakna definisi di atas bukan kejayaan yang sebenarnya. Ia adalah definisi yang salah sama sekali.

Apakah definisi kejayaan yang sebenar????

Dalam buku “Profile of Success” yang ditulis oleh seorang penulis barat menyebut :
Success (kejayaan) = what we do  (apa yang dilakukan).

Ia bukannya apa yang dicapai ataw dimiliki. Ini adalah peraturan alam yang bukan sahaja disebut dalam al-Quran, tetapi diterima sendri oleh orang bukan islam.

Itulah sebabnya Allah s.w.t  mengukur kejayaan manusia berdasarkan perbuatan (apa yang dilakukan) bukan apa yg dicapai.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud :

(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya (yakni perbuatannya bukan pencapaiyannya).

(Al-Mulk :67:2)

Sunday, April 22, 2012

3 TINGKAT CINTA

 Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah al-Taubah, ayat 24, iaitu:

1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.

           Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
          Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak  we? Hmm, tidak masuk senarai pun.

Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa  yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum  halal lebih daripada cinta Allah SWT?
Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita  yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang  fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta  makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah. Oh  diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!

-FATIMAH SYARHA-

Monday, April 9, 2012

Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?


Dalam seusia kita, seberapa bnyk kita bersyukur? Seberapa bnyk kita mengungkapkan kata-kata syukur?

Dalam seharian, berapa kali kita renungkan nikmat2 yang kita miliki...apakah kita bersyukur?

Dalam kiraan waktu, Apakah setiap saat nama Allah terucap dibenak hati…tanda mensyukuri nikmat-nikmat Allah.?

Dalam setiap hela nafas, apakah kita mengira bahawa ia pemberian percuma semata2?

Apakah anda mengira bhw,berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa,padahal masih bnyk manusia lain yg tidak mempunyai kaki??

 Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah,padahal masih bnyk manusia lain yg kehilangan kedua betisnya? 

Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementra masih bnyk manusia lain yg tidak dapt tidur kerana sakit yg menanggungnya ? 

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapt menjamu makanan yg lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih bnyk orang lain yg tidak dapat makan dan minum hanya kerana sakit yg mereka deritai?

Renunglah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah manjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah fungsi otak anda! Allah telah memberi kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yg menghinakan. 

Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? 

Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? 









Apakah anda, mahu membeli istana2 yg menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? 









Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran2 permata dan berlian, tetapi anda kudung?...


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? ( Ar-Rahman: 13)

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....(An-Nahl:83)