Sample text


Seuntai madah untuk dihayati...Setitis ilmu itu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, Iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati, Yang memusnahkan pastilah nafsu, di layan jangan, di lawan pun jangan, di didik perlu, di asuh mesti, Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segalanya Yakin kepada Allah,kebahagiaan pasti menanti di Taman Syurga...

Friday, April 27, 2012

HARAM?????


Hadis Rasulullah s.a.w  menyebutkan dengan jelas “ seorang musafir yang kusut masai penuh debu menadah tangannya dan berdoa, wahai Tuhan! Wahai Tuhan!  Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiyannya haram dan hidangannya haram, bagaimana mungkin Allah mengkabulkan doanya? (Riwayat Muslim)

Sekiranya doa tertolak bagaimana dengan solat yang merupakan ‘doa wajib’ seorang hamba?
Imam Ghazzali menegaskan, perkara pertama yang menghilangkan khusyuk  dagi orang yang solat adalah kerana memakan makanan atau berpakaian daripada sumber yang haram.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang solat dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya sumber haram, Allah tidak akan menerima solatnya.”

Apabila solat tidak diterima kerana perkara haram, apakah yang dapat memperkukuhkan  diri dengan  kebaikan sekiranya solat yang merupakan tiang agama telah rosak.

Mukmin lawannya munafik. Orang mukmin yang warak ialah orang yang bertaqwa yang sangat menjaga soal halal dan haram. Lihatlah kepada sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Sesungguhnya orang mukmin itu berwaspada  dan orang munafik menerkam apa sahaja yang datang kepadanya tanpa memperdulikan sama ada halal ataw haram.”

Ibn Khaldun dalam  al-Muqaddimah menjelaskan bahawa makanan baik dan segar tanpa bahan tambah, perisa, pelazat, dan sebagainya dapat memberi kesan kepada akhlak seseorang. Begitulah sebaliknya memakan benda yang haram pada zat (makan babi, atau makanan yang bercampur unsur babi) atau memakan benda yang halal zatnya tetapi didapati  melalui cara haram seperti mencuri, tipu, rasuah dan sebagainya, akan membentuk kekejian akhlak dan budi pekerti . ini pasti melahirkan kecelaruan dalam dri, krisis dalam keluarga dan sengketa dalam masyarakat keseluruhannya.

Abdullah Sahl at- Tusturi berkata : “ sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan”

Impak paling maksimum bagi pelaku dan pemakan makanan haram di hari akhirat kelak ialah neraka jahanam. Itulah sehebat-hebat balasan yang menunggu. Justeru halal dan haram bukan persoalan logo  dan penghalusan isunya semata-mata, bahkan begitu berbahaya bagi setiap orang kerana ia bakal menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka .

Sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh daripada perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut ( untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.”

(Riwayat Ibn marduiah)

No comments:

Post a Comment