Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Sunday, November 11, 2012

Sedikit bercakap dan banyak mengingati mati


~ kematian itu satu kenikmatan bg org beriman, dan kecelakaan bg org yang kufur ~


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w. masuk ke tempat solatnya, beliau melihat orang-orang sedang asyik berbincang-bincang. Kemudian beliau bersabda: “seandainya kamu banyak mengingat ‘pemutus kenikmatan’ nescaya kamu tidak banyak bercakap seperti ini, seringlah mengingati pemutus kenikmatan, yakni kematian.


Sebab, di dalam kubur nanti, tidak akan datang satu hari pun kecuali ia akan bercakap dengan enam kalimat, “ Aku rumah pengasingan, aku rumah kesendirian, aku rumah binatang buas, aku rumah kegelapan, aku rumah debu, dan aku rumah cacing.”


Apabila seorang hamba mukmin telah dikuburkan, maka kubur akan berkata kepadanya, selamat datang, Ahlan wa sahlan. Ketahuilah, engkau adalah orang yang paling aku sukai yang berjalan di atas punggungku. Hari ini, aku menguasaimu. Engkau menjadi aku. Maka engkau akan melihat apa yang aku perbuat kepadamu. “ kemudian, kubur itu diluaskan kepadanya sepanjang penglihatan hamba. Dan, dibukakan kepadanya pintu syurga.


Apabila seorang hamba kafir telah dikuburkan, maka kubur akan berkata kepadanya, “ Tidak ada keselamatan, tidak ada keramahan dan tidak ada kemudahan ( la marhaban wala ahlan wa sahlan). Ketahuilah, engkau adalah orang yang paling aku benci yang perjalan di atas punggungku. Hari ini, aku menguasaimu. Engkau menjadi aku. Maka, engkau akan melihat apa yang aku perbuat untukmu.” Kemudian, kubur tersebut menjadi sempit, hingga tulang-tulang rusuknya remuk bertumpukan.


Rasulullah s.a.w bersabda :

انما القبر روظة من رياض الجنة او حفرة من حفر النيران

Maksudnya: ”sesungguhnya kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah satu parit neraka.”


Diceritakan daripada Hasan Al-Basri, bahawa dia sedang duduk di pintu rumahnya, tiba2 lalu jenazah seorang lelaki , di belakangnya ramai orang berjalan, sedang di bawah jenazah berjalan seorang anak perempuan kecil dengan rambut terhurai sambil menangis.


Al-Hasan mengikut jenazah itu. Sedangkan anak perempuan yang bi bawah jenazah itu berkata,

 “ wahai ayahku, mengapa datang hari yang seperti ini dalam hidupku?


Al-Hasan berkata kepada anak perempuan itu, “ Tidak akan datang lagi hari yang seperti ini kepada ayahmu.”


Al-Hasan menyembahyangkan jenazah itu, dan langsung pulang. Keesokan harinya, Al-Hasan pergi ke masjid untuk solat subuh, (Tidak lama setelah itu) matahari pun terbit. Dan Al-Hasan pun duduk di pintu rumahnya. Tiba2 al- Hasan melihat anak perempuan kecil yang dilihat kelmarin lalu sambil menangis dan berziarah menuju ke kubur ayahnya.


Al-Hasan berkata: “Sesungguhnya anak perempuan ini cerdik, sebaiknya aku ikuti dia, barangkali dia akan mengucapkan perkataan yang bermanfaat bagiku.”


Al-Hasan mengikuti anak perempuan kecil itu. Ketika dia tiba di kubur ayahnya, dan meletakkan pipi di atas tanah tanah seraya berkata, “ Wahai ayahku, bagaimana engkau tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur?


“Wahai ayahku, malam kelmarin aku nyalakan lampu untukmu, siapakah yang menyalakan lampu bagimu malam tadi? Wahai ayahku, malam kelmarin aku hamparkan alas tidur bagimu, siapakah yang menghamparkan alas tidur bagimu malam tadi?


“wahai ayahku, malam kelmarin aku memicit kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, malam kelmarin aku balik tubuhmu dari satu sisi ke sisi yang lain. Siapakah yang membalikkanmu malam tadi?


“wahai ayahku, aku tutupi anggota2 badanmu yang terbuka malam kelmarin, siapakah yang menutupimu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin aku beri engkau minuman, siapakah yang memberimu minuman malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin malam aku merenungi wajahmu, siapakah yang merenungi wajahmu malam tadi?


“wahai ayahku, malam kelmarin aku memasak pelbagai makanan untukmu, siapakah yang memasak makanan untukmu malam tadi?”


Al-Hasan pon menangis lalu menampakkan diri kepada anak perempuan kecil itu seraya berkata : “wahai anakku, janganlah engkau mengucapkan kata2 ini, tetapi katakanlah :


“wahai ayahku, kami telah menghadapkanmu kearah kiblat, apakah engkau tetapi demikian ataukah telah dihadapkan ke tempat lain?


“wahai ayahku, kami telah mengkafanimu dengan kafan terbaik, apakah tetap begitu ataukah kafan itu telah dilepaskan daripadamu?


“wahai ayahku, kami telah meletakkan badanmu di dalam kubur dalam keadaan utuh, apakah engkau tetap begitu ataukah engkau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, para ulama berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sebahagian manusia dan disempitkan bagi sebahagian yang lain, apakah kubur itu terasa sempit bagimu ataukah terasa lapang?


“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama berkata bahawa sebahagian mereka diganti kafannya dengan kafan daripada syurga dan sebahagian lainnya diganti dengan kafan daripada neraka, apakah kafanmu diganti dengan kafan daripada neraka atau kafan daripada syurga?


“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama berkata, bahawa kubur itu boleh merupakan salah satu kebun syurga atau salah satu parit neraka.


“wahai ayahku, sesungguhnya para ulama berkata, bahawa kubur itu memeluk sebahagian penghuninya seperti ibu yang penuh kasih sayang dan boleh membenci serta menghimpit sebahagian manusia hingga tertindih tulang-tulang rusuk mereka, apakah kubur ini memelukmu atau membencimu?


“ wahai ayahku, para ulama berkata, bahawa sesiapa yang diletakkan dalam kubur, jika dia seorang yang bertakwa dia pun menyesal kerana kurang banyak berbuat kebaikan dan jika dia seorang berdosa dia menyesal mengapa telah melakukan maksiat, apakah engkau menyesal atas dosa2mu atau kerana sedikitnya kebaikanmu?


“wahai ayahku, biasanya jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku dan telah lama aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?


“Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak boleh berjumpa denganmu hingga hari kiamat. Ya Allah janganlah Engkau haramkan kami daripada pertemuan  dengannya pada hari kiamat.”


Kemudian anak perempuan kecil itu berkata: “Wahai Hasan, alangkah baiknya perkataan yang pakcik ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai.”


Setelah itu pulanglah anak perempuan kecil itu bersama Hasan Al-Basri sambil menangis.

1 comments:

  1. Makcik dah follow sini...:) follow makcik balik eh...entry adik sngat indah... :)

    ReplyDelete