Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Monday, May 16, 2011

Asyiknya Kematian Bagi Kekasih Allah Inilah hamba-Mu yang berlumuran dosa bersimpuh di pintu-Mu untuk merasakan nikmat berdekatan dengan-Mu!

Dikisahkan, bahawa Habib an-Najjar tergolong dalam golongan wali-wali Allah SWT yang terulung.Dia selalu memenuhi malamnya dengan solat.Sedang siangnya pula dengan berpuasa. Al-hasil, dia menghabiskan semua masanya semata-mata untuk berkhidmat kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Setiap malam dia bermunajat kepada Tuhannya dengan ucapan-ucapan yang merendah diri, penuh tawaduk serta berdoa, “Ya Tuhan! Aku selalu dalam kerendahan dan selalu menempuh jalan kesesatan dan kecelakaan. Ya Tuhan! Tiada pegangan bagiku selain kepada hadrat-Mu, aku tidak mengenal pintu selain milik-Mu, aku datang mengetuk pintu itu, inilah hamba-Mu yang berlumuran dosa bersimpuh di pintu-Mu untuk merasakan nikmat berdekatan dengan-Mu! Ya Tuhan! Ampunilah aku, dan alangkah celakanya diriku sekiranya Engkau tidak berkenan mengampuniku serta tidak menerima segala kekuranganku. Alangkah sialnya diriku ini”

Kemudian dia sujud hingga menjelang subuh. Setelah solat Subuh, dia membaca al-Quran sampai khatam. Saat dia wafat, dia membaca ayat ini:
Sesungguhnya hamba selalu dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah Yasin : 24)

Saat dia dikuburkan serta didatangi dua malaikat untuk bertanyakan solan kubur kepadanya:
“Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apa Agamamu? Dan seterusnya, dia menjawab dengan membaca potongan ayat-ayat berikut:
Sesungguhnya hamba beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarkanlah perkataan ini!”(Surah Yasin:25)

Lalu kedua-dua malaikat menjawab,
“Masuklah ke dalam syurga itu!”  (Surah Yasin :26)

Maka beliau berkata :
“Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, bahawa Tuhanku telah mengampuniku, serta menjadikan diriku tergolong hamba-hamba-Nya yang dimuliakan.” (Surah Yasin : 26)
Alangkah bahagianya para kekasih Allah SWT. Mereka terus menghabiskan masanya bermunajat kepada Allah SWT siang dan malam, padahal orang-orang lain hampir kesemuanya dalam kelalaian.
Mereka akan sentiasa bergembira apabila malam menjelma,dimana manusia-manusia yang lain berlumba-lumba untuk bermaksiat dan lena dalam tidur yang nyenyak, mereka terus berdiri tegap mengerjakan solat malam, membaca al-Quran, berzikir kepada Yang Maha Agung, dan bermunajat hingga ke siang.  Apabila datang sinar matahari mereka terus menangis kerana terpaksa berpisah dengan amal yang dinikmati oleh jiwa mereka.

Mereka inilah calon-calon syurga dan para penghuninya yang dijanjikan Allah SWT untuk menikmati segala kenikmatan yang ada didalamnnya . Kelak mereka tidak akan lagi merasa takut dan mereka tidak akan berdukacita, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran al-Karim :
“Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, mendirikan solat,menunaikan zakat. Bagi mereka balasan disisi Tuham mereka, tiada sebarang ketakutan terhadap mereka dan mereka tidak akan berdukacita.” ( Surah al-Baqarah : 227 )

No comments:

Post a Comment