Ada manusia bangun pagi sekadar menunaikan kewajipan
bersolat fajar selebihnya melampias tidur yang berbaki kerana malam yang sering
terjaga tanpa nilai yang menanamkan erti sebuah kehidupan. Bukan kerana tidak
mengerti tetapi hati tertutup kerana terpatri najis besi.
Tiada nilai manusia yang berjalan kaki tanpa arah tuju yang
pasti, tiada nilai seorang manusia yang bangun pagi tanpa mengerti apa yg perlu
dia kejari, tiada nilai manusia yang hidup dialam fantasi tanpa mengerti
tanggungjawab amanah kepada diri. Saat hilangnya nilai kehidupan itu adalah
ketika mana sesaatnya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tujuan nyata.
Susah sangatkah mengerti nilai kehidupan itu?
Ada yang menjawab tidak susah, yang susahnya adalah melaksanakan
misi kehidupan itu sendri.
Ada satu ayat yang berbunyi “Tidak sulit api untuk panas,
tak sulit air untuk basah, tetapi sangat sulit untuk manusia menjadi manusia”
Kebenaran daripada kata-kata ini jelas ternyata dengan sikap
diri manusia itu sendiri.
Segolongan yang menggunakan cogan kata agama yang
membara-bara dengan dalil-dalilnya, namun apabila berkaitan masa dialah yang
selalu tewas dengannya, kalau liqa, berjanji, mengadakan pertemuan dialah yang
selalu lambat memakan masa sahabat lainnya kerana menunggu kehadiran dirinya. Bila
ditanya mengapa, melayu katanya. Hairan memikirkannya. Dan masa-masa yang
seterusnya berlaku begitu juga sehendaknya.
Segolongan yang lain memotivasi manusia lainnya, dalam masa
yang sama dialah juga yang masuk lambat ke kelas pesyarahnya, dia juga yang
selalu dimarahi pensyarahnya, asigment entah kemana, Jika dilihat hebat motivasinya, namun
kehidupannya, tak menggambarkan apa yg dimotivasikan, bila ditanya, dakwah
katanya sampaikan walaupun satu ayat.
Aku sifatkan ini dialog sunyi batil manusia…endahkan sahaja…bla..bla
..blaa…
Ayat diatas nampak seolah manusia yang sering mencari
kesalahan manusia, bukan melihat lalu memberi peringatan bersama, namun itu realitinya.
sedap ungkapan hukama untuk tatapan bersama katanya “manusia
yang sibuk dengan kebaikan, dia tidak sempat mencari kesalahan manusia lain”
No comments:
Post a Comment