Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Friday, April 27, 2012

HARAM?????


Hadis Rasulullah s.a.w  menyebutkan dengan jelas “ seorang musafir yang kusut masai penuh debu menadah tangannya dan berdoa, wahai Tuhan! Wahai Tuhan!  Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiyannya haram dan hidangannya haram, bagaimana mungkin Allah mengkabulkan doanya? (Riwayat Muslim)

Sekiranya doa tertolak bagaimana dengan solat yang merupakan ‘doa wajib’ seorang hamba?
Imam Ghazzali menegaskan, perkara pertama yang menghilangkan khusyuk  dagi orang yang solat adalah kerana memakan makanan atau berpakaian daripada sumber yang haram.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang solat dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya sumber haram, Allah tidak akan menerima solatnya.”

Apabila solat tidak diterima kerana perkara haram, apakah yang dapat memperkukuhkan  diri dengan  kebaikan sekiranya solat yang merupakan tiang agama telah rosak.

Mukmin lawannya munafik. Orang mukmin yang warak ialah orang yang bertaqwa yang sangat menjaga soal halal dan haram. Lihatlah kepada sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Sesungguhnya orang mukmin itu berwaspada  dan orang munafik menerkam apa sahaja yang datang kepadanya tanpa memperdulikan sama ada halal ataw haram.”

Ibn Khaldun dalam  al-Muqaddimah menjelaskan bahawa makanan baik dan segar tanpa bahan tambah, perisa, pelazat, dan sebagainya dapat memberi kesan kepada akhlak seseorang. Begitulah sebaliknya memakan benda yang haram pada zat (makan babi, atau makanan yang bercampur unsur babi) atau memakan benda yang halal zatnya tetapi didapati  melalui cara haram seperti mencuri, tipu, rasuah dan sebagainya, akan membentuk kekejian akhlak dan budi pekerti . ini pasti melahirkan kecelaruan dalam dri, krisis dalam keluarga dan sengketa dalam masyarakat keseluruhannya.

Abdullah Sahl at- Tusturi berkata : “ sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan”

Impak paling maksimum bagi pelaku dan pemakan makanan haram di hari akhirat kelak ialah neraka jahanam. Itulah sehebat-hebat balasan yang menunggu. Justeru halal dan haram bukan persoalan logo  dan penghalusan isunya semata-mata, bahkan begitu berbahaya bagi setiap orang kerana ia bakal menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka .

Sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh daripada perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut ( untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.”

(Riwayat Ibn marduiah)

Tuesday, April 24, 2012

Apa itu kejayaan????


Rata2 mahasiswa , pakar motivasi dan psikologi bercakap mengenai kejayaan. Ibu bapa mahupon anak-anak berjaya. Ramai beranggapan kejayaan adalah apa yang dicapai ataw diperolehi.
Success (kejayaan) = what we have (apa yg kita ada)

Benarkan definisinya sedemikian?

Sekiranya definisi di atas digunakan sebagai ukuran kejayaan, manusia2 berikut akan termasuk sebagai org yg berjaya:

·         Pencuri, perompak, penipu yang mungkin mempunyai harta yang bnyk hasil penipuan mereka akan diaggap sebagai org yg berjaya.

·         Pekerja atau pegawai yg rasuah, naik pangkat dengan politik kotor di tempat kerja juga akan dianggap berjaya.

·         Mereka yg dilahirkan dalam keluarga org kaya, tanpa usaha  mereka mewarisi harta ibu bapa mereka, juga akan dianggap berjaya.

·         Org2 yang tidak solat, ingkar kepada Allah, selalu melakukan maksiat tetapi hartanya banyak, juga masuk dalam kategori org yg berjaya.

·         Seorang pelajar yg lulus cemerlang tetapi jahil agama, tidak solat, tidak menutup aurat juga dianggap berjaya.

Ini bermakna definisi di atas bukan kejayaan yang sebenarnya. Ia adalah definisi yang salah sama sekali.

Apakah definisi kejayaan yang sebenar????

Dalam buku “Profile of Success” yang ditulis oleh seorang penulis barat menyebut :
Success (kejayaan) = what we do  (apa yang dilakukan).

Ia bukannya apa yang dicapai ataw dimiliki. Ini adalah peraturan alam yang bukan sahaja disebut dalam al-Quran, tetapi diterima sendri oleh orang bukan islam.

Itulah sebabnya Allah s.w.t  mengukur kejayaan manusia berdasarkan perbuatan (apa yang dilakukan) bukan apa yg dicapai.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud :

(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya (yakni perbuatannya bukan pencapaiyannya).

(Al-Mulk :67:2)

Sunday, April 22, 2012

3 TINGKAT CINTA

 Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah al-Taubah, ayat 24, iaitu:

1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.

           Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
          Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak  we? Hmm, tidak masuk senarai pun.

Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa  yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum  halal lebih daripada cinta Allah SWT?
Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita  yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang  fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta  makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah. Oh  diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!

-FATIMAH SYARHA-

Monday, April 9, 2012

Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?


Dalam seusia kita, seberapa bnyk kita bersyukur? Seberapa bnyk kita mengungkapkan kata-kata syukur?

Dalam seharian, berapa kali kita renungkan nikmat2 yang kita miliki...apakah kita bersyukur?

Dalam kiraan waktu, Apakah setiap saat nama Allah terucap dibenak hati…tanda mensyukuri nikmat-nikmat Allah.?

Dalam setiap hela nafas, apakah kita mengira bahawa ia pemberian percuma semata2?

Apakah anda mengira bhw,berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa,padahal masih bnyk manusia lain yg tidak mempunyai kaki??

 Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah,padahal masih bnyk manusia lain yg kehilangan kedua betisnya? 

Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementra masih bnyk manusia lain yg tidak dapt tidur kerana sakit yg menanggungnya ? 

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapt menjamu makanan yg lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih bnyk orang lain yg tidak dapat makan dan minum hanya kerana sakit yg mereka deritai?

Renunglah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah manjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yg cantik yg terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah fungsi otak anda! Allah telah memberi kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yg menghinakan. 

Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? 

Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? 









Apakah anda, mahu membeli istana2 yg menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? 









Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran2 permata dan berlian, tetapi anda kudung?...


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? ( Ar-Rahman: 13)

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....(An-Nahl:83)

Thursday, April 5, 2012

SENANDUNG AIR MATA

Aku dikejutkan pada tengah malam,
oleh seekor merpati
Di dahanan itu ia melagu sayu,
sedang aku masih kelenaan.

Demi Tuhan Kaabah aku berdusta,
kalau benar aku merindu
Mana mungkin tangisan merpati,
dapat mendahuluiku.

Aku menyangka akulah pencinta,
yang paling sedih menderita
kepada Tuhan aku tidak menangis,
sedang binatang sentiasa dalam tangisan.

(Petikan kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali Rahimahullah.)