"Jgn terlalu bangga dengan apa yg kamu ada hari ini,
kerana kamu tidak mungkin tahu apa yang akan kamu miliki hari esok"
(Phytogrus)
seringkali kita mendengar ungkapan bahawa apa yg kita ada
hari ini "Tidak kekal" bermula dari kehidupan seorg bayi sehinggalah
menjadi org tua, melalui proses-proses itu, acapkali kita mendengar ada sahaja
ujian yg menimpa kehidupan makhluk bergelar manusia.
kita melihat bahawa teguran Tuhan yg berlegar disekitar itu
amat jelas sekali bagi manusia yg mengambil pengajaran. ada manusia dikorniakan
kehidupan yg sempurna, ckup pancaindera, cantik paras rupanya, bergeliga akalnya,
mewah kehidupannya, punyai ramai teman juga sanak saudara.
tetapi dalam sekelip mata, ditarik semula nikmat-nikmat yg
dikornia, ada mata sekelip mata jadi buta, ada telinga sekelip mata judi tuli,
ada kedua tangan, kedua kaki, sekelip mata cacat keduanya, ada akal yg sihat,
sekelip mata jadi gila, ada kecantikan paras rupa, sekelip mata hilang
kecantikan smentara, ada kemewahan dunia,sekelip mata jadi papa, ada ramai
kenalan sanak saudara, sekelip mata, jadi sebatangkara,
semua itu berlaku dan memiliki kisah-kisah tersendri yg
berlegar-legar disekitar kehidupan manusia, bahkan kisah-kisah itu diputarkan
berkali-kali dalam kehidupan manusia biarpun pada masa atau zaman yg berlainan,
tetapi ibrahnya ttap sama buat manusia, supaya ia kenal akan dirinya, supaya ia
kenal dibumi siapa dia berpijak, supaya dia kenal dirinya sbenar selaku hamba,
supaya dia tahu hak milik siapa semua kehidupan ini, dn supaya manusia kenal
dan kembali kepada tujuan tunggal kehidupan didunia.
waima berkali-kali pengajaran itu diputarkan semula, tetapi
brapa bnyk manusia yg mengambil ibrah daripada kehidupan alam ini, yg Allah
hadirkan sebagai teguran, sebagai peringatan, sebagai hidayah, buat perjalanan
kehidupan diri manusia, yang tk ramai sedar dan apabila kna pada diri sendri barulah
terasa, btullah ungkapan " nikmat itu apabila hilang barulah terasa"
kembali kepada fitrah kejadian manusia,
jika pandai itu tidak diletakkan pada saluran betulnya, ia
aib yg tercela
jika cantik itu, disalah pakai tujuannya, disemberono guna,
ianya suatu kejelikan terhina dalamnya.
Jika cukup pancaindera itu, disalah guna tujuannya, maka
jatuhlah taraf kemuliaan sebagai seorg manusia.
jika berharta itu tidak diguna buat kehidupan selepas
matinya, dialah si fakir selamanya biar alam manapun dihuninya.
Dan selama mana ia ada usia, tetapi tidak dimanfaatkannya,
adakah keterlaluan jika di kata mati itu lebih mulia?, atau pinta saja
digantikan nyawa yg ada kepada kucing yg mati dilanggar kereta?
Kerana kucing itu jika mati dilanggar kereta dia tidak
punyai akal untuk berfikir melintas ketika bahaya kreta tiada, bahkan jika
sengaja seklipun bermain bahaya dijalan raya dan mati dilanggar kereta, dia
tidak akan di hina atau keneraka kerana sengaja bermain dgn bahaya, kerana dia
adalah kucing, hidupnya tiada istilah ‘sia-sia’.
Tetapi jika manusia sengaja bermain dengan bahaya kehidupan
dunia, sedang dia tahu azab atau bahaya yg seolah dipinta dgn perbuatannya,
maka eloklah difikirkan sendri apa yg bakal diganjarinya dengan budaya
kehidupan kini sebagai seorg manusia. Dimana tempat selayaknya. Kerana
‘sia-sia’ itu satu lembaga besar yg amat menakutkan, jika hampir kepadanya, ia
mampu membunuh kehidupan sebagai seorg manusia.
-dalam pening-pening laut, aku mengingatkan kembali buat
diriku sebagai seorg insan yg selalu lengah dan tidak peduli kepada peringatan
hari-hari, moga istighfar mengiringi setiap hari, setiap masa hingga akhir
nyawa, moga usaha tajdid dan islah kita kekal istiqamah senantiasa-
No comments:
Post a Comment