Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Monday, May 2, 2011

Yahya bin Ma'adz ar-Razi : Si Abid yang Rindukan Tuhannya (Redha dengan Allah dan Allah akan redha denganmu)

Saudara Yahya bin Ma'adz ar-Razi ada menulis kepadanya; 'Aku pinta 3 perkara daripada Allah. Dia telah mengurniakan dua daripadanya kepadaku; aku telah mendapat tempat kediaman di Mekah, dan seorang hamba perempuan untukku. Hamba ini mengambil air untukku berwuduk. Satu lagi yang belum aku perolehi iaitu hendak bertemu denganMu.'

Sebagai jawapan Yahya menulis, 'Seseorang itu hendaklah suci dan meningkatkan darjat kerohaniannya agar dimana sahaja dia tinggal tempat itu menjadi suci seperti Mekah. Orang yang menjadi hamba kepada orang lain janganlah menyimpan hamba.Orang yang sentiasa ingat kepada Allah tidak ingat kepada yang lain.Kerana engkau mengingati aku, engkau telah lupakan Allah.Ingatlah Allah sentiasa dan lupakan anak-anak, saudara mara dan lain-lain. Apabila engkau bertemu dengan Allah, tidak  perlu engkau mengingati aku. Jika tidak bertemu dengan Dia. apalah gunanya engkau bertemu denganku?"

Yahya berkata: "Hidup didunia ini umpama tidur dan hidup di akhirat itu umpama jaga. Jika seseorang itu menangis semasa mimpinya, dia akan ketawa apabila dia terjaga. Begitu juga orang yang menangis di dunia ini kerana takutkan Allah akan tersenyum di akhirat."

Yahya berjalan bersama seorang rakannya melalui sebuah kampung. Rakannya berkata: "Ada sesuatu yang lebih cantik dari kampung ini, iaitu hati yang cinta kepada Allah hinggakan tidak ada masa mengenang hati yang lain kecuali Allah."

Suatu hari lampu di bilik Yahya tiba-tiba padam. Dia menangis.Apabila ditanya mengapa dia menangis, dia menjawab: " Memandangkan lampu itu padam. aku khuatir di suatu hari nanti kerana nafsu keduniaan, lampu imanku pula terpadam."

Yahya berkata:


1. Mati itu ibarat jambatan yang menghubungkan hamba dengan Tuhan yang dicintainya;

2. Iman yang seketika itu akan membasuh dosa dua ratus tahun;

3. Oleh kerana orang yang cinta Allah itu hanya melakukan dosa apabila dia berada dalam dirinya, bagaimana pula dia bertanggungjawab tentang dosa itu?

4. Jika mati itu ada dijual di pasar, orang yang cintakan Allah akan membeli mati itu;

5. Kurangkan berjumpa dengan ahli dunia dan banyakkan menyembah Allah;

6. Orang yang kaya melalui berkat menyebut nama Allah adalah orang yang sebenarnya kaya.Orang yang kaya melalui usaha sentiasa miskin;

7. Dunia ini tempat ibadat;

8. Seketika rindu kepada Allah adalah lebih berharga dari dunia ini;

9. Dunia ini kedai syaitan, takutlah kepadanya. Ia adalah minuman yang diberi syaitan,janganlah merasainya;

10. Barangsiapa makan banyak akan menjadi mangsa hawa nafsu. Di perut yang hampir lapar itu terletak rahmat Allah dan sinar-Nya;

11. Berhati-hatilah supaya jangan makan bersama orang kaya;

12. Hati abid(orang yang menghambakan diri kepada Allah sahaja) tenang di empat tempat ini: iaitu semasa berkeseorangan,di dalam masjid,di kubur dan di hutan:

13. Penghalang paling besar bagi mereka yang baru dalam perjalanan ialah bercampur dengan ahli dunia;

14. Jika tiga perkara ini dibuang,seseorang itu akan mencapai mutu kerohanian yang tinggi : membuang keinginan hendak pangkat dan kemuliaan, membuang keinginan hawa nafsu dan membuang hal-hal keduniaan;

15. Rahsia untuk berjaya dalam perjalanan kerohanian ialah tawakal kepada Allah dan palingkan wajah dari dunia.

16. Redha dengan Allah dan Allah akan redha denganmu.


Dalam usaha mengumpulkan dunia, manusia terpaksa melalui kehinaan dan kekecewaan, tetapi dalam mengumpulkan faedah kepada mengenang kekecewaan, tetapi dalam mengumpulkan faedah kepada mengenang Allah, manusia mendapat kemuliaan di sisi-Nya. Keinginan kepada dunia menjadi hijab antara hamba dengan Tuhan.

Doa Yahya bin Ma'adz ar-Razi


1. Ya Allah! Aku ini berdosa dan mengharapkan rahmat dan keampunan-Mu, kerana Kamu Maha Pengampun dan aku penuh dosa. Ya Allah! Apabila Firaun menjadi kafir dan mengaku Tuhan, Engkau arahkan Nabi Musa melayannya dengan lemah lembut. Dosa yang begitu besar telah dilakukan oleh Firaun,namun Engkau perintahkan supaya Nabi Musa melayannya dengan baik.ampunkanlah aku yang tidak mempunyai apa-apa kecuali pakaian yang kasar dan koyak rabak. Itupun aku tidak mengatakan kepunyaanku dan bersedia membuangnya jika Engkau kehendaki.Bagaimana pula seseorang yg putus rahmat-Mu padahal rahmat-Mu itu luasnya? Tuhan! Kebajikan yang paling tinggi dalam dunia ini ialah menyuburkan iman terhadap-Mu dan nasib baik iman itu terjatuh kepadaku. Berilah kepadaku agar aku dapat melihat-Mu.

2. Oh Tuhan! kurniakanlah hasil kebajikan yang telah aku lakukan, kepada orang-orang yang soleh yang menuntutnya, dan kurniakanlah kepada orang-orang kafir dalam dunia ini bahagian yg diperuntukkan kepadaku. Bagi diriku, aku tidak inginkan apa-apa kecuali ingatan-Mu kepadaku selama aku masih hidup di dunia, dan pandangan-Mu kepadaku apabila aku mati.

3. Ya Allah! Aku ini berdosa tiap-tiap hari . Engkau Maha Pengampun. Ampunkanlah dosaku. Apabila aku ingatkan kelemahanku, takutlah aku kepada-Mu, oh Tuhan! Tetapi aku jadi berani apbila aku melihat rahmat dan keampunan-Mu.

4. Ya Allah! Aku ini berdosa. Bagaimana aku hendak ingat kepada-Mu? Engkau Maha Pengampun. Bagaimana aku tidak ingat kepada-Mu, oh Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.

5. Ya Allah! Sahabatku yang paling akrab dalam hidupku di dunia ini ialah rasa harapku kepada keampunan-Mu; dan hadiah paling berharga daripada-Mu kepadaku ialah mengingati-Mu dan sentiasa menyebut nama-Mu.

6. Oh Tuhan! Amalanku itu bukanlah bertujuan hendak masuk ke syurga, tetapi aku takut azab neraka. Oleh itu, kurniakahlah kepadaku rahmat-Mu dan jadikanlah aku ini berani.

No comments:

Post a Comment