“Amalan yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas.” (Fudail bin Iyadh)
“Berbagai-bagai amalan yang dilakukan oleh seseorang mukmin adalah seperti jasad yang kosong tanpa nyawa. Nyawanya ialah keikhlasan hati.” Demikian pandangan Ibnu ‘Ataillah mengenai hubungan antara amalan dengan keikhlasan serta kedudukan dan kepentingannya. Pandangan beliau ini selaras dan menepati maksud hadis Nabi s.a.w. “Bahawa sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat dan sesungguhnya seseorang yang beramal itu akan dapat balasan baiknya setakat mana yang diniatkan.”
Satu riwayat menyebutkan, apabila sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai ikhlas, Baginda menegaskan bahawa dirinya tidak tahu dan baginda perlu bertanya kepada Jibril a.s. Jibril pun tidak tahu makna ikhlas apabila baginda bertanya kepadanya. Apabila Jibril bertanya kepada Allah mengenai ikhlas maka Allah berfirman yang bermaksud :
“Ikhlas adalah satu rahsia dari berbagai-bagai rahsia-Ku yang Aku limpahkan ke dalam hati seseorang yang Aku kasihi dari kalangan hamba-hamba-Ku.”
Berdasarkan hadis qudsi ini,ikhlas yang sebenar adalah perkara kurnian Allah (Amruwahbiy). Kurniaan Allah ini menurut al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hambali (wafat 779H) biasanya akan diterima oleh seseorang Mukmin yang telah mencapai tahap ihsan tahap kedua.
-Oleh Dr. Jahid Sidek-
-Oleh Dr. Jahid Sidek-
No comments:
Post a Comment