AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan.
Namun setitis air mata yang jatuh ke bumi kerana takut kepada ALLAH SWT persis permata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya,
Bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang.
“Alangkah sempitnya kuburku,” keluh seorang batil. “Alangkah sedikitnya hartaku, “kesal si hartawan (pemuja dunia).
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus dan penuh rakus, mengalirlah air mata kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)
Tangisan adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
♥ஜ♥(¯`•.¸áƒ¦ ღ¸.•´¯)♥ஜ
Sabda Rasulullah SAW :
“Ada dua titisan yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada’ dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi :
“Tangisan seorang yang berbuat dosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.”
Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang yang berdosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang a’bid
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’>>>dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.
Ketawa seorang jahil>>>semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa”.
Seorang Hukama pernah bersyair :
“Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita?Sabda Nabi SAW:
“Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis”.
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kekecewaan menjemput duka.
•================ஜ۩۞۩ஜ================•
Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)
•================ஜ۩۞۩ஜ================•
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari, kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaa’t Rasulullah SAW yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu merupakan banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata,
“Semua kesyurga kecuali dia.kubimbangi dialah diriku“
Menangis Ummu Sulaiman apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?”
Jawabnya:
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.”
Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata,
“Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
Ibnu Mas’ud r.a berkata, :
“Seseorang yang mengerti al-Quran, dikenali di waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya di waktu orang lain ketawa, diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras, dan pemarah.”
Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur, pasti mereka akan menjawab
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”.
Dan didalam kisah said bin haris seorg yg kuat beribadat di malam hari,pada siang hari tidak pernah berhenti daripada berpuasa, suatu hari temannya berkata padanya :
“Wahai Said! Sesungguhnya badanmu ini juga mempunyai haknya untuk beristirehat!, “Pergilah engkau istirehat dahulu”
Mendengar ucapanku itu, dia terus menangis teresak-esak lalu berkata,
“Bagaimana aku dapat beristirahat, sedangkan nafsuku terus menerus dihitung, dan umurku pula semakin menyusut,hari-hari hidupku juga semakin mendesak. Bukankah kita pada saat ini sedang menanti kematian!”
No comments:
Post a Comment