Dan salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni syurga adalah tertawa.
Maka pada hari ini orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir. (Al-Muthaffifin: 34)
Muram yang durja dan muka yang masam adalah cermin dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk:
Sesudah itu dia bermasam muka dan merengut. (Al-Muddatstsir: 22)
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Meskipun sekadar menampakkan wajah ceria saat kau bertemu saudaramu."
Dalam Faidhul Khathir, Ahmad Amin berkata : "Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerja-kan berbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat.
Seandainya saya disuruh memilih di antara harta yang lebih banyak ataw kedudukan yang tinggi dengan jiwa yang tenteram damai dan selalu tersenyum, pastilah saya memilih yang kedua. Sebab ialah, apa ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas?Apa ertinya segala yang ada didunia ini, apabila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya?
Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya
Dia berkata: "Langit sedih dan terlihat murung."
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Biarkan kemurungan itu ada di langit!"
Dia berkata: "Kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Dukacita tidak akan pernah kembali,
sebab ia telah mati,"
Dia berkata: "Langit di angkasa telah menyatu
dengan cinta yang berkobar dalam dadaku
dan telah menjadi neraka Jahannam.
Dia khianati janji setelah merenggut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata: "TERSENYUMLAH DAN BERSENANGLAH!
Kalau kau tetap bersama kesedihan,
akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Dia berkata : "Perniagaan mendekati kerugian
seperti seorang musafir
yang hampir mati kehausan
ataw seperti singa yang haus darah.
Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Kau bukanlah penyebab kesembuhannya,
kecuali bila kau mahu tersenyum.
Apakah ketika orang lain berbuat dosa
dan tidur dengan perasaan takut,
engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata: " Musuh sedang berada disekelilingku.
Mereka berteriak menakutiku.
Bukanlah aku telah tertawan
dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata : "TERSENYUMLAH"
Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu
jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."
Dia berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya
tergambar padaku di pakaian dan lukisan,
sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku
namun tidak ada satu dirham pun
di kedua telapak tanganku
Aku berkata: "TERSENYUMLAH!
Bukankah kau masih hidup?
Kau bukanlah termasuk orang
yang tidak mempunyai kekasih."
Dia berkata: " Malam-malamku berlalu dalam kepahitan."
Aku berkata : "TERSENYUMLAH!
Jika kau merasa pahit, semoga orang lain
melihatmu sedang bersenandung.
Lemparkan kedukaan jauh-jauh
dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu
jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham
ataw kau merasa rugi jika engkau bernyanyi
dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan
membuat mulutmu terdiam
dan raut mukamu menampilkan kesedihan
TERSENYUMLAH.............!
Sesungguhnya bintang-bintang pon tersenyum
dan kegelapan akan saling berbunturan.
Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang."
Dia berkata: "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik.
Ia datang ke dunia ini"
dan tetap akan pergi walau terpaksa."
Aku berkata : "TERSENYUMLAH! Selagi hanya dikandung badan selama engkau masih hidup
sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."
Sungguh kita sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria , hati yang lapang , akhlak yang menawan, jiwa yang lembut, dan keramahan :
Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad) agar kalian bersikap tawadhu' hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada orang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain. Al-Hadith)
RENUNGAN :
Jangan bersedih: kerana anda telah lalui kesedihan itu kemarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun. Ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya. Apakah kemudiannya ia akan lulus kerana kesedihan itu? Ketika bapa anda meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya ia akan hidup kembali? Ketika perniagaan anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih,apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan?
Jangan bersedih: kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan menciptakan berbagai musibah lainnya. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan ataw kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan,makian musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambahkan semangat mereka untuk menyerang anda. Ataw, ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang anda tidak sukai, ia akan mudah terjadi pada anda.
Jangan bersedih: kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas,istri yang cntik , harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi, dan anak-anak yang cerdas, semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.
Jangan bersedih: kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunya mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.
Jangan bersedih: kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.
Maka ni'mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan. (Ar-Rahman:13)
Jangan bersedih : kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, roti untuk di jamah, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai, dan isteri yang anda cintai.
MENGAPA ANDA HARUS BERSEDIH???
No comments:
Post a Comment