Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Friday, April 15, 2011

RABIAH AL-ADAWIYAH BERMADAH "Jika aku tidak terpikat kepada-Mu dan hatiku tidak mencintai-Mu.Maka kepada sesiapa selain-Mu yang patut aku pikat dan mencintainya?

Dikisahkan seorang wali wanita bernama Rabiah al-Adawiyah, sedang berjalan di tengah jalan. Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yang amat senang lisannya menyebut-nyebut mengenai syurga dan kenikmatannya serta apa yang dijanjikan Allah SWT kepada penghuni-penghuni syurga.

Rabiah al-Adawiyah melihat dan mendengar sahaja apa yg dikatakan oleh lelaki itu. Mungkin dia menyangka Rabiah al-Adawiyah terharu mendengarnya.

Wahai manusia!!!"  Lelaki itu dikejutkan oleh Rabiah al-Adawiyah dengan spontan.

"Sampai bila engkau akan terpengaruh dengan hal-hal yang bila-bila masa boleh berubah, dan engkau lalai kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Besar?!!!

Rabiah al-Adawiyah menyambung lagi , "Buatlah sesuatu selagi engkau masih berada di dalam dunia ini sebelum engkau berkata lebih banyak mengenai syurga yang dijanjikan kemudian hari itu."

(Maksudnya,  apa yang sedang engkau lakukan di dunia ini lebih penting bagi dirimu daripada engkau melaung-laungkan mengenai syurga dan kenikmatan yang dijanjikan Tuhan kelak. Apakah engkau yakin engkau akan mendudukinya kelak?)

Mendengar sanggahan Rabiah al-Adawiyah itu, lelaki itu menjadi marah. Dia lalu membentak, "Pergilah engkau dari sini, wahai wanita gila!"

"Aku bukan orang gila kerana orang gila ialah orang yang tidak mempunyai akal untuk memahami apa yang aku katakan itu," jawab Rabiah al-Adawiyah.

Rabiah al-Adawiyah lalu meninggalkan tempat orang itu sambil berkata, 

"Oh sungguh kasihan kepada orang yang tergila-gilakan syurga itu! Ia sekadar omongan kosong semata-mata. Seandainya dia tidak menjadikan Tuhan sebagai tempat bermesra dan berlindung.

Mengapa dia tidak melihat Kepada Nabi Adam AS ketika berada didalam syurga  bersenang-senang, tetapi apabila baginda ditipu iblis dengan pujukannya supaya memakan buah dari pohon terlarang, baginda ikot memakannya.Apakah kesudahannya? Baginda terhalau dari syurga dan menduduki dunia ini yang menjadi tempat tahanan baginya.

Mengapa dia tidak melihat  Nabi Ibrahim AS. Apabila baginda memelihara rahsia Tuhannya ,baginda lalu didekatkan Allah SWT kepada zat-Nya dan dipilih-Nya menjadi  'al-Kahlil'  kepada Allah SWT. Apabila Nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api oleh Namrud, Allah SWT memerintahkan api itu menjadi dingin lega  bagi Ibrahim AS."


Rabiah al-Adawiyah lalu bermadah,

Engkaulah kelapanganku dan kesenanganku apabila Engkau berada di sisiku
Apa aku merasakan Engkau tiada , maka dunia ini seolah-olahnya tempat tahanan bagiku 
Jika aku tidak terpikat kepada-Mu dan hatiku tidak mencintai-Mu
Maka pada siapa selain-Mu yang patut aku pikat dan mencintainya?

2 comments: