Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Saturday, February 25, 2012

KEBAHAGIAAN HAKIKI

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) menulis di dalam kitabnya yang terkenal Madarij al-Salikin:

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap kepada Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan dengan-Nya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepada-Nya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemu-Nya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingati-Nya, keikhlasan yang benar kepada-Nya”.

Kebahagian yang hakiki ialah apabila ada tali hubungan dengan Allah SWT, kerana Dialah yang Maha Berkuasa mencampakkan kebahagiaan dan ketenangan ke dalam hati manusia. Bahagia apabila Allah memanjangkan umurnya serta diberikan nikmat untuk berlaku taat kepada-Nya. Itulah erti kebahagiaan.

Di situlah puncak yang dapat menghantar manusia menghirup sejuknya udara kehidupan berupa kebahagiaan yang hakiki dalam erti kebahagiaan di dunia dan akhirat.
 
Firman ALLAH SWT:

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.” (az-Zumar: 22)

KISAH ORANG BUTA, BOTAK DAN PENYAKIT KUSTA

Abu Hurairah r.a meriwatkan bahawasanya Rasulullah S.A.W pernah menceritakan sebagai berikut :

Dikalangan Bani Israil terdapat 3 org, yg satu berpenyakit kusta, yg satu botak & yg satu lagi buta. Allah hendak menguji mereka, lalu diutuslah Malaikat mendatangi mereka.

Kepada yang berpenyakit kusta, Malaikat bertanya, Apakah yg paling engkau inginkan? Ia menjawab : Warna yg baik, kulit yg baik, agar kulitku yg kotor dan tidak disukai org ini segera lenyap. Org tersebut kmdn diusap oleh Malaikat, seketika itu penyakitnya yg tampak kotor lenyap & warna kulitnya berubah menjadi baik.
Setelah itu Malaikat bertanya lagi : Kekayaan apakah yg kau inginkan? Ia menyahut : Unta. Malaikat memberi seekor unta sedang mengandung sambil berkata : Mudah-mudahan Allah memberkatimu dengan unta ini.

Malaikat itu kemudian datang kepada org yg botak& bertanya : Apakah yang paling kau inginkan? Ia menjawab : Rambut yg bagus agar org tidak mengejekku lagi. Kepalanya diusap oleh Malaikat dan seketika itu botaknya hilang dan tumbuh rambut yg bagus.
Malaikat bertanya lagi : Kekayaan apakah yg paling kau inginkan? Ia menyahut : Lembu! Oleh Malaikat ia diberi seekor lembu yg sedang bunting, seraya berkata : Mudah-mudahan Allah memberkatimu dengan lembu ini.

Malaikat itu kmdn datang kepada org yang buta & bertanya : Apakah yg paling kau inginkan?Ia menjawab : Supaya Alah mengembalikan penglihatanku. Matanya diusap oleh Malaikat dan Allah memulihkan kembali penglihatannya.
Malaikat bertanya lagi : Kekayaan apakah yg paling kau inginkan? Ia menyahut : Kambing. Oleh malaikat ia diberi seekor kambing yang hampir melahirkan.

Beberapa waktu kemudian, baik unta, lembu & kambing yang diberikan Malaikat semuanya berkembang biak, sehingga masing-masing dari tiga orang itu mempunyai sumber-sumber penghasilan dari ternaknya sendiri-sendiri. Yang satu dari unta, yg satu dari lembu dan yg satu lagi dari kambing.

Pada suatu saat, Malaikat datang kembali dlam bentuknya seperti dahulu, dan bertanya kepada orang yang disembuhkan dari penyakit kusta: Aku ini org miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan jauh, dan hari ini aku tidak mempunyai bekal dalam perjalanan jauh, dan hari ini aku tidak mempunyai bekal untuk dimakan, kecuali bila Allah menolongku melalui anda. Demi Allah yang telah memberimu warna kulit yg bagus, aku minta seekor unta agar aku dapat melanjutkan perjalanan. Org itu menyahut : Banyak sekali yg telah saya keluarkan untuk menolong orang.

Malaikat itu lalu bertanya : Aku seolah-seolah pernah mengenal anda. Bukankah anda dahulu seorang yang berpenyakit kusta?, dicemuh org ramai & hidup melarat? Ia menyahut dengan bongkak : Kekayaaanku ini adalah warisanbesaryg berasal dari nenek moyangku. Malaikat menyahut : Bila anda bohong, Allah akan mengembalikan anda kepada keadaan anda dahulu.

Malaikat kemudiannya datang kepada org yg dahulunya botak, dlm bentuknya seperti di masa lalu. Kepadanya Malaikat berkata sama seperti yang dikatakannya kpd org yg dahulunya berpenyakit kusta. Dan juga menerima jawapan yg sama.

Kmdn Malaikat dtg kepada org yg dahulunya buta, dlm wujudnya yg sama seperti pada waktu datang menyembuhkan butanya. Ia mengatakan yg sama dgn apa yg telah dikatakannya kepada dua org sebelumnya. Org yg dahulunya buta itu menjawab, Aku dahulu buta, kmdn Allah mengembalikan penglihatanku. Oleh kerana itu, silalah anda ambil apa yg anda mahu& anda boleh tinggalkan apa yg anda tidak mahu. Demi Allah, aku tidak akan mempersulitkan anda mengambil sesuatu krn Allah!
Malaikat bersahut, Tidak! jagalah hartamu baik-baik. Kalian hanya diuji....Allah redha kepada Anda, dan murka terhadap dua orang teman anda...
(Al-Bukhari)

Demikianlah kiah Nabi SAW yg menggambarkan betapa murkanya Allah terhadap seorang hambaNYA yg tidak menepati janji kepadaNYA. Dan menunjukkan bahawa kesusahan & kesenangan, kedua-duanya merupakan Ujian Allah belaka.

Friday, February 17, 2012

KENAPA PERLU BUAT, KALAU TAK IKHLAS.


 Seorang sahabat bertanya kalau kita tk ikhlas perlu ke kita buat…ok persoalan yang selalu sengaja ditimbulkan…Kenapa perlu buat…kan tk ikhlas?...sia-sia je kan….dapat penat jee….buat apa nak buat benda yang kita tak jujur dan tk ikhlas nak buat?


“Ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu yang hitam dikala malam hari” kenapa semut hitam? Diatas batu yang hitam? Dikala malam hari pula?

Mari kita lihat pepatah ini..melentur buluh biarlah dari rebungnyaa….sama juga sperti manusia,satu jasad yang keras tidak dilentur dari awal2nya maka bertambah keraslah batilnya itu.

Iman perlu dididik sejak mulanya, barangkali seorang bayi yang baru lahir jika tidak dilatih berjalan, bolehkah dia berjalan? Seorang kanak-kanak jika tidak diajar mengaji, tahukan dia mengaji? Tidak diajar mengira 1,2,3… tahukah dia mengira?  Seorang wanita ingin memasak, tetapi kuali,senduk pon tidak pernah sentuh,tidak pernah dididik memasak, Tahu kah dia untuk memasak? Seorang lelaki yang mahu menjadi mekanik,pomen moto (perbaiki moto@ kereta), tetapi spanar pon tidak pernah pegang, bolehkah dia perbaiki kerosakan tersebut? Seorang ibu yang mahukan anaknya menjadi seorang doktor, tapi dibiarkan anaknya melepak, membuang masa bersama teman-teman,tidak diberi didikan, diberi pelajaran, mampukah anaknya menjadi seorang doktor? Barang kali doktor jarum mungkin boleh…Dan ingin saya bertanya seorang manusia yang tidak mahu belajar agama, sering kali memberi alasan, tetapi mahukan kejayaan,takutkan neraka, mahukan syurga? Bolehkan syurga menjadi miliknya?

Lihat pula pada pohon bonsai yang kebanyakkkan menjadi kegemaran segelintir masyarakat melentur dahan pohon tersebut agar  bentuknya menjadi cantik…tanya pada mereka? Atau boleh kita fikir sendiri, bagaimana permulaan membentuk dahan-dahan pohon tersebut, pastilah ketika mana ia masih ranting, dan mudah dibentuk. Satu dahan yang sudah tua,lagikan keras batangnya bolehkah dibentuk? jika ingin dibentuk juga, kemungkinan dahan itu akan patah dan mati.
Seberapa banyak penciptaan Ilahi yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan harian kita, apakah kita tidak berfikir?

Seringkali menjadi kesukaan penggemar mereka yang suka beralasan apabila diajak ke majlis ilmu…tk ikhlas buat apa pergi?…ajak berjemaah, tk ikhlas, buat apa pergi?,ajak mengaji kitab,tk ikhlas, buat apa pergi?, ajak pergi usrah, tk ikhlas, buat ape pergi?...ape lagi?....ayat2 sebegini sering kali menjadi buah mulot sang pemalas
Alasan seringkali menjadi  ayat pelepas bagi para pemalas yg juga dikenali sebagai otak “kelentong” ia seringkali menjadi penghalang bagi seseorang untuk menuju kejayaan . Diri di didik dengan alasan-alasan sebegini menjadikan habitat semulajadi bagi kebanyakan orang.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib dirinya sendiri.

Beberapa renungan kita boleh lihat disini
Berkenaan berjemaah,  Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Kekuasaan Allah bersama jemaah, sesiapa yang bersendirian, dia bersendirian di neraka. Sesungguhnya serigala memakan kambing yang bersendirian, terasing daripada kumpulannya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab-

“Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi”

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius-

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo-

Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riyak. Melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Ikhlas pula ialah Allah SWT menghapuskan pada diri kamu daripada dua perkara ini..
(Imam Fudhail Bin 'Iyadh)
manusia seringkali lupa akan nikmat-nikmat yang diberi, tanpa nikmat-nikmat dari Allah sedikit pun kita tidak akan mampu beribadah, maka bersyukurlah.

“Bersyukurlah dengan apa yang diberikan Allah kepadamu pasti kamu menjadi orang yang paling kaya.” (HR Ahmad)

Kiranya orang yang sering memberi alasan bagaimana mahu menjawab dengan alasan-alasan yang sering diberikan, jawabnya tidak perlu menjawab, jika diam lebih utama, kerana bagaimanapun jawapannya akan dimuntahkan kembali begitu sahaja.

Kata iman as syafie : “Aku boleh menang jika berdebat dengan orang berilmu, namun aku  selalu kalah jika berdebat dengan orang yang jahil”

Kata Imam Hasan al- Basri,

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Cintailah taman- taman syurga dan semailah sifat-sifat ahli syurga. Jika diri tidak dididik ke majlis-majlis ilmu, jangan menyesal, kerana itu pilihan diri sendiri. Kejahilan itu menjadikan seseorang itu lebih hina daripada haiwan. Soal ikhlas atau tidak itu soal yang kedua, yang penting didiklah diri menjadi insan berguna, bersama-sama jemaah, bersama-sama orang soleh, mudah-mudahan Allah membuka pintu hati, membuka pintu-pintu Rahmat dan pintu-pintu syurga terbuka selaus-luasnya buat SANG IKHLAS.

 Sengaja saya membiarkan banyak persoalan yang tidak terjawab disini, kerana saya pasti jawapannya ada dalam diri kalian masing2.

Wednesday, February 1, 2012

KUPU KUPU CINTA


~ kerana kau si manis yg beragama membuat ku selesa ~

Wahai jodohku, bagaimana kau disana? apa kabar imanmu? Sihatkah kau disana? .wahai jodohku..kelak, nasihatilah aku dengan segala kebaikan yang nantinya akan membawa kepada cinta tertinggi. Saling kita ingat memperingati. Jodohku Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas kerana Allah. Jodohku…sabar dan tenanglah, aku disini masih bersabar menanti mu. Menanti saat-saat bahagia bersamamu. Aku ingin ke syurga bersama mu. Jika benar cinta kerana Allah, akan ku bercinta dan sayang padamu sampai syurga.
Aku kagum pada kecantikan yang sukar diterjemahkan , Bukan dari paras rupa,bukan pula dari kata2 tapi pada akhlaknya…Yang bersabar pabila ditimpa musibah, Redha apabila mendapat ujian. Membuatkan imannya makin bertambah, Dia lebih tawakal juga redha setelah berusaha... Muamalatnya terjaga, Ikhtilatnya sungguh diambil kira, Kerna takut Allah akan menjadi murka. Ilmu yang ada dikongsikannya, Buat amalan manusia dan juga dirinya, Senyumannya tidak penah lekang dibibir pabila bertemu saudaranya. Orang tua dihormatinya, Tanda sayang dan juga cinta, Bukan kerana terpaksa, kerna memaksa itu bukannya sifat habibullah tetapi untuk mendapat redha Allah.
Wahai gadis solehah, dari jauh aku menantimu…aku menyenangi akan sifatmu, raut wajah yang dihiasi nur, yang selalu dibasahi air mata mengingati mati, yang mencintai Allah dan rasul,yang takutkan azab Allah..kau ibarat permata berharga..digilap, dibalut dan disimpan rapi.. wahai gadis solehah,jauh disudut hatiku,aku bangga dengan imanmu,taqwamu,akhlakmu,jua perjuanganmu menegakkan Islam. Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah,kau pertahankan hijabmu,walau dunia memandang hina,tetapi Allah melihat dengan penuh bangga. akhlakmu kau pelihara,maruahmu di jaga rapi...jodohku doaku akan selalu bersamamu..maaf kerna ku xpernah untuk berkata.bahwa kaulah teman paling sempurna yang ku adaaa...
Namun tidak semua insan bertuah untuk memiliki apa yang dia kehendaki. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, andai sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargainya, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita. Aku redha menerimamu seadanya…cukuplah solehahmu menjadi syaratku…kerana isteri yang solehah selamanya istimewa buatku :)
Jodohku aku berharap kau jujur menerimaku sebagaimana aku jujur menerimamu..kerna aku ingin memiliki 3 perkara yang dijanjikan Rasulullah :
"Orang yang berkata jujur akan mendapatkan 3 hal, yaitu kepercayaan, cinta, dan kehormatan."
(HR. Muslim)
  Ingin aku semat kan kata2 imam Nawawi dalam diriku “Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu”
 "....dan dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana-Nya...." (HR. Bukhari dan Muslim)

  ~ Malu menbuat coretan hati...namun aku luahkan juga ~