“Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti…”
"Dengan nama Mu ya Allah Tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang...
Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah engkau rencanakan...
Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami...
...Serta bagi insan-insan disekeliling kami...
Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman...
Permudahkan jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan ya Allah..."
"Ya Allah tetapkanlah hati ini pada jalanMu, Janganlah engkau sesatkan hati ini setelah engkau berikan hidayahMu, moga aku tergolong dalam golongan hambaMu yang bersyukur Ameen"
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."
Kalimah UKHUWAH adalah kata pinjaman daripada Bahasa Arab. Yang bermaksud persaudaraan. Persaudaraan pula boleh dieertikan sebagai perhubungan yang erat, menganggap sahabat, guru-guru dan lain-lainnya sebagai saudara kandung sendiri.
Perjuangan secebis jihad, Kadang2 meruntun hati,
menguji rasa,
Namun setiap kali kegetiran melanda,
tika itu renungkan kembali,
kitalah pejuang Allah,
penegak keadilan,
berpaksikan,
Al-Quran & Sunah Rasulullah..
Penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna...
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga...
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah...
Penulisan ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama...
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah...
" Wahai pemuda,
seandainya kamu yakini fikrah ini
dan kamu menjejaki langkah kami,
serta kamu bersama berada di atas jalan yang murni ini,
kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali Islam.
Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu
untuk aqidah yang kamu yakini ini,
maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat.
Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih terumbang-ambing
dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya,
maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan
tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai."
-Mustafa Masyhur-
Masih bersinar dalam ketiadaanya,
Siapa lebih baik dari kebaikannya?
Siapa lebih mulia dari kemuliaannya ?
Siapakah selainnya yang layak menjadi idola?
Seorang idola yang amat hebat dan tiada tandingan,
Siapa pemberitahu asal usul kita,
Sinaran cahayanya mendamaikan jiwa,
Kibarkan panji cintanya yang Agung .
Muhammad Sallahu alaihi wassalam.
Kami telah saksikan
Kebaikan orang yang kami cinta,
Kami saksikannya di alam nyata ini,
Apa yang tinggi selain aku,
Sifatku dan keadaanku silih berganti dari penaklukannya,
Dengan kebesaran nabi yang terpilih.
Wahai angin yang penuh sayu dan pilu,
Hembuslah dan tiuplah dari kata-kata ini,
Untuk menuju ke arah cintaku yang terbit dari rahsia,
Dengan kebesaran nabi yang terpilih.
Habib Ali al Habsyie
Sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan,
Dengan 10 pertanyaan membuahkan 1000 keyakinan dan perngorbanan,
Dari seribu keyakinan dan pengorbanan akan lahirlah dalam diri seorang insan,
Berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Tuhan.
Mutiara Hati Suci
"Perjuangan ibarat tiram di laut dihiris pepasir tercalarlah ia sungguhpun terluka tapi dipendam sungguhpun pedih tapi disimpan akhirnya dibalas mutiara berharga."
Buatmu pejuang Agama
Moga Iman Perisai Kemuliaanmu, Moga Taqwa Benteng Peribadimu,Moga Shahid Jadi Milikmu, Moga JANNAH kan memanggil Dirimu
Bismillahirrahmanir rahim... . Ya Allah..panjangkanlah umur temanku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya dari kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin..Jangan biarkan dia tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merinduinya,janganlah aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain..
Ya Allah..kurniakanlah dia kesenangan,ketenangan,kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.. amien Ya Rabbal A’lamiin..
No comments:
Post a Comment