Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Friday, January 2, 2015

Kala Subuh, Manusia leka dimalam hari...

 Syeikh Muhamamad Nasyiruddin al-Albani ada menambah dalam kitab Imam Nawawi, Riyadh al-Salihin, bab 334: "Bab Makhruh Berborak Setelah Solat Isya". Beliau menyebut :

"Sepatutnya hal tersebut dibatasi dengan percakapan setelah solat Isya' itu tidak mengakibatkan kewajipan yang bersifat fardhu ain diabaikan. Misalnya seorg pemuda berjaga malam untuk mengkaji ilmu atau melakukan persiapan peperiksaan hingga mndekati waktu tengah malam kemudian tidur terlelap sampai tidak sempat mengerjakan solat subuh.

Berjaga malam seperti ini, meskipun dalam menuntut ilmu, adalah tidak dibenarkan.

 Dia sama seperti org yg membangun satu istana namun kemudian menghancurkan satu negeri.

 Dia semestinya tidur awal setelah solat Isya supaya dapat bangun pagi untuk mngerjakan solat subuh dan kemudian mengulang kaji plajaran setelah itu.

Sungguh benar ketika Rasulullah S.A.W. bersabda: "Telah diberkati untuk umatku pada waktu paginya."

Perhatikanlah terhadap masalah ini, kerana kebanyakan anak muda kerap mengabaikannya."

nahh....acapkali ini yang seringkali aku kesali, kecewa. halnya anak muda itu, seringkali tenaganya dihabiskan dimalam hari, dipagi hari tidurnya mati hingga matahari terbit, dikejut-kejutnya tidak juga bngun, mana tidaknya, kepenatan oleh kerja-kerja malam hari.

sudahlah malamnya disia-siakan, subuhnya pula lepas hingga tidak dikerjakan. jika bangun sekalipun subuhnya lewat-lewat shaja, tiada kualiti, bekerja dalam keadaan mengantuk, kerjaan itu tidak sukses, tidak berkualiti seperti mana bekerja dalam keadaan bertenaga. begitu juga soal ibadah yg dikerjakan. solat subuh dalam keadaan mengantuk, yg difikirkannya mengantuk, mahu tidur, lalu khusyuknya kemana, toma'ninahnya bagaimana? anda ada jawapannya.

yang lebih menyakitkan itu, apabila tenaga muda itu dihabiskan dgn keadaan tercela di malam harinya, dunia begitu mengghairahkan dgn segala mcm teknologinya, kalau org tua-tua dahulu menghabiskan mlmnya di kedai-kedai kopi, gosip sana sini, zaman teknologi ini, anak muda menghabiskan masanya dgn berfacebook, whatapp, wechat, webcam, bergayut dgn panggilan percuma hingga lewat malam, bermain game, menonton movie, malamnya dihabiskan dengan hal-hal ini.

jika study hingga lewat mlm atau mengkaji ilmu sekalipun tidk dibenarkan, apabila seringkali meninggalkan kewajipan. apalagi dengan perbuatan sia-sia yang membuang tenaga kepermudaan itu.

ada yg kerap kali berusrah, memberi peringatan kepada org lain, berceramah, motivasi agama, berdiskusi, bahkan hebat berdebat hingga pihak lain kalah,kerap kali juga menulis tinta yang begitu bagus skali untuk dibaca hingga menyentuh jiwa-jiwa manusia, dan kerap kali kita membri harapan agar manusia lain berubah. dan sekerap itu juga segelintir mninggalkan waktu subuhnya oleh krana malam lewat tidurnya. Tidak sengaja itu perlu kena pada posisinya, jika tahu kalau lewat tidurnya, maka lewat juga bngunnya, dan masih melakukannya, itu sudah tidk termasuk dalam tidak sengaja, yang jadinya adalah SENGAJA.

aku menulis melalui realiti semasa, diam dalam melihat, terpendam dalam rasa kecewa. realiti kehidupan semasa, jahil kerana tidak tahu tidak mengapa, boleh belajar dan diajar. tetapi jika tahu dan tetap dalam kejahilan, sengajalah menempah celaka.

dalam kita berbuat kebaikan untuk org lain, dalam kita memikirkan kebaikan untuk org lain, dalam kita cuba memberi kebaikan untuk org lain, jgnlah pula kita mengabaikan kewajipan diri, kebaikan untuk diri, Ia bukanlah sikap mementing diri sendri, tetapi kewajipan yang wajib untuk dipatuhi, kewajipan dalam kita mengurus masa sendri, kewajipan dalam kita mengurus kehidupan diri sndri. Islam itu ditanam dalam diri sendri, lalu kemanisan buahnya, dinikmati oleh manusia yg menghampiri mahupun dihampiri dan benih-benihnya akan tertanam, tersebar disekitar yang dilalui. untuk menanam benih, benih itu mestilah hasil dari benih yg berkualiti. usahlah cuba menanam benih, jika benih diri tidak berkualiti, maka hasilnya juga tiada kualiti, tiada potensi.

No comments:

Post a Comment