2. Perasaannya selalu duka (insaf)
3. Dia selalu mendiamkan diri (berfikir)
4. Segala anggotanya tetap.
5. Dia segera menunaikan segala perintah.
6. Dia menjauhi segala larangan dan mengurangi penentangan terhadap Allah.
7. Bagus akhlak.
8. Selalu berzikir.
9. Menenang dan mengheningkan fikiran.
10. Mengawal segala anggota (dari melakukan dosa)
11. Mempunyai ketenangan hati.
12. Dia membesarkan Tuhan.
13. Hendaklah dia mengurangi kemarahan.
14. Menyembunyikan kasih (biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya.)
15. Sentiasa ikhlas dan tidak memandang kepada orang-orang tertentu.
16. Hendaklah dia mengutamakan perkara yang benar.
17. Dia berputus asa dari bergantung kepada mana-mana makhluk.
18. Dia beramal dengan ikhlas.
19. Percakapannya hendaklah benar.
20. Membersihkan pandangannya dari memandang selain Allah.
21. Hendaklah dia menghidupkan perkara-perkara yang mendekatkan dirinya kepada Allah.
22. Hendaklah dia menyedikitkan syarat (dalam ibadat).
23. Menyembunyikan kepentingan dalam beribadat (tanpa riya’)
24. Dia merasa cemburu di atas penukaran nama (nama-nama yang digunakan manusia untuk sesuatu tujuan yang kerap kali tidak sesuai dengan sifat dan keadaan-keadaan yang berlaku).
25. Merasa marah di kala (melihat) pelanggaran hukum Allah.
26. Selalu meraskan kehebatan Allah.
27. Merasakan malu kepada Allah.
28. Bersikap takut dan tetap pendirian.
29. Berserah diri kepada Allah dengan memperbaguskan usaha.
30. Menyempurnakan wudhu’ dengan membasuh atau menyapu tempat-tempat yang kurang disenangi.
31. Menunggu-nunggu untuk solat selepas selesai solat.
32. Gentar hati (bimbang) kerana takutkan keluputan mengerjakan kefardhuan (seperti solat lima waktu).
33. Tetap bertaubat dan takutkan bencana.
34. Sentiasa membenarkan perkara-perkara ghaib (yang tak dilihat dengan mata kasar)
35. Gementar hati dikala berzikir.
36. Bertambah cahaya-cahaya batin dikala menerima nasihat.
37. Benar-benar berserah kepada Allah dikala menghadapi perkara-perkara yang penting.
38. Mengeluarkan sedekah tanpa kedekut, menurut keupayaan.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Wahai anak adam, taatilah tuhan anda nescaya anda dinamakan org yg berakal; dan janganlah anda durhaka kepadaNya nanti anda dinamakn orang yg bodoh ( tak mengerti).
(H.R. Abu Nu'aim ).
"Wahai anak adam, taatilah tuhan anda nescaya anda dinamakan org yg berakal; dan janganlah anda durhaka kepadaNya nanti anda dinamakn orang yg bodoh ( tak mengerti).
(H.R. Abu Nu'aim ).
Rasulullah s.a.w. selalu menyebut (mengingati) Allah pada setiap waktunya. (H.R. Muslim).
“Siapa mencintai Allah, tentulah dia bersifat malu.” (Al-Hadis)
.
“Hendaklah kamu menaruh perasaan malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (H.R. At-Tirmizi)
“Kebaktian yang paling disukai Allah ialah yang terus menerus dilakukan meskipun sedikit.” (H.R. Bukhari dan muslim)
“Sentiasalah kamu melakukan kebaktian menurut kesanggupanmu. Demi Allah, tidaklah Allah akan merasa bosan (jemu untuk memberi pahala) sehingga kamu lebih dahulu merasa bosan.” (H.R. Tirmizi)
- OLEH :IMAM AL-GHAZALI -
No comments:
Post a Comment