Ujian itu tanda Rahmat Allah ke atas seorg insan, belas
kasihan Tuhan kepada seorg hamba, atas ujian itu manusia sedar betapa jalan yg
sedang dilalui itu adalah zulumat, atas suluhan kasih Tuhan, manusia temui
jalan kebenaran. atas kasih syg Tuhan, manusia diberi ujian.
dari saat aku meninggalkan semua itu, sudah hmpir 3 Tahun
dibumi kelantan, sebelum itu ketika mana menyatakan hasratku kepada ibu,
"mak cek nk belajar agama," ibu cuma mendiam,
dalam diam-diam aku mengisi borang on9 kemasukan pelajar di
beberapa kolej islam. waktu itu jiwa aku mungkin bercelaru, jiwa bergelora,
anak kampung yg mencari kemana arah tuju,
lebih kurang sbulan sebelum aku terima surat tawaran itu,
ayah tiba-tiba sakit, masih segar dalam ingatan hari itu adalah hari jumaat,
seusai solat jumaat, ayah meminta mak membawanya ke hospital, seumur hidup
itulah pertama kali ayah mminta begitu, pendek cerita, Dr tidak tahu penykit apa
yg dialaminya, tetapi melalui alat pengesan mengatakan bahawa sakit yg
dideritainya itu serius dan beliau terlalu sakit waktu itu, akhirnya beliau
terpaksa melalui pembedahan untuk mengetahui pnyakit yg dideritai, masih segar
dalam ingatan kata-kata terakhir sebelum beliau masuk ke dalam bilik pembedahan
“ doakan ayah” itu sj yg mampu dia ungkapkan. Dan kata-kata itu membuatkan
butir-butir mutiara mengalir di pipiku, seumur hidup, itu pertama kali dia
ungkapkan begitu, dan seumur hidup itu pertama kali aku melihat beliau menangis
sambil tersiksa mengeluarkan ungkapan itu “DOAKAN AYAH”. Ayah seorg yg tegas
dan garang, ketegasan beliau itu sehingga dia cuma perlu berckp sekali shj
untuk menggerakkan aku melakukan sesuatu arahan tanpa sedikit dalih atau tertangguh
sesaat. Walaupun waktu itu aku sedang tidur.
Hampir 8 jam ayah dalam bilik pembedahan, Dr pun kluar dan
keputusannya, ayah 50% untuk selamat, waktu itu bermain berbagai persolan dalam
fikiranku, ibu mula menitiskan air mata, jiwaku gusar, persoalan demi persoalan
timbul, semingu ayah koma, tidak sedarkan diri, Dr sudah mula meminta
membacakan yasin buat ayah, ayat terakhir beliau “doakan ayah” sentiasa bermain
dalam benak fikiran. Mak masih tetap disisi ayah, tidak mahu pulang ke rumah, Cuma
sesekali pulang uruskan rumah, kemudian
trus ke hospital sentiasa di sisi ayah. Dipendekkan lagi cerita, satu keajaiban
brlaku, ikhtiar akhir, ayah trselamat, namun kehidupan beliau tidak sesempurna
seperti biasa. Hari demi hari terdetik mengislah tahap keberagamaan diriku
waktu itu, mungkin jahillah jenama yg paling sesuai dipakai waktu itu. Dalam
keadaan ayah bgitu, aku pula menyatakan hasratku kepada ibu. Mungkin itulah
sebb beliau susah melepaskan aku untuk jauh.
Selepas hari itu, aku tidak lagi menyatakan hasrat untuk
blajar lagi, namun selang beberapa hari seusai mak solat, tiba-tiba mak ckp, “pergilah
sambung belajar, syaitan halang mak daripada anak mak belajar agama” aku sdia
maklum mak selalu buat keputusan apabila bberapa kali beliau istikharah, ungkapan
itu sentap masuk ke dalam diri, namun rasa bersalah untk pergi, aku seolah-oleh
melarikan diri daripada smua ini, sesekali timbul, siapa nk jaga mak, nk jaga
ayah lagi, di rumah Cuma ada aku dan adik perempuan bongsu yg masih sekolah. Jawapan
mak ringkas, “Allah ada”. Sungguh beliau
seorg ibu yg sngt kuat, belum ku temui wanita di dunia ini sesolehah beliau, yg
mampu bersabar, masih tetap bngun di tengah malam menangis mendoakan anaknya
setiap hari, waima memiliki anak sepertiku. Seteruk aku ketika itu. Ianya aib
diri jika aku nukilkan silam diri.
Aku akhirkan kisah itu, jasad ini pergi jua atas satu tekat,
mengenal islam di sebuah kolej islam. Seorg manusia jahil, masuk kedalam
sekumpulan malaikat, aku ini si tua bodoh yg telah lama menganut islam, tetapi
tidak kenal apa itu islam. Mengenal tamrin? Mengenal usrah? Mengenal Jemaah? Jauh
sekali. Kalau menurut pencapaian akademik, seharusnya aku langsung tidak layak
untuk berada disitu. Itulah personaliti diriku ketika itu. Tetapi aku gagahkan
juga, tekanan yg kuat itu mendesak diri untuk berubah, mencari sesuatu. hentaman
kebodohan yg membenam kepalaku kedalam najis kejahilan itu merubah diri untuk
mencari kebenaran.
Aku tidak mahu menukilkan
panjang lebar bagaimana perjalanan hidupku, mahupun tagihkan simpati dari org
lain, Cuma apa yg mahu dinukilkan selama 3 tahun ini, aku merasakan bahawa
islam itu kabur di dalam lingkungan itu, biarpun berada dalam institusi islam
atau aku saja yg masih rabun. 3 Tahun itu, islam tidak lahir melalui bilik bilik kuliah, para pelajar yg
belajar bukan atas ingin mengenal islam,atau mendalami, tetapi sekadar menagih
sehelai sijil pengajian islam. Menghafal Quran, Hadis, tafsir apa saja madah
arab menggila, hasilnya Cuma sekadar dibuang di atas kertas, dimuntahkan di
dalam dewan peperiksaan. Untuk mendapatkan sehelai kertas bernama “sijil”
Aku tertanya senilai itukah islam yg dipelajari, hanya
senilai helaian kertas? Itukah nilai islam yg selama ini kalian anuti? Mungkin ada
yg akan mempersoalkan, anda siapa untuk mempersoalkan semua ini?
Aku cumalah anak kampung yg terkilan dengan sebb kecerdikan
kalian beragama.
Mahu sahaja aku lampiaskan semua nafsu kekecewaanku ini,
tetapi aku tidak mahu mengartikulasikan tulisan ini dgn lebih membumi, hnya
skdar tempiasan dari kerisauan ini, kerana khuatir akan mencalarkan mahupun
mengguris mana-mana hati, ckuplah sekadar gambaran picisan daripada kekecewaan
sanubari, kerana aku percaya bahawa nilai-nilai islam itu tetap subur, cuma
layu apabila telah lama tidak disirami yg tertanam dalam diri manusia. Moga nanti
dijulang dan ditulenkan kembali. islam itu tidak bersifat tempelan, acuh tak acuh,
mahu tidak mahu, boleh dipakai londeh, tetapi harus universal membumi dalam setiap
diri individu muslim itu sendri….
Ok…aku sudah mengantuk dan lain hari kalau rajin aku contengkan
lagi….krn bnyk lagi dan menjadi terlalu bnyk, biarlah sampai ia memenuhi menunggu saat ia di
muntahi lagi...
No comments:
Post a Comment