Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Monday, May 16, 2011

ISYARAT SYAHID YANG MENGASYIKKAN “Engkau akan tinggal di dunia untuk tiga hari lagi. Selepas itu kita akan berkumpul untuk selamanya”


Rafi bin Abdullah RA bercerita:

Pada suatu hari, Hasyim bin Yahya al-Kinani berkata padaku, “Mahukah engkau aku khabarkan suatu kisah yang telah aku saksikan sendiri dengan mataku, dan telah aku dengar sendiri dengan telingaku, serta disaksikan pula oleh tubuh badanku, dan semoga ia bermanfaat bagi dirimu, sebagaimana ia bermaanfaat juga bagi diriku?”

“Apakah dia! Ceritakanlah, mudah-mudahan ada manfaatnya!”

Aku menjawab.
Maka Hasyim pun duduk bagi memulakan ceritanya.Katanya:
Pada Tahun ke-88 Hijrah, aku pernah mendampingi tentera islam bagi memerangi Rom. Antara teman-teman yang ikut serta dalam peperangan itu, ada teman yang bernama Said bin Haris.Dia benar-benar seorang yang luar biasa,kuat beribadat di malam hari,sedangkan pada siang hari dia tidak pernah berhenti daripada berpuasa. Apabila rombongan kami berjalan, lisannya tidak berhenti daripada membaca ayat-ayat suci al-Quran. Apabila kami berhenti untuk berehat, mulutnya berkumat kamit berzikir kepada Allah SWT. Pendek kata kita memang senang sekali padanya.Selain menaikkan semangat, dia juga menjadi semacam azimat untuk kami mencapai kemenangan dalam peperangan melawan kaum musyiikin itu.
Pada suatu malam di saat-saat genting, aku diperintahkan untuk berjaga bersamanya. Suasana pada ketika itu benar-benar mencengkam.Walau bagaimanapun, temanku yang satu ini masih tetap tekun beribadat terus menerus tanpa mengenal lelah dan payah. Menjelang fajar aku menyuruhnya beristirehat.

“Wahai Said!  Sesungguhnya badanmu ini juga mempunyai haknya untuk beristirehat!”  kataku kepadannya. “Pergilah engkau istirehat dahulu”

Mendengar ucapanku itu, dia terus menangis teresak-esak lalu berkata, 

“Bagaimana aku dapat beristirahat, sedangkan nafsuku terus menerus dihitung, dan umurku pula semakin menyusut,hari-hari hidupku juga semakin mendesak. Bukankah kita pada saat ini sedang menanti kematian!”
Dia bersyarah kepadaku mendedahkan isi hatinya.Hatiku menjadi pilu selepas mendengar kata-katanya. Lantaran itu aku turut menangis. Kemudian aku berkata kepadanya, “ Atas nama Allah SWT, wahai Said!  Istirehatlah seketika. Biarkan aku berkawal di luar!”

Said lalu  masuk kedalam khemah dan beristirehat di sana.
Sedang aku berkawal di situ, tiba-tiba aku terdengar suatu suara yang datang dari dalam khemah, padahal pada ketika itu tiada seorang  pon yang berada di dalam khemah selain temanku Said yang sedang tidur. Aku segera masuk ke dalam khemah dan mendapati temanku itu sedang berkata-kata dalam tidurnya , seolah-olah dia sedang memimpikan sesuatu yang sangat hebat. Dia berkata dalam mimpinya itu,

“Aku tidak mahu kembali! Aku tidak mahu kembali!” kemudian aku lihat dia tertawa gembira dan kembali berkata-kata, “Aku tidak ingin kembali!” Kemudian kelihatan tangannya dihulurkan seakan-akan dia sedang memegang sesuatu, kemudian ditariknya tangan itu kembali dengan perlahan-lahan. Kemudian dia tertawa lagi sambil bertanya,  “Tiga malam lagi?”

Aku hanya memerhatikan sahaja gerak-gerinya itu, dan semua kata-katanya itu menarik perhatianku.Kepada siapa dia sedang berkata-kata itu. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tiga malam lagi’? Wallahu a’lam. Aku sengaja membiarkan dia dengan mimpinya itu supaya dia tidak tergangu, jika aku mengejutkannya.
Sebentar kemudian, dia tersedar daripada tidurnya dan bangun dengan keadaan gementar. Aku segera merangkulnya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, seakan-akan ada sesuatu yang dicarinya.Setelah merasa tenang, dia pun bertakbir dan bertahmid.

“Ada apa, Wahai Said?” saya bertanya kepadanya.

“Aku bermimpi tadi.” Jawabnya.

“Mimpi apa? Aku lihat engkau berkata sesuatu yang pelik,” aku memberitahunya.

“Aku mimpikan suatu perkara yang besar,” dia menjawabnya.

Kemudian dia termenung panjang.

Aku lalu menceritakan kepadanya apa yang aku lihat tadi. Aku berkata, “Hai Said! Aku lihat perkara-perkara yang ajaib daripadamu. Aku lihat engkau berkata ‘aku tidak mahu kembali!’ engaku mengulanginya berkali-kali. Kemudian engkau seakan-akan berjabat dengan sesuatu, Kemudian engkau menarik kembali tanganmu dengan perlahan-lahan. Kemudian engkau bertanya kepada seseorang  ‘tiga malam lagi?’  dan gerak-gerimu itu sungguh menakjubkan. Apa yang sebenarnya yang engkau lihat dalam mimpimu itu, wahai Said?”

“Tiada ada apa-apa,” dia menjawab pendek.

“Mana mungkin tiada apa-apa,” kataku kepadanya.

“Cubalah ceritakan kepadaku,” pintaku lagi kepadanya.

Pada mulanya dia enggan memberitahuku apa yang dimimpikannya itu. Katanya semua itu adalah rahsia yang tidak boleh diberitahukan kepada sesiapa. Tetapi selepas puas memujuknya  dan meminta seperti peminta sedekah, akhirnya dia bersetuju menceritakannya kepadaku.

“Mimpi ku ini mimpi ajaib, aku bimbang engkau tidak mempercayainya ,” dia berkata kepadaku.

“Mana mungkin aku tidak mempercayainya kerana aku sudah melihat gerak-gerimu pada ketika itu,” aku menjawab.

“Baiklah, tetapi engkau mesti berjanji tidak akan menceritakannya kepada orang lain!” dia mengenakan syarat.

“Sampai bila-bila?”

“Selama aku masih hidup,” jelasnya.

“Baiklah, aku berjanji!” kataku.

Said mulai bercerita:

Dalam mimpiku itu, aku merasakan seolah-olah kiamat telah terjadi. Bumi telah rata seperti padang jarak padang terkukur.Semua manusia dibangkitkan dari kuburnya masing-masing, nafsi-nafsi. Setiap orang hanya ingat dirinya sahaja. Mereka sedang dalam ketakutan menunggu giliran untuk memenuhi panggilan Tuhan bagi melaksanakan perhitungan amal. Tiba-tiba datang kepadaku dua malaikat yang sangat tampan. Mereka mendekatiku dan mengucap salam. Aku membalasnya. Mereka kemudian berkata kepadaku:

“Wahai Said! Bergembiralah engkau, Tuhan telah mengampuni  semua dosamu, menerima semua amalanmu , berkenan  mengabulkan semua harapanmu. Tuhan juga berkenan memperlihatkan pahalamu. Nah, marilah ikut kami untuk menyaksikan sendiri apa yang telah di sediakan Allah SWT sebagai imbalan amalmu. Marilah kita berangkat sekarang juga!” kata dua malaikat itu.

Aku pergi bersama-sama mereka dan keluar dari padang Mahsyar yang penuh sesak dengan manusia itu. Seekor kuda sedang menantiku. Aku menunggangnya , alangkah pantasnya kuda ku berlari!
Kudaku itu terus berlari  kencang. Tidak lama kemudian aku terlihat gedung-gedung  yang menjulang tinggi hingga tidak terlihat puncaknya . Warnanya putih berkilauan seperti logam perak yang terkena cahaya matahari.

Kami terus mendekati gedung-gedung itu dan turun di depannya.
Setibanya kami disana, pintu-pintu gedung itu terbuka tanpa lebih dahulu kami mengetuknya. Aku dipersilakan masuk. Selepas aku masuk ke dalam gedung itu, aku melihat keindahan-keindahan yang tidak mungkin aku gambarkan, dan memang jelas belum pernah terbayangkan oleh makhluk Allah SWT yang lain.
Di dalam gedung itu terdapat ramai bidadari dan anak-anak muda yang tidak terhitung jumlahnya. Apabila mereka melihat kedatanganku, mereka terus menyambutku dengan ramah.

Mereka mengalu-alukan kedatanganku dan berkata-kata dengan sangat indah. Mereka mengatakan, “Inilah kekasih Allah! Selamat datang, Wahai kekasih Allah!” Aku membelasnya dengan ucapan terima kasih.
Aku kemudian diajak memasuki ruang dalam yang keindahannya melebihi keindahan ruangan sebelumnya yang sangat mempersonakan itu.Ruangan itu dipenuhi ranjang-ranjang tidur yang dibuat daripada emas yang dihiasi permata berkilauan.Sementara disekelilingnya dipenuhi dengan kerusi-kerusi yang diperbuat daripada permata yang berwarna-warni.Di setiap ranjang yang indah itu duduk seorang bidadari yang kecantikannya tidak dapat digambarkan. Mereka lebih bercahaya daripada bulan purnama. Di tengah-tengah ranjang itu ada sebuah ranjang tidur yang lebih tinggi,lebih indah dan lebih bagus daripada yang ada di sekelilingnya.
Kedua-dua malaikat pengiringku berkata:

“Wahai said! Inilah tempat tinggalmu kelak. Semua bidadari yang ada di sini adalah calon isterimu.Engkau akan tinggal di sini untuk selama-lamanya.

Bidadari-bidadari itu datang mendekatiku, mengalu-alukan kedatanganku bak kekasih yang sudah lama tidak bertemu.Kemudian mereka beramai-ramai membawaku ke ranjang yang tinggi dan sangat indah, di mana di sana duduknya seorang bidadari yang tidak mungkin aku bayangkan kecantikannya mereka berkata:
“Wahai Said, inilah isterimu! Dan ada banyak lagi yang lain yang sudah lama menanti kehadiranmu.”

Aku terharu lalu bertanya: “Di manakah aku berada kini?”

“Engkau sedang berada di syurga Ma’wa,” jawab bidadari itu.

“Siapakah saudari yang cantik ini?” aku bertanya kepada bidadari itu.
“Aku adalah calon isterimu,” jawabnya dengan tersenyum.

“Di manakah yang lain-lain?”

“Mereka berada dikamar peraduan masing-masing,” jawab bidadari itu lagi.

“Baiklah, hari ini aku akan tinggal bersamamu,esok aku berpindah pula kepada yang lain,” kataku kepadanya.
Aku menghulurkan tanganku kepada bidadari yang sangat cantik itu, namun  dia menolaknya dengan halus seraya berkata:

“Hari ini jangan dulu! Engkau harus kembali ke dunia. Engkau akan tinggal didunia untuk tiga hari lagi. Selepas itu kita akan berkumpul untuk selama-lamanya,” bidadari itu memberitahuku.

“Aku tidak mahu kembali!” jawabku kepada bidadari itu. ”Aku tidak mahu kembali!”

“Tidak boleh!” bidadari itu cuba memujukku. 

“Engkau harus  kembali dahulu, dan akan berkumpul bersama kami tiga hari lagi, insya-Allah!”

Demikianlah cerita Said yang disampaikan kepadaku,kemudian dia berkata kepadaku: 

“Itulah akhir kata-kataku kepada bidadari-bidadari itu.Aku bangkit untuk berpisah dan ketika itu aku tersedar daripada tidurku. Sungguh aku tidak sabar lagi untuk berjauhan daripada mereka!”
Mendengar cerita temanku itu, berderailah air mata gembiraku.Aku kemudian berkata kepadanya:

“Berbahagialah engkau, wahai saudariku Said! Berterima kasihlah kepada Tuhan yang telah memperlihatkan balasan amalanmu!”

“Ingat! Rahsiakan cerita ini selagi aku masih hidup!” Said mengingatkanku akan janjiku kepadanya tadi supaya akan merahsiakannya selama dia masih hidup. Kemudian dia berkata lagi : “Selepas aku mati, terserahlah kepadamu untuk menceritakannya!
“Baiklah aku berjanji,” aku menjawab.

Kemudian said bangkit lalu bersuci, mengerjakan solat dan memakai minyak wangi, lalu mengambil pedangnya dan menuju kemedan perang dalam keadaan berpuasa. Hari itu dia berperang dengan begitu hebat sampai menjelang malam sehingga semasa teman-teman yang bersamana kami merasa kagum melihat kehebatannya dan keberaniannya.Mereka berkata,” Alangkah hebatnya Said berperang, seakan-akan dia menghalang pedang lawannya!”

Mendengar komentar mereka itu, hatiku berkata, “Sekiranya mereka mengetahui rahsianya, pasti mereka juga akan melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Said itu!”

Malam menjelang, Said mengerjakan solat sampai ke pagi. Kemudian dia berperang lagi dalam keadaan berpuasa. Keberaniannya kini lebih hebat dari hari sebelumnya.Aku terus memperhatikan semua gerak –gerinya ketika dia berada dimedan perang. Dia kelihatan seolah-olah menghalang tetakan pedang yang datang daripada musuh mengenai dirinya.

Demikian halnya si Siad itu pada hari ketiga, dia berperang lebih hebat dari hari-hari sebelumnya, sehinggalah menjelang petang hari itu, dan satu senjata pun tidak menyentuh badannya. Benarkah hari ini ialah hari yang  dijanjikan kepadanya seperti  yang dimimpikannya? Apakah benar mimpi itu, dia akan pergi menemui bidadari-bidadari yang sedang menunggunya di syurga? Aku merasakan diriku terlalu sibuk dan tidak senang.
Menjelang waktu maghrib, tiba-tiba datang anak panah meluncur tepat mengenai dada Said. Brangkali ada musuh yang sudah lama mengintipnya dan bertekad hendak membunuhnya disebabkan keberaniannya yang luar biasa itu. Musuh yang membuat angkara tidak kelihatan, kerana hari sudah gelap.

Said yang terkena anak panah itu rebah jatuh ke tanah. Semua sahabatnya terkejut melihat dia rebah ke tanah. Mereka datang dengan segera untuk menolong serta membawanya ke dalam khemah bagi dirawat dengan segera. Said dibaringkan di situ dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Aku berkata dalam hati, “Selamat jalan, wahai saudaraku Said! Berbahgialah engkau kerana mendapat syahid. Berbukalah engkau malam ini dengan bidadari-bidadari yang sedang menunggumu! Sungguh aku ingin sekali menyertaimu!”

Rupa-rupanya Allah SWT memberinya kuasa untuk membaca apa yang aku rakamkan dalam hati kecilku itu. Aku lihat dia tersenyum dan berkata, Alhamdulillah, Tuhan telah menepati janji-Nya!”
Said kemudian tersenyum sepuas-puas hatinya. Semua sahabat-sahabat yang ada disitu merasa takjub melihat gerak –gerinya yang ganjil itu. Mereka tidak tahu, tetapi aku tahu. Sebentar lagi kelihatan kedua-dua bibirnya bergerak-gerak seolah-olah dia membaca sesuatu, lalu dia menutupkan matanya. Dia wafat.
Melihat Said telah memejamkan matanya, aku hilang kewarasan, Aku terus menjerit dan berkata keras kepada teman-teman yang berada di sekeliling mayat Said itu,  “Wahai teman-teman!”
Aku  berkata sambil hatiku hiba, air mataku terus mengalir membasahi kedua-dua belah pipiku, “Lakukanlah seperti apa yang dilakukan oleh Said ini!  Mendengar ceritaku mengenai sesuatu yang telah disaksikan oleh si Said ini!”

“Cerita apa?” Tanya seorang sahabat yang akrab kepadaku.

“Rahsia kebahagiaan yang bakal dinikmati oleh si Said ini!”

Teman-teman lalu berkerumun di disisiku, mendesakku supaya menceritakan rahsia si Said yang mayatnya sedang terbujur di hadapan kami semua. Aku menceritakan kepada mereka apa yang dialami oleh Said dalam mimpinya tiga hari sebelum itu. Mendengar cerita itu, semua sahabat terharu dan menangis. Ternyata cerita itu bisa menggetarkan hati siapa yang mendengarnya.

Berita kematian Said sampai ke telinga pemimpin kami yang bernama Maslamah. Dia segera datang dan menyembahyangkan jenazah Said bersama-sama kami. Aku meminta Maslamah menjadi imam dalam solat jenazah ini. Dia menolak sambil berkata kepadaku, “Saudara yang lebih patut menjadi imamnya, kerana saudara lebih rapat dan kenal kepadanya daripadaku.”

Aku setuju dengan cadangannya, dan kami pun menyembahyangkan jenazah Said, lalu kami mengebumikannya.

Pada malam itu, kami terus bercerita mengenai kebaikan yang ada apa pada diri Said. Pagi hari esoknnya, pasukan kami seakan-akan mendapat suntikan semangat selepas mendengar kisah serta perilaku Said yang sungguh patuh dan suka berbakti kepada Tuhannya itu. Kami berperang dengan hebatnya sehingga Berjaya menghancurkan kekuatan musuh. Tidak lama kemudian mereka mengalami kekalahan.
Pada hari itu benteng musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dengan berkat inayah Allah SWT dan pertolongan-Nya.

2 comments: