Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Tuesday, March 15, 2011

TANDA-TANDA HUSN AL-KHATIMAH

Mati dalam iman menjadi impian dan harapan setiap muslim. Husn al-khatimah (kesudahan yang baik) perlu diusahakan dari awal usia kerana mati itu datang tiba-tiba. Usahakan agar biografi hidup kita tamat dengan "happy ending".

kenali tanda-tanda husn al-khatimah antaranya:

1. DIAKHIRI DENGAN LAFAZ SYAHADAH.

    Daripada Mu'az r.a,  bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
   "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga."
    (Riwayat Abu Daut dan al-Hakim)


2. DAHINYA BERKERINGAT.

    Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata:
    "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):

    "Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya,"
    (Riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi,Ibn Majah dan lain-lain).


3, MATI PADA HARI JUMAAT ATAW MALAM JUMAAT.

    Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:

   "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya   daripada seksa kubur,"
    (Riwayat Ahmad).


4, MATI DALAM KEADAAN SEDANG MELAKUKAN IBADAH

    Seperti mati ketika sedang solat,puasa,umrah,haji ataw berjihad.


5. PUJIAN DARIPADA ORANG ISLAM.

    Terhadap si mati.

No comments:

Post a Comment