Al-Khatib meriwayatkkan daripada Imam Malik bahawa suatu hari gurunya, Rabi'ah bin Abdurrahman (ulama tabiin) dilihat sedang menangis tersedu-sedu.
Ia ditanya : "Mengapa tuan menangis?
Adakah tuan sedang ditimpa sesuatu musibah?"
Rabi'ah menjawab: "Tidak. Aku menangis kerana pada hari ini orang yang tidak berilmu diminta berfatwa tentang agama. Telah terjadi musibah yang sangat besar dalam agama Islam."
Rabi'ah menangis kerana pada masa fuqaha masih banyak dan hati-hati mereka masih bersih.Ia melihat fenomina itu sebagai musibah besar yang tengah menimpa agama islam.
Saya membayangkan, andai Rabi'ah bin Abdurrahman hidup pada hari ini, lalu melihat bagaimana hukum Islam dibahaskan di media elektronik,cetak dan internet, saya yakin kesedihan pasti membunuh beliau.
No comments:
Post a Comment