Seorang sahabat bertanya kalau kita tk ikhlas perlu ke kita buat…ok persoalan yang selalu sengaja ditimbulkan…Kenapa perlu buat…kan tk ikhlas?...sia-sia je kan….dapat penat jee….buat apa nak buat benda yang kita tak jujur dan tk ikhlas nak buat?
“Ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu yang hitam dikala malam hari” kenapa semut hitam? Diatas batu yang hitam? Dikala malam hari pula?
Mari kita lihat pepatah ini..melentur buluh biarlah dari rebungnyaa….sama juga sperti manusia,satu jasad yang keras tidak dilentur dari awal2nya maka bertambah keraslah batilnya itu.
Iman perlu dididik sejak mulanya, barangkali seorang bayi yang baru lahir jika tidak dilatih berjalan, bolehkah dia berjalan? Seorang kanak-kanak jika tidak diajar mengaji, tahukan dia mengaji? Tidak diajar mengira 1,2,3… tahukah dia mengira? Seorang wanita ingin memasak, tetapi kuali,senduk pon tidak pernah sentuh,tidak pernah dididik memasak, Tahu kah dia untuk memasak? Seorang lelaki yang mahu menjadi mekanik,pomen moto (perbaiki moto@ kereta), tetapi spanar pon tidak pernah pegang, bolehkah dia perbaiki kerosakan tersebut? Seorang ibu yang mahukan anaknya menjadi seorang doktor, tapi dibiarkan anaknya melepak, membuang masa bersama teman-teman,tidak diberi didikan, diberi pelajaran, mampukah anaknya menjadi seorang doktor? Barang kali doktor jarum mungkin boleh…Dan ingin saya bertanya seorang manusia yang tidak mahu belajar agama, sering kali memberi alasan, tetapi mahukan kejayaan,takutkan neraka, mahukan syurga? Bolehkan syurga menjadi miliknya?
Lihat pula pada pohon bonsai yang kebanyakkkan menjadi kegemaran segelintir masyarakat melentur dahan pohon tersebut agar bentuknya menjadi cantik…tanya pada mereka? Atau boleh kita fikir sendiri, bagaimana permulaan membentuk dahan-dahan pohon tersebut, pastilah ketika mana ia masih ranting, dan mudah dibentuk. Satu dahan yang sudah tua,lagikan keras batangnya bolehkah dibentuk? jika ingin dibentuk juga, kemungkinan dahan itu akan patah dan mati.
Seberapa banyak penciptaan Ilahi yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan harian kita, apakah kita tidak berfikir?
Seringkali menjadi kesukaan penggemar mereka yang suka beralasan apabila diajak ke majlis ilmu…tk ikhlas buat apa pergi?…ajak berjemaah, tk ikhlas, buat apa pergi?,ajak mengaji kitab,tk ikhlas, buat apa pergi?, ajak pergi usrah, tk ikhlas, buat ape pergi?...ape lagi?....ayat2 sebegini sering kali menjadi buah mulot sang pemalas
Alasan seringkali menjadi ayat pelepas bagi para pemalas yg juga dikenali sebagai otak “kelentong” ia seringkali menjadi penghalang bagi seseorang untuk menuju kejayaan . Diri di didik dengan alasan-alasan sebegini menjadikan habitat semulajadi bagi kebanyakan orang.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib dirinya sendiri.
Beberapa renungan kita boleh lihat disini
Berkenaan berjemaah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Kekuasaan Allah bersama jemaah, sesiapa yang bersendirian, dia bersendirian di neraka. Sesungguhnya serigala memakan kambing yang bersendirian, terasing daripada kumpulannya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab-
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab-
“Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi”
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius-
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo-
- Marcus Aurelius-
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo-
manusia seringkali lupa akan nikmat-nikmat yang diberi, tanpa nikmat-nikmat dari Allah sedikit pun kita tidak akan mampu beribadah, maka bersyukurlah.
“Bersyukurlah dengan apa yang diberikan Allah kepadamu pasti kamu menjadi orang yang paling kaya.” (HR Ahmad)
Kiranya orang yang sering memberi alasan bagaimana mahu menjawab dengan alasan-alasan yang sering diberikan, jawabnya tidak perlu menjawab, jika diam lebih utama, kerana bagaimanapun jawapannya akan dimuntahkan kembali begitu sahaja.
Kata iman as syafie : “Aku boleh menang jika berdebat dengan orang berilmu, namun aku selalu kalah jika berdebat dengan orang yang jahil”
Kata Imam Hasan al- Basri,
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
Cintailah taman- taman syurga dan semailah sifat-sifat ahli syurga. Jika diri tidak dididik ke majlis-majlis ilmu, jangan menyesal, kerana itu pilihan diri sendiri. Kejahilan itu menjadikan seseorang itu lebih hina daripada haiwan. Soal ikhlas atau tidak itu soal yang kedua, yang penting didiklah diri menjadi insan berguna, bersama-sama jemaah, bersama-sama orang soleh, mudah-mudahan Allah membuka pintu hati, membuka pintu-pintu Rahmat dan pintu-pintu syurga terbuka selaus-luasnya buat SANG IKHLAS.
Sengaja saya membiarkan banyak persoalan yang tidak terjawab disini, kerana saya pasti jawapannya ada dalam diri kalian masing2.
No comments:
Post a Comment