kenali tanda-tanda husn al-khatimah antaranya:
1. DIAKHIRI DENGAN LAFAZ SYAHADAH.
Daripada Mu'az r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga."
(Riwayat Abu Daut dan al-Hakim)
2. DAHINYA BERKERINGAT.
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata:
"Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
"Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya,"
(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi,Ibn Majah dan lain-lain).
3, MATI PADA HARI JUMAAT ATAW MALAM JUMAAT.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya daripada seksa kubur,"
(Riwayat Ahmad).
4, MATI DALAM KEADAAN SEDANG MELAKUKAN IBADAH
Seperti mati ketika sedang solat,puasa,umrah,haji ataw berjihad.
5. PUJIAN DARIPADA ORANG ISLAM.
Terhadap si mati.